Sunday, April 19

Blog

Brad Pitt kini tampak sangat berbeza
Berita, Hiburan, Maskulin

Brad Pitt kini tampak sangat berbeza

Oleh BIANCA HILMAN PENAMPILAN terbaharu dalam khalayak  ramai, aktor tersohor, Brad Pitt dilihat sangat berbeza sekali. Pemenang Oscar itu  tampil mempamerkan perubahan rambut terbaharunya - dengan jambang dan misai kelabu ketika menyaksikan perlawanan keempat Siri Dunia 2025 antara pasukan Los Angeles Dodgers dan Toronto Blue Jays di Stadium Dodgers di Los Angeles pada  29 Oktober 2025. Penampilan terbaharu Brad Pitt (kiri) ketika hadir bersama Flea menyaksikan perlawanan perlawanan keempat Siri Dunia 2025 antara pasukan Los Angeles Dodgers dan Toronto Blue Jays (FOTO: Medsos). Dalam gambar yang dirakam di lokasi berkenaan, Brad memakai jersi putih Dodgers sambil bergambar dengan pemain bass Red Hot Chili Peppers, Flea yang mengenakan topi besbol Dodger takala k...
Polis wanita, mangsa penerbit Hollywood terbunuh
Berita, Realiti Kita

Polis wanita, mangsa penerbit Hollywood terbunuh

Oleh BIANCA HILMAN POLIS wanita yang merupakan salah seorang mangsa rogol penerbit Hollywood, David Brian Pearce terbunuh ketika menjalankan tugas. Lauren Craven merupakan salah seorang mangsa bersama-sama lapan lagi mangsa termasuk model Christy Giles dan rakan Giles, arkitek Hilda Cabrales-Arzola. Craven, 25, meninggal dunia pada 23 Oktober 2025 kurang sebulan selepas hari lahirnya yang ke-25. Pegawai polis dari La Mesa, California, itu telah  maut selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika menerpa untuk membantu mangsa yang terperangkap dalam kereta yang terbalik di lebuh raya di Interstate 8, timur laut San Diego pada jam 10.30 malam.  David Brian Pearce (FOTO: Medsos) Craven telah dikenal pasti hanya sebagai ‘Jane Doe #5’ sepanjang perbicaraan Pearce, d...
Bunuh model, arkitek: Penerbit Hollywood dipenjara 146 tahun
Berita, Realiti Kita

Bunuh model, arkitek: Penerbit Hollywood dipenjara 146 tahun

Oleh BIANCA HILMAN SEORANG penerbit Hollywood yang disabitkan kesalahan pada awal tahun ini kerana membunuh seorang model dan rakannya pada 2021 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau selama 146 tahun. Pejabat Peguam Daerah Los Angeles dalam kenyataan media pada 29 Oktober 2025, berkata David Brian Pearce, 42, didapati bersalah atas dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama susulan kematian model, Christy Giles berusia 24 tahun dan rakannya, Hilda Marcela Cabrales-Arzola, seorang arkitek berusia 26 tahun akibat pengambilan berlebihan dadah fentanyl. Pearce juga disabitkan dengan jenayah rogol dan serangan seksual lain terhadap tujuh wanita lain antara 2007 dan 2021. Dia didakwa pada Julai 2022 dalam kematian berkaitan dadah. Timbalan Peguam Daerah Seth Carmack memberitahu ...
Wanita Pakistan hadapkan kerajaan ke mahkamah kes ‘cukai haid’
Berita, Suara Wanita

Wanita Pakistan hadapkan kerajaan ke mahkamah kes ‘cukai haid’

“DARAH bukan dosa, tapi dikenakan cukai!” Ada sesuatu yang sangat tidak adil bila tubuh wanita yang berdarah setiap bulan - satu proses semula jadi, satu tanda kehidupan, namun anehn dijadikan alasan untuk dikenakan cukai. Di Islamabad, seorang wanita muda berusia 25 tahun, Mahnoor Omer, memutuskan untuk berkata “cukup sudah!”.Dengan fail di tangan dan keberanian di dada, dia membawa kerajaan Pakistan ke mahkamah, menuntut penghapusan apa yang kini dikenali ramai sebagai 'cukai haid' — cukai yang dikenakan ke atas tuala wanita. ⚖️ Pertarungan di Mahkamah: “Mahnoor Omer vs Persekutuan Pakistan Pada bulan September lalu, Mahnoor dan peguamnya, Ahsan Jahangir Khan, memfailkan Litigasi Kepentingan Awam (PIL) di Mahkamah Tinggi Islamabad.Mereka menamakan beberapa jabatan...
‘Top 10’ pelakon watak Superman paling ikonik sepanjang zaman
Berita, Hiburan, Maskulin

‘Top 10’ pelakon watak Superman paling ikonik sepanjang zaman

SEJAK kemunculannya pada tahun 1938, Superman telah menjadi simbol harapan, kekuatan dan keadilan.  Namun, kehebatan ‘Man of Steel’ bukan sahaja datang daripada cerita komiknya, tetapi juga daripada pelakon-pelakon luar biasa yang telah menghidupkannya di layar besar dan kecil.  Berikut ialah Top 10 aktor yang pernah memegang peranan Clark Kent/Superman, masing-masing meninggalkan legasi tersendiri dalam sejarah budaya pop dunia. 1. Christopher Reeve 🦸‍♂️ Superman (1978), Superman II (1980), Superman III (1983), Superman IV: The Quest for Peace (1987) 📍 Lahir: New York City, NY, USA | (1952–2004) Tiada siapa yang dapat menandingi aura dan karisma Christopher Reeve. Penampilannya yang memikat sebagai Clark Kent yang serba canggung dan Superman yang gagah m...
Navya enggan ikut jejak langkah Amitabh Bachchan
Berita, Hiburan

Navya enggan ikut jejak langkah Amitabh Bachchan

Oleh BIANCA HILMAN KALAU anda fikir menjadi cucu Amitabh Bachchan secara automatik membawa anda ke dunia Bollywood, fikir semula!  Navya Naveli Nanda, anak perempuan Shweta Bachchan dan Nikhil Nanda, memilih jalannya sendiri - menggabungkan kecintaan pada fesyen dengan legasi perniagaan keluarga dalam sektor pertanian. Navya, 27, yang juga pernah menapaki landasan peragaan Paris untuk Loreal, menegaskan bahawa dia tidak mahu terhad pada satu bidang sahaja.  Minat Navya terhadap fesyen menyamai kecintaannya terhadap legasi perniagaan keluarga dalam sektor pertanian (FOTO: Medsos) “Saya suka mencuba perkara baharu… dari memasang traktor hingga catwalk di pentas peragaan, saya mahu lakukan semuanya,” katanya.  Dan memang, siapa sangka minat pada traktor boleh jad...
Freshies sertai Gegar Vaganza musim ke-12
Berita, Hiburan

Freshies sertai Gegar Vaganza musim ke-12

Oleh BIANCA HILMAN KUMPULAN pop/rap wanita Malaysia yang  ditubuhkan pada 1992 dan meraih kejayaan dalam tempoh singkat antara 1992 dan 1997, Freshies antara wakil Malaysia yang akan bertanding di gelanggang Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12). Bagaimanapun hanya dua anggota asal Freshies, Shima dan Ejie menyertai GV12 yang bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104) bermula 2 November 2025. Dua lagi anggota kumpulan yang popular dengan lagu, Sakitnya Rindu ini ialah Ina dan Melor.  Nubhan turut menyertai barisan 13 peserta yang bertanding dalam GV12 (FOTO: Medsos) Dua lagi anggota kumpulan yang popular dengan lagu, Sakitnya Rindu ini ialah Ina dan Melor. Peserta lain yang mewakili Malaysia dalam GV12 terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Dato’ Elaine Kang, Kris...
Catherine Connolly Presiden Ireland ke-10
Berita, Suara Wanita

Catherine Connolly Presiden Ireland ke-10

CALON bebas berhaluan kiri, Catherine Connolly bakal dilantik Presiden Ireland yang ke-10 selepas memenangi pilihan raya dengan kemenangan besar. Penggubal undang-undang bebas yang telah lama bersuara menyokong rakyat Palestin dan lantang mengenai ketidakpercayaannya terhadap dasar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Connoly itu akan mengisi jawatan Presiden Ireland untuk tujuh tahun akan datang. Keputusan rasmi menunjukkan sokongan pengundi yang kuat untuk Connolly sebagai presiden, meraih majoriri  63 peratus undi sebaik sahaja undi rosak dikecualikan, berbanding 29% saingannya Heather Humphreys, daripada parti kanan tengah Fine Gael. Mengulas kemenanganya, Connolly, 68, dalam kenyataannya di Dublin Castle berkata bahawa beliau akan memperjuangkan kepelbagaian dan menj...
‘Top 10’ kostum Halloween paling popular 2025
Berita, Glamour

‘Top 10’ kostum Halloween paling popular 2025

Oleh BIANCA HILMAN GOOGLE  Frightgeist (sebahagian daripada Google Trends), alat tahunan daripada Google yang menggunakan data carian untuk mendedahkan ‘Top 10’ aliran carian Halloween paling popular untuk kostum. Lima tangga teratas masing-masing dikuasai dari tempat pertama hingga kelima oleh watak-watak dalam filem animasi tersohor Netflix, KPop Demon Hunters - Rumi, Zoey, Mira, Jiny dan Baby Saja, manakala Derphy, satu lagi watak naskhah tersebut berada di tempat kelapan. Jinu (tengah) dan Baby Saja (dua dari kiri) - dua karakter band grup Saja Boys daripada filem animasi, KPop Demon Hunters (FOTO: Medsos). Berikut senarai Top 10 kostum paling popular 2025 trending ketika ini: 🔟 - The Lorax (Karakter daripada animasi Dr. Seuss) 9️⃣ - Elphaba (watak daripada filem...
BTS rancang konsert jelajah dunia terbesar 
Berita, Hiburan, Maskulin

BTS rancang konsert jelajah dunia terbesar 

Oleh BIANCA HILMAN  BTS bakal mengadakan sekurang-kurangnya 65 buah konsert sempena jelajah dunia pertama kumpulan  super idola Korea Selatan itu pada 2019,  termasuk lebih daripada 30 pertunjukan di Amerika Utara. Terdahulu, BTS dibubarkan buat sementara waktu ketika anggota mereka menjalankan perkhidmatan ketenteraan yang diwajibkan bagi kaum lelaki di Korea Selatan.  BTS sebelum ini dibubarkan buat sementara waktu (FOTO: Medsos). Serentak itu, BTS juga telah mengusahakan album baharu sejak beberapa bulan lalu bersama Hybe. Album itu, yang pertama kumpulan itu dalam tempoh enam tahun, akan dilancarkan pada penghujung Mac 2026. “Butiran mengenai tarikh dan skala jelajah dunia baharu BTS masih belum disahkan,” kata Big Hit Music Hybe dalam satu kenyataan....