Shah Alam dilanda banjir: Jalan Kubu Gajah ditutup, laluan sekitar plaza tol terjejas
Oleh BIANCA HILMAN
SHAH ALAM: Hujan tanpa henti sejak petang semalam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Shah Alam dan Klang dinaiki air, dengan laporan limpahan banjir mula dikongsikan orang awam serta pihak berkuasa tempatan sejak beberapa jam lalu.
Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Kubu Gajah, Kampung Budiman, Taman Desa Kemuning, Taman Seri Muda di Shah Alam, serta Kampung Delek, Kapar dan Meru di Klang.
Jalan Kampung Kubu Gajah 10 bersebelahan Jalan Kampung Gajah 5, Seksyen U17, Shah Alam pada Isnin, 24 November 2025 byang kini tidak boleh dilalui akibat kenaikan air yang tinggi (FOTO: MBSA)
Menurut hantaran di Facebook rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), paras air dikesan meningkat di Jalan Kampung Kubu Gajah 10, bersebelahan Jalan Kampung Gajah 5, S...










