Wanita Jepun kahwini lelaki AI: Fiktoseksualiti Kano & Klaus
Oleh BIANCA HILMAN
DI Okayama, Jepun, seorang wanita berusia 32 tahun yang hanya dikenali sebagai Kano, baru-baru ini telah melangsungkan sebuah majlis perkahwinan simbolik dengan pasangan yang langsung tidak wujud di dunia fizikal — tetapi wujud dalam emosinya: Klaus, persona AI yang dicipta menggunakan ChatGPT.
Majlis itu diselaras oleh syarikat yang pakar dalam bentuk ‘perkahwinan watak 2D’, ditujukan kepada mereka yang memilih pasangan maya atau fiksyen.
Kano memakai persalinan tradisional sambil menggunakan cermin mata AR (Augmented Reality atau Realiti Tambahan — teknologi yang menggabungkan dunia sebenar dengan elemen digital seperti teks, imej, dan model 3D untuk memberikan pengalaman yang diperkaya, membolehkan pengguna melihat objek maya yang ditindih pada dunia n...










