Sunday, April 19

Blog

Paris Jackson bangkit demi kebenaran: ‘Drama’ harta pusaka AS$464 juta kian panas
Berita, Suara Wanita

Paris Jackson bangkit demi kebenaran: ‘Drama’ harta pusaka AS$464 juta kian panas

Oleh BIANCA HILMAN SIAPA sangka di sebalik glamor nama 'Jackson', anak-anak Michael Jackson masih bertarung untuk mendapatkan ketelusan dan keadilan? Paris Jackson, 27, kini muncul sebagai suara paling lantang dalam keluarganya — dan dia jelas tidak lagi mahu berdiam diri. Dalam pemfailan terbaru di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Paris menegur dengan tegas cara harta pusaka ayahnya diuruskan oleh pelaksana John Branca dan John McClain. Dan percayalah, apa yang didedahkan memang buat ramai ternganga. Paris memiliki wajah yang seiras bapanya (FOTO: Medsos). Dokumen 2021..tapi baru terima pada 2024 Bayangkan: dokumen perakaunan tahun 2021, tetapi Paris dan adik-beradiknya , Prince dan Bigi hanya menerimanya pada September 2024. Hampir empat tahun lewat. Kalau pengu...
Andalusia-YIF meterai Ikrar Bebas Rasuah, SPRM saksi langkah bersejarah
Berita, Travelora

Andalusia-YIF meterai Ikrar Bebas Rasuah, SPRM saksi langkah bersejarah

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju industri umrah, haji dan pelancongan berprestij negara, apabila bersama Yayasan Imanulfa’izin (YIF) memeterai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta melancarkan Polisi Integriti, dengan bimbingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Langkah strategik ini bukan sahaja memperkukuh budaya integriti, malah mengangkat Andalusia sebagai organisasi yang serius memastikan setiap urusan melibatkan jemaah dijalankan dengan penuh amanah, telus dan bebas salah guna kuasa. Majlis penuh simbolik itu berlangsung di Auditorium Andalusia pada 18 November 2025, dihadiri lebih 200 peserta daripada kedua-dua organisasi, menjadi testimoni komitmen Andalusia dalam me...
Eminem saman jenama pantai Australia ‘Swim Shady’
Berita, Hiburan, Maskulin

Eminem saman jenama pantai Australia ‘Swim Shady’

Oleh BIANCA HILMAN PENYANYI rap AS, Eminem telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat pakaian pantai Australia dengan jenama Swim Shady, dengan mengatakan ia terlalu serupa dengan nama samaran rap berjenama dagangnya, Slim Shady. Terdahulu pada bulan September, Eminem  yang nama sebenarnya ialah Marshall B Mathers III – memfailkan petisyen kepada Pejabat Paten dan Tanda Dagangan AS, memintanya membatalkan tanda dagangan yang telah diberikan kepada syarikat itu.  Undang-undang Amerika Syarikat mewajibkan syarikat itu untuk menjawab petisyen itu menjelang minggu depan. Peguam Eminem, 53, mendakwa jenama yang berpangkalan di Sydney itu mewujudkan ‘perkaitan palsu’ dengan Eminem. Eminem pada era Slim Shday. (FOTO Medsos). Sehubungan itu, Swim...
Anda suka kopi? Jom baca untuk jadi pencinta kopi
Berita, Travelora

Anda suka kopi? Jom baca untuk jadi pencinta kopi

Oleh DEANNA DEAN KOPI sudah lama menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, trend minum kopi bergerak lebih laju daripada biasa. Kopi bukan lagi minuman rutin pagi. Ia kini menjadi simbol gaya hidup, ruang untuk bertenang dan kadang-kadang satu bentuk terapi. Fenomena ini bukan sekadar pengaruh media sosial, tetapi kerana kopi sendiri menawarkan pengalaman yang ramai perlukan dalam kehidupan moden. Kopi sebagai ruang untuk 'pause' Bagi ramai orang, secawan kopi adalah cara paling mudah untuk berhenti sekejap daripada kehidupan yang sibuk. Sama ada di rumah atau di kafe, saat memegang cawan panas itu memberi perasaan selesa. Di bandar-bandar besar, kafe berfungsi sebagai tempat untuk berehat, bekerja, merenung atau sekadar menikma...
Episod baharu kontroversi isu seksi Dolla: Peguam tegur menteri agama
Berita, Hiburan

Episod baharu kontroversi isu seksi Dolla: Peguam tegur menteri agama

Oleh BIANCA HILMAN ISU kumpulan Dolla dan pakaian seksi memasuki episod baharu apabila seorang peguam, Latheefa Koya menegaskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan atas kesalahan syariah terhadap ahli kumpulan Dolla, Sabronzo (atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli) susulan sebuah video muzik yang didakwa terlalu seksi. “Seorang menteri kerajaan tidak mempunyai hak untuk menyiasat atau mendakwa rakyat,” hujah Latheefa dalam satu hantaran di laman X. Menurutnya lagi, sebarang pendakwaan sama ada di bawah undang-undang sivil atau syariah, hanya boleh dibuat oleh pihak pendakwa selepas siasatan yang adil dan saksama oleh badan penyiasatan yang berkenaan. “Dengan melancarkan ser...
Selepas kes Ariana di Singapura, giliran Akon pula di Bengaluru
Berita, Hiburan, Maskulin

Selepas kes Ariana di Singapura, giliran Akon pula di Bengaluru

Oleh BIANCA HILMAN KONSERT penyanyi, Akon di Bengaluru, India pada 14 November 2025 berubah menjadi momen kontroversi apabila beberapa peminat VIP menarik seluar penyanyi itu semasa dia sedang membuat persembahan lagu Sexy Bitch.  Insiden tersebut menjadi tular di media sosial, memancing pelbagai reaksi - ada yang geli hati, ada yang mengecam tindakan kurang sopan peminat tersebut. Klip video pada konsert berkenaan menunjukkan Akon kelihatan tidak selesa, beberapa kali cuba menaikkan semua seluar putihnya yang sudah terlondeh menampakkan seluar dalamnya yang berwarna biru, sambil dia meneruskan persembahan dengan profesional.  Meskipun insiden di Bengaluru menimbulkan sedikit kontroversi, ia tidak menghalang Akon untuk terus memukau penonton India dengan lagu-lagu hit...
Dua jiwa, satu impian: Pearly–Thinaah takluk Kumamoto
Berita, Suara Wanita

Dua jiwa, satu impian: Pearly–Thinaah takluk Kumamoto

Oleh DEANNA DEAN Di sebuah bandar yang terkenal dengan gunung berapi dan budaya tradisi yang tersimpan rapi, dua wanita Malaysia melakar sejarah baharu. Dalam gelanggang badminton Kumamoto, Jepun, di bawah cahaya neon yang memantul pada lantai, Pearly Tan dan M Thinaah berdiri dengan satu misi: membuktikan bahawa perjalanan mereka yang penuh luka, penat dan air mata akhirnya membawa makna. Namun, kisah mereka jauh lebih besar daripada skor perlawanan atau episod kemenangan di penghujung musim. Ia adalah kisah dua manusia yang membina kekuatan bukan daripada kemenangan, tetapi daripada hari-hari sukar yang tidak pernah dilihat sesiapa. Asal usul pejuang Pearly Tan, anak kepada jurulatih dan bekas pemain kebangsaan, Tan Seng Hoe, membesar dengan bunyi pukulan bulu tangkis seb...
Dari auditor ke Pengerusi Eksekutif PwC: Kisah gemilang Nurul A’in
Berita, Suara Wanita

Dari auditor ke Pengerusi Eksekutif PwC: Kisah gemilang Nurul A’in

Oleh DEANNA DEAN Di dunia korporat, Nurul A’in Abdul Latif bukan hanya figura eksekutif. Beliau simbol perubahan. Wanita yang dipilih sebagai Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia sejak 1 Julai 2023 bukan hanya membawa pengalaman teknikal selama puluhan tahun, tetapi menyerlah sebagai agen transformasi dalam duna korporat yang selama ini banyak dikuasai lelaki. Nurul A’in bukan melangkah ke kerjayanya melalui pintu belakang. Berbekalkan ijazah Perakaunan dari Universiti Malaya, beliau kemudian mencurahkan hampir 28 tahun hidupnya dalam audit dan perundingan perniagaan. Beliau pernah mengendalikan pelanggan besar dari pelbagai sektor seperti media, telekomunikasi, pembalakan, pembuatan, dan pembangunan harta serta terlibat dalam urusan rentas sempadan (M&A). Antara detik penti...
Lelaki nampak kuat, tapi sebenarnya letih
Berita, Maskulin

Lelaki nampak kuat, tapi sebenarnya letih

Oleh DEANNA DEAN Dari luar, seorang lelaki sering kelihatan stabil, tenang, rasional, tidak mudah goyah. Itulah watak yang dibentuk sejak kecil, sama ada melalui keluarga, sekolah, atau masyarakat. Lelaki diajar bahawa kekuatan ialah diam, penyelesaian ialah tanggungjawab, dan kelemahan ialah sesuatu yang tidak boleh dilihat sesiapa. Namun di sebalik wajah yang tampak tenang itu, ramai lelaki sebenarnya sedang memikul tekanan mental dan emosi yang tidak pernah disebutkan dengan lantang. Ada yang memandu pulang lewat malam sambil memikirkan hutang bank, komitmen keluarga, atau masa depan kerjaya. Ada yang sedang duduk dalam bilik pejabat, wajahnya neutral tetapi kepalanya penuh persoalan tentang harga diri dan harapan yang semakin menekan. Ada pula yang senyum sambil melayan ana...
Dari kedai dobi ke Stanford: Rahsia tekad Dr Fei-Fei Li mengubah dunia AI
Berita, Suara Wanita

Dari kedai dobi ke Stanford: Rahsia tekad Dr Fei-Fei Li mengubah dunia AI

Oleh DEANNA DEAN Di balik nama besar dalam dunia kecerdasan buatan (AI), jarang kita tahu kisah manusia biasa yang menempuh perjalanan luar biasa. Dr Fei-Fei Li, antara tokoh paling berpengaruh dalam AI moden, bukan lahir dari keluarga hartawan, bukan diasuh dalam suasana mewah, dan bukan tumbuh sebagai “genius” yang disuap peluang. Kisahnya bermula jauh dari makmal canggih, ia bermula dari sebuah kedai dobi kecil di New Jersey. Berhijrah dengan harapan tipis Fei-Fei dilahirkan di Beijing sebelum membesar di Chengdu, China. Kehidupan keluarganya sederhana, ayahnya bekerja dalam bidang komputer di kilang kimia, ibunya seorang guru sekolah menengah. Namun ketika ekonomi China mula bergolak, ayahnya berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mencari peluang baru. Fei-Fei hanya menyusul ...