Sunday, April 19

Blog

Olivia Rodrigo wanita termuda dunia cecah 16 bilion strim di Spotify
Berita, Hiburan

Olivia Rodrigo wanita termuda dunia cecah 16 bilion strim di Spotify

Oleh BIANCA HILMAN PELANTUN laguhit, good 4 u, Olivia Rodrigo terus membuktikan statusnya sebagai fenomena global apabila album sulungnya, SOUR, secara rasmi melepasi 16 bilion strim di Spotify - menjadikannya album oleh artis wanita termuda yang mencapai angka luar biasa itu. Dengan pencapaian terbaharu ini, Olivia yang baru berusia 22 tahun, kini berdiri sebaris dengan barisan nama paling berpengaruh di platform tersebut, termasuk Taylor Swift, Billie Eilish, Ariana Grande, Bad Bunny, The Weeknd dan Ed Sheeran - yang album masing-masing Un Verano Sin Ti, Starboy dan Divide melonjak ke tahap penstriman yang sama. Dilancarkan pada Mei 2021, SOUR muncul sebagai karya penanda budaya menggabungkan energi pop-punk, balada jujur dan penulisan lirik yang menusuk hati. Olivia Rodri...
Trio pelakon siri Frozen dibayar AS$60 juta setiap seorang
Berita, Hiburan

Trio pelakon siri Frozen dibayar AS$60 juta setiap seorang

Oleh BIANCA HILMAN DISNEY sekali lagi mencipta sejarah apabila tiga bintang utama Frozen, Kristen Bell, Idinba Menzel dan Josh Gad masing-masing menandatangani perjanjian bernilai lebih AS$60 juta untuk kembali menjayakan filem animasi, Frozen 3 dan Frozen 4. Menurut sumber TheWrap, angka itu mewakili antara bayaran tertinggi pernah diberikan dalam industri pembikinan filem animasi komersial. Perjanjian mega ini menggabungkan bayaran pendahuluan hampir AS$20 juta setiap filem serta bonus berdasarkan prestasi box-office, dan pembayaran dijadualkan diagihkan sepanjang tempoh penerbitan serta tayangan kedua-dua sekuel Frozen berkenaan. Frozen 3 dijadualkan tayangan di pawagam seluruh dunia menjelang Thanksgiving Day 2027 (FOTO: Medsos). Ia juga merupakan peningkatan besar darip...
Kelantan mula banjir: Mangsa dipindahkan cecah 836 orang
Berita

Kelantan mula banjir: Mangsa dipindahkan cecah 836 orang

Oleh BIANCA HILMAN KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 836 orang membabitkan tiga daerah iaitu Kota Bharu, Bachok dan Tumpat sehingga jam 8 malam ini. Terdahulu, mangsa banjir Kelantan meningkat mendadak kepada 486 individu terdiri 205 keluarga menjelang malam setakat jam 7 malam tadi berbanding 43 mangsa daripada 12 keluarga pada pagi Sabtu. Terdahulu, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan seramai 467 individu melibatkan 199 keluarga kini berada di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga jajahan. Bachok merekodkan 308 orang melibatkan 94 keluarga yang berlindung di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan dan SK Jelawat. Sementara itu di Tumpat, dua PPS dibuka di SK Pengkalan Kubor 2 dan SK Sri Tumpat 2, yang menempa...
Obor-obor, si cantik peragut nyawa
Berita, Realiti Kita

Obor-obor, si cantik peragut nyawa

Oleh DEANNA DEAN Tragedi di Pantai Cenang, Langkawi, baru-baru ini menggemparkan apabila seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia yang baru berusia dua tahun meninggal dunia akibat disengat obor-obor ketika bermain di gigi air. Kejadian itu berlaku begitu pantas, hanya beberapa saat selepas dia menjerit kesakitan, tubuh kecilnya mula lemah, dan keadaannya terus merosot sebelum disahkan meninggal dunia empat hari kemudian. Insiden itu membuka mata ramai bahawa di sebalik keindahan pantai tropika, ada satu bahaya yang sering kita pandang remeh: obor-obor. Bahaya obor-obor Ramai melihat obor-obor sebagai makhluk yang cantik, jernih, lembut, melayang tenang mengikut arus. Ia tidak bersuara, tidak kelihatan ganas, malah ada yang menganggapnya seperti hiasan laut semula jadi. Na...
MB Selangor? Spekulasi baharu babitkan Nurul Izzah tarik perhatian
Berita

MB Selangor? Spekulasi baharu babitkan Nurul Izzah tarik perhatian

Oleh DEANNA DEAN KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa beliau sendiri pernah mencadangkan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai penggantinya mencetuskan spekulasi politik, terutama mengenai hala tuju kepimpinan negeri itu menjelang pilihan raya akan datang. Amirudin dalam program podcast “Keluar Sekejap” yang dikendalikan mantan pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan, memberi gambaran seolah-olah formula menampilkan Nurul Izzah sebagai Menteri Besar berpotensi meredakan persepsi nepotisme yang sering dikaitkan dengan kepimpinan PKR. “Saya boleh katakan itu mungkin satu formula yang baik… secara jujurnya saya dah kemukakan kepada Izzah sendiri, terpulang kepada beliau,” katanya, sekali gus membuka ruang andai...
Hat Yai dilanda banjir teruk, diisytihar zon bencana kritikal
Berita

Hat Yai dilanda banjir teruk, diisytihar zon bencana kritikal

Susunan DEANNA DEAN BANGKOK: Hat Yai diisytiharkan sebagai zon bencana `red-flag' (kritikal) selepas dua hari hujan lebat yang memaksa pemindahan penduduk. Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, pula memberi jaminan bahawa wilayah-wilayah di selatan mempunyai pelan tindak balas dan bantuan akan menyusul. Hat Yai tenggelam dalam kekacauan lewat malam Khamis lalu selepas hujan berterusan selama dua hari membawa sejumlah besar air masuk ke kawasan komersial bandar itu, mendorong pihak berkuasa mengisytiharkan darurat banjir kritikal serta menggesa penduduk berpindah ke kawasan selamat. Pada jam 10 malam tadi, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Hat Yai, Narongporn Na Phatthalung, mengumumkan pengisytiharan bencana melibatkan 65 komunit, iaitu 28 di Daerah 1, 29 di Daerah 2 dan 8 di Dae...
Konsert Dolla 6 Disember dibatalkan
Berita, Hiburan

Konsert Dolla 6 Disember dibatalkan

Oleh BIANCA HILMAN KONSERT Dolla yang dijadual berlangsung pada 6 Disember 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor terpaksa dibatalkan selepas pihak penganjur, Sah Entertainment bersama syarikat rakaman kumpulan popular itu, Universal Music menilai semula keseluruhan persiapan acara. mengesahkan mereka berdepan kekangan masa dan masalah pengurusan dalaman.  Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media. Menurut penganjur, keputusan tersebut diambil selepas beberapa proses penting melibatkan produksi, logistik dan penyelarasan acara tidak dapat diselesaikan mengikut jadual. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Angel, Tabby dan Sabronzo (FOTO: Medsos) Pengarah Sah Entertainment, Sufie Rashid, berkata keputusan itu dibuat setela...
Fátima Miss Universe 2025, Ratu Palestin ‘Top 30’
Berita, Glamour

Fátima Miss Universe 2025, Ratu Palestin ‘Top 30’

Oleh BIANCA HILMAN PERTANDINGAN Miss Universe di Nonthaburi, Thailand, berakhir dengan penuh warna dan gelora apabila Fátima Bosch Fernández dari Mexico dimahkotakan sebagai ratu baharu.  Namun, di sebalik sorakan gemuruh, pentas tahun ini juga diselubungi kontroversi yang menjadikannya antara edisi paling dramatik dalam sejarah pertandingan itu. Bosch, 25 tahun, seorang sukarelawan dan aktivis kemanusiaan, menerima mahkota daripada penyandang 2024, Victoria Kjær Theilvig dari Denmark. 'Top 5' Miss Universe 2025 (dari kiri), Ratu Ivory Coast, Olivia Yacé; Ratu Mexico, Fátima Bosch Fernández; Ratu Venezuela, Stephany Abasali; Ratu Filipina, Ahtisa Manalo; dan Ratu Thailand, Praveenar Singh (FOTO: Medsos). Naib Johan pula disandang Praveenar Singh dari Thailand, manakala ...
Nasib malang Permaisuri Elisabeth gambaran tragis wanita moden 
Berita, Realiti Kita

Nasib malang Permaisuri Elisabeth gambaran tragis wanita moden 

Oleh BIANCA HILMAN DIA digelar wanita paling cantik di Eropah, tetapi di sebalik legenda itu terdapat seorang wanita yang hidup kelaparan, terkurung, dan perlahan-lahan ‘pecah’ emosi dirinya. Elisabeth dari Austria, dikenali sebagai Sissi, menjadi ikon global kecantikan abad ke-19. Rambut separas lantai, pinggang kecil dan wajah yang diabadikan dalam lukisan dan puisi. Namun hakikatnya kehidupan Elisabeth  jauh dari kisah manis dongeng. Dilahirkan di Bavaria, Elisabeth dibesarkan dengan aktiviti lasak dan bebas - daripada menunggang kuda melalui gunung, berenang di tasik, dan menulis puisi di bawah langit terbuka. Pada usia enam belas tahun, dia berkahwin dengan Maharaja Franz Joseph dalam apa yang dunia percaya sebagai kisah cinta romantis. Sebaliknya, Elisabeth melang...
Pengantin baharu berhati ‘emas’ berkorban demi pelarian Syria
Berita, Realiti Kita

Pengantin baharu berhati ‘emas’ berkorban demi pelarian Syria

Oleh BIANCA HILMAN MEMANG  wujud lagi insan berhati mulia dalam dunia Ini. Sepasang pengantin baharu di Turkiye, Fethullah Üzümcüoğlu dan Esra Polat, memilih untuk memulakan hidup baharu mereka dengan cara yang sangat luar biasa. Daripada berhabis duit untuk majlis resepsi mega, mereka buat keputusan yang lebih besar. Semua bajet majlis keraian itu mereka salurkan untuk menyediakan makanan kepada 4,000 pelarian Syria. Pasangan ini baru-baru ini bernikah di bandar Kilis, yang terletak berhampiran sempadan Syria. Ramai pelarian yang lari daripada konflik di negara jiran berlindung di kawasan sekitar bandar itu. Pesangan pengantin turun padang mengagihkan makanan kepada pelarian Syria (FOTO: Medsos). Apa yang paling menyentuh hati, pada hari bahagia mereka, Fethullah dan...