Saturday, May 30

Pop-up imersif Kpop Demon Hunters di Singapura – Malaysia tidak tersenarai 😢

Oleh BIANCA HILMAN

PEMINAT Kpop Demon Hunters pasti teruja dengan pengumuman terbaharu ini! Dunia futuristik dan penuh warna-warni Huntr/x serta Saja Boys bakal dihidupkan dalam acara pop-up imersif eksklusif yang akan berlangsung di Singapura dari 22 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.

Jelajah istimewa ini akan bermula di Seoul pada 4 Disember, sebelum bergerak ke Singapura, Bangkok, Tokyo, dan berakhir di Taipei. 

Namun, agak mengecewakan buat peminat tempatan apabila Malaysia tidak termasuk dalam senarai destinasi jelajah kali ini.

Walaupun maklumat lanjut seperti lokasi dan tiket rasmi belum diumumkan, acara ini dijangka menawarkan pengalaman visual yang menakjubkan –  dengan dunia neon bertemakan merah jambu dan ungu, serta peluang untuk peminat menyelami dunia Kpop Demon Hunters secara lebih dekat.

Antara aktiviti menarik yang menanti pengunjung termasuk:

  • Menentang ā€˜iblis’ bersama watak kegemaran seperti Rumi, Mira dan Zoey āš”ļø
  • Persembahan khas oleh kumpulan Saja Boys šŸŽ¤
  • Pengalaman ā€œberjalanā€ di atas bumbung hanok versi digital šŸ®
  • Peluang membeli barangan eksklusif dan mungkin juga membawa pulang maskot comel, Derpy 🐾

Selain itu, acara ini turut menawarkan Hari Ahli (Members’ Day) khas untuk peminat tegar yang ingin mendapatkan akses awal dan prapesanan barangan edisi terhad sebelum dibuka kepada umum.

Maklumat lanjut dijangka diumumkan selepas pelancaran rasmi di Seoul pada awal Disember. Untuk perkembangan terkini, peminat boleh mengikuti laman peminat rasmi Kpop Demon Hunters serta akaun Instagram rasmi, b.stage.

Walaupun Malaysia tidak menjadi destinasi jelajah kali ini, ramai peminat tempatan dilihat sudah bersiap sedia untuk ke Singapura hujung tahun ini bagi merasai sendiri pengalaman unik yang pasti akan menjadi bualan dunia K-pop.