Black Phone 2 ‘mengganas’ di pawagam
Oleh BIANCA HILMAN
BLUMHOUSE kembali menguasai dunia seram! Selepas beberapa kegagalan mengejutkan, termasuk M3GAN 2.0, studio perfileman ikonik ini bangkit semula dengan naskhan terbaharunya, Black Phone 2 - dan hasilnya? Luar biasa.
Sekuel yang ditunggu-tunggu ini berjaya mengutip AS$26.5 juta di Amerika Syarikat pada minggu pembukaan, jauh mengatasi jangkaan awal yang hanya meletakkannya sekitar AS$18 juta.
Pelakon remaja, Madeleine McGraw dalam majlis tayangan perdana Black Phone 2 di Los Angeles pada 9 Oktober 2025 (FOTO: Medsos).
Di peringkat global pula, filem ini mengaut AS$42 juta, menjadikannya salah satu kutipan minggu pembukaan naskhah seram paling berjaya tahun ini di pawagam.
Sebagai perbandingan, filem asalnya, Black Phone yang ditayangkan pada tahun 2...







