Thursday, April 2

Travelora

Pasport paling berkuasa di dunia 2026: Malaysia No. 9
Berita, Travelora

Pasport paling berkuasa di dunia 2026: Malaysia No. 9

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Apabila melibatkan perjalanan dari negara ke negara tanpa sekatan dan menikmati barisan yang lebih pendek di kawalan sempadan, terdapat peringkat elit pasport yang mempunyai lebih banyak pengaruh berbanding yang lain. Tiga pasport teratas, menurut laporan terkini oleh Henley Passport Index (HPI) , adalah negara-negara Asia; Singapura di No. 1 dan Jepun dan Korea Selatan terikat pada  No. 2. Rakyat Singapura menikmati akses bebas visa ke 192 daripada 227 negara dan wilayah yang dikesan oleh indeks tersebut, yang dicipta oleh firma penasihat kewarganegaraan dan kediaman global yang berpangkalan di London, Henley & Partners, dan menggunakan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Jepun dan Korea Selatan berada di...
Vacasia lantik Dr. Izhar Ariff sebagai penaung & penasihat kehormat
Berita, Travelora

Vacasia lantik Dr. Izhar Ariff sebagai penaung & penasihat kehormat

KUALA LUMPUR: Vacasia Tours & Travels Sdn Bhd (Vacasia) Vacasia Tours & Travels Sdn Bhd (Vacasia), terus memperkukuh kedudukan strategiknya dalam industri pelancongan dan umrah dengan melantik Prof Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim sebagai Penaung dan Penasihat Kehormatnya. Anak syarikat kepada Andalusia Travel & Tours (Andalusia) ini turut melancarkan pakej 'Umrah Sunnah & Hadis -1 Hari, 1 Sunnah, 1 Hadis', iaitu antara inisiatif pembaharuan yang dirangka khusus bagi memberikan pengalaman ibadah bernilai tinggi kepada para jemaah. Program ini akan dibimbing secara langsung oleh Dr Izhar Ariff sendiri dan menekankan penghayatan sunnah serta hadis sahih sepanjang berada di Tanah Suci. Pelantikan Dr Izhar Ariff telah dimeterai dalam sebuah majlis rasmi yang berl...
Andalusia-YIF meterai Ikrar Bebas Rasuah, SPRM saksi langkah bersejarah
Berita, Travelora

Andalusia-YIF meterai Ikrar Bebas Rasuah, SPRM saksi langkah bersejarah

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju industri umrah, haji dan pelancongan berprestij negara, apabila bersama Yayasan Imanulfa’izin (YIF) memeterai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta melancarkan Polisi Integriti, dengan bimbingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Langkah strategik ini bukan sahaja memperkukuh budaya integriti, malah mengangkat Andalusia sebagai organisasi yang serius memastikan setiap urusan melibatkan jemaah dijalankan dengan penuh amanah, telus dan bebas salah guna kuasa. Majlis penuh simbolik itu berlangsung di Auditorium Andalusia pada 18 November 2025, dihadiri lebih 200 peserta daripada kedua-dua organisasi, menjadi testimoni komitmen Andalusia dalam me...
Anda suka kopi? Jom baca untuk jadi pencinta kopi
Berita, Travelora

Anda suka kopi? Jom baca untuk jadi pencinta kopi

Oleh DEANNA DEAN KOPI sudah lama menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, trend minum kopi bergerak lebih laju daripada biasa. Kopi bukan lagi minuman rutin pagi. Ia kini menjadi simbol gaya hidup, ruang untuk bertenang dan kadang-kadang satu bentuk terapi. Fenomena ini bukan sekadar pengaruh media sosial, tetapi kerana kopi sendiri menawarkan pengalaman yang ramai perlukan dalam kehidupan moden. Kopi sebagai ruang untuk 'pause' Bagi ramai orang, secawan kopi adalah cara paling mudah untuk berhenti sekejap daripada kehidupan yang sibuk. Sama ada di rumah atau di kafe, saat memegang cawan panas itu memberi perasaan selesa. Di bandar-bandar besar, kafe berfungsi sebagai tempat untuk berehat, bekerja, merenung atau sekadar menikma...
RM mengukuh: Melancong kini lebih murah
Berita, Travelora

RM mengukuh: Melancong kini lebih murah

Selepas melalui tempoh turun naik sepanjang beberapa tahun, kenaikan nilai Ringgit Malaysia (RM) memberi nafas lega kepada rakyat. Bukan sahaja kepada sektor perdagangan dan import, tetapi kepada `kaki melancong'. Apabila RM mengukuh walau beberapa peratus, kesannya dirasai pada kuasa beli ketika berada di luar negara. Tiket pengangkutan, hotel, makanan hingga kepada aktiviti dan beli-belah. Semua menjadi lebih murah, berbanding ketika RM berada pada paras rendah. Dalam industri pelancongan, naik turun mata wang menentukan sama ada sesuatu destinasi itu bernilai atau tidak. Peningkatan nilai RM, bermakna kini adalah masa terbaik untuk merancang percutian ke negara yang kadar tukaran mata wangnya menguntungkan. Kelebihan RM mengukuh Kos keseluruhan perjalanan lebih rendahPengin...
Japan Ski Experience, ejen pelancongan ski ke Jepun terbaik dunia 2025
Berita, Travelora

Japan Ski Experience, ejen pelancongan ski ke Jepun terbaik dunia 2025

Oleh BIANCA HILMAN MENGIMPIKAN pengalaman perjalanan yang terasa mudah dan sangat peribadi menuruni cerun salji putih,dan mandi air panas yang mengujakan, Japan Ski Experience ada jawapannya. Pada tahun ini, syarikat itu meraih anugerah yang diidam-idamkan apabila diumumkan sebagai pemenang kategori jen Pelancongan Ski ke Jepun Terbaik Dunia 2025 pada majlis World Ski Awards - penghargaan yang mengukuhkan kedudukannya sebagai pakar terkemuka percutian ski di Negara Matahari Terbit itu. Resort Ski Niseko menyediakan pengalaman percutian musim salji penuh keajaiban (FOTO: Medsos). Mencipta ‘escapism’ percutian salji sempurna Daripada hamparan salji di Niseko yang ikonik (Niseko adalah salah satu kawasan salji paling lebat di Jepun yang  menjelang ada musim sejuk, jumlah s...
‘Solo travel’ pertama di Bali: Aku, Google Maps & diri sendiri
Berita, Travelora

‘Solo travel’ pertama di Bali: Aku, Google Maps & diri sendiri

SIRI CATATAN WANITA & PERJALANAN – EPISOD 2 Oleh BIANCA HILMAN AKU selalu dengar orang cakap, “solo travel akan ubah hidup kau.” Selama ini aku anggap itu cuma ayat motivasi media sosial — sampai aku sendiri cuba melangkah keluar dan alami sendiri apa ertinya 'solo travel' wanita. Orang ramai yang menaiki motor kecil adalah pemandangan biasa di Ubud, Bali dan pelancong sama ada memandu sendiri atau memboncengnya. 🌿 Langkah pertama di Ubud Destinasi pertamaku: Ubud, Bali.Aku sewa motor kecil, pakai helmet yang sedikit longgar, dan hanya berpandukan Google Maps serta naluri. Kadang-kadang aku sesat, sampai ke lorong kecil yang tiada papan tanda. Tapi di situlah aku temui keindahan yang tak dijangka — sawah padi yang berkilau di bawah matahari pagi, dan suara...
Puncak boleh ditawan, nyawa tiada galang ganti
Berita, Travelora

Puncak boleh ditawan, nyawa tiada galang ganti

Oleh DEANNA DEAN GUNUNG selalu digambarkan sebagai medan cabaran, tempat manusia mengukur kekuatan fizikal dan ketahanan jiwa. Semakin ramai wanita kini memilih pendakian sebagai gaya hidup, sumber terapi, malah simbol kebebasan diri. Namun dalam kegairahan menawan puncak, tragedi yang menimpa seorang pendaki di Gunung Liang, Perak, baru-baru ini, mengingatkan kita bahawa alam tidak pernah berkompromi dengan mereka yang tidak bersedia. Pendakian bukan sekadar soal semangat. Ia adalah kombinasi latihan fizikal, kesiapsiagaan mental, pengetahuan teknikal, sokongan kumpulan dan langkah keselamatan yang teliti, lebih-lebih lagi bagi wanita yang berdepan risiko fisiologi, emosi dan keselamatan yang berbeza daripada lelaki. Jangan ambil remeh persediaan mendaki Bagi pendaki wanit...
“Kadang kita tak hilang, cuma perlu pergi”
Berita, Travelora

“Kadang kita tak hilang, cuma perlu pergi”

SIRI CATATAN WANITA & PERJALANAN - Episod 1 Oleh BIANCA HILMAN PERNAH tak, dalam hidup ini… ada satu masa yang kita rasa macam ‘aku penat’?Penat jadi kuat. Penat jaga semua hati, sampai hati sendiri terabai.Penat ikut rentak dunia… tapi dunia tak pernah tanya kita nak ke mana. Dan dalam penat tu, kita mula terfikir - “Aku nak pergi jauh sikit… bukan untuk lari, tapi untuk cari balik diri sendiri.” Setiap perjalanan akan ada cerita dan pengalaman yang dapat mengajar tentang erti kehidupan (FOTO: In Travel & Tours) Travel bukan tentang tiket, tapi hati Ramai orang fikir travel tu untuk suka-suka. Untuk gambar lawa. Untuk flex dekat Instagram. Tapi bagi sesetengah wanita, travel tu… satu bentuk penyembuhan.Bila kita naik kapal terbang sorang-sorang...