Sunday, April 19

Blog

🚗 Selepas 960 percubaan, wanita Jepun peroleh lesen memandu
Berita, Realiti Kita

🚗 Selepas 960 percubaan, wanita Jepun peroleh lesen memandu

Oleh BIANCA HILMAN PADA usia 69 tahun, Cha Sa-Soon dari Korea Selatan menjadi simbol ketabahan global apabila dia akhirnya memperoleh lesen memandu - selepas gagal dalam ujian bertulis sebanyak 959 kali. Selama bertahun-tahun, dia muncul lagi dan lagi, dan lagi dan lagi…, menaiki bas ke pusat ujian memandu hampir setiap hari. Setiap kali, dia belajar lebih gigih, mencuba lagi, dan enggan berhenti mengalah. Orang ramai ketawa mengejek. Ada yang simpati  kepadanya. Namun, Cha tidak pernah membiarkan rasa malu menghalangnya. Dia terus berusaha - selama lima tahun tanpa henti. Kemudian, pada percubaannya yang ke-960… dia lulus. 🎉 Kesungguhan wanita ini menjadikan dirinya  seorang wira negara, sehingga syarikat permotoran tersohor Jepun, Hyundai menghadiahkan Cha sebuah ker...
Predator: Badlands mengganas di pawagam: Elle Fanning suntik emosi
Berita, Hiburan

Predator: Badlands mengganas di pawagam: Elle Fanning suntik emosi

Oleh BIANCA HILMAN FILEM Predator: Badlands memuncaki tangga box-office dengan kutipan minggu pembukaan global mencecah AS$80 juta, termasuk AS$40 juta dari tayangan sulung di Amerika Utara - prestasi yang melebihi jangkaan dan menandakan kebangkitan box-office dalam tempoh musim luruh yang lesu.  Kutipan tiket minggu pembukaan filem ini bukan sahaja tertinggi bagi francais Predator, malah mengatasi rekod Alien vs. Predator (2004) yang mencatat AS$38.3 juta.  Dengan bajet AS$105 juta, Badlands kini menjadi filem Predator paling mahal, tetapi juga paling berjaya dari segi sambutan awal. Filem kelapan dalam francais ini, diarahkan dan ditulis oleh Dan Trachtenberg, membawa kelainan segar: di sebuah planet terpencil, seorang pemangsa (Predator) muda (lakonan Dimitrius Schuste...
Pop-up imersif Kpop Demon Hunters di Singapura – Malaysia tidak tersenarai 😢
Berita, Hiburan

Pop-up imersif Kpop Demon Hunters di Singapura – Malaysia tidak tersenarai 😢

Oleh BIANCA HILMAN PEMINAT Kpop Demon Hunters pasti teruja dengan pengumuman terbaharu ini! Dunia futuristik dan penuh warna-warni Huntr/x serta Saja Boys bakal dihidupkan dalam acara pop-up imersif eksklusif yang akan berlangsung di Singapura dari 22 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026. Jelajah istimewa ini akan bermula di Seoul pada 4 Disember, sebelum bergerak ke Singapura, Bangkok, Tokyo, dan berakhir di Taipei.  Namun, agak mengecewakan buat peminat tempatan apabila Malaysia tidak termasuk dalam senarai destinasi jelajah kali ini. Trio Huntr/x (dari kiri) Mira, Rumi dan Zoey (FOTO: Medsos). Walaupun maklumat lanjut seperti lokasi dan tiket rasmi belum diumumkan, acara ini dijangka menawarkan pengalaman visual yang menakjubkan -  dengan dunia neon bertemakan...
Bintang K-Pop, HyunA rebah, pengsan di pentas konsert China
Berita, Hiburan

Bintang K-Pop, HyunA rebah, pengsan di pentas konsert China

Oleh BIANCA HILMAN PENYANYI dan idola K-pop terkenal, HyunA mencetuskan kebimbangan ramai apabila dia rebah secara tiba-tiba semasa membuat persembahan di Festival Waterbomb Macau pada Ahad, 9 November 2025.💔 Dalam video yang kini (hari ini) tular di media sosial, bintang popular berusia 33 tahun itu sedang menyanyikan lagu popularnya Bubble Pop! apabila dia tiba-tiba pengsan di atas pentas. Dua penari latar segera membantu sebelum seorang kakitangan keselamatan membawanya keluar dari pentas. HyunA kelihatan ceria ketika sampai di lokasi konsert di Macau sebelum naik ke pentas membuat persembahan (FOTO: Medsos). Beberapa jam kemudian, bekas ahli Wonder Girls, 4Minute dan Triple H itu memuat naik hantaran di Instagram untuk memohon maaf kepada peminat dan menenangkan semua....
Taylor Swift pecah rekod Billboard Hot 100: Penulis Lagu No. 1
Berita, Hiburan

Taylor Swift pecah rekod Billboard Hot 100: Penulis Lagu No. 1

Oleh BIANCA HILMAN TAYLOR Swift sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ‘ratu carta moden’ apabila dia kini secara rasmi memecah rekod lama dan memegang rekod baharu sebagai penulis lagu dengan minggu paling banyak di kedudukan No. 1 carta Billboard Hot 100 Songwriters!🎤  Bintang pop global berusia 35 tahun itu mencatat minggu ke-27 berada di tangga teratas carta bertarikh 8 November 2025, sekali gus mengatasi pencapaian legenda penulis lagu musim perayaan, Johnny Marks, yang sebelum ini memegang rekod selama 26 minggu. Pencapaian luar biasa Taylor itu hadir selepas kejayaan besar album baharunya, The Life of a Showgirl, yang menyaksikan 12 lagu serentak memasuki carta Billboard Hot 100.  Semua lagu itu ditulis bersama penerbit terkenal Max Martin dan Shellback, menjadik...
Trailer filem Michael Jackson pecah rekod dunia: 116.2 juta tontonan
Berita, Hiburan, Maskulin

Trailer filem Michael Jackson pecah rekod dunia: 116.2 juta tontonan

Trailer 'teaser 'rasmi filem biopik Michael Jackson, berjudul Michael telah mencipta sejarah. Dalam tempoh 24 jam pertama, tontonan di seluruh global mencecah 116.2 juta, menurut WaveMetrix, menjadikannya trailer filem biopik muzikal paling banyak ditonton dalam sejarah! Filem lakonan  utama Jaafar Jackson melakonkan watak Michael Jackson yang tidak lain dan tidak bukan ialah bapa saudaranya sendiri ini mempamerkan gerakan tarian ikonik seperti moonwalk dan klip video muzik legenda Thriller.  Diarahkan oleh Antoine Fuqua yang  dikenali antaranya menerusi siri filem lakonan Denzel Washington, The Equalizer; naskhah biopik, Michael dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh dunia mulai 24 April 2026. Jaafar Jackson hidupkan legasi Michael Jackson  Lahir pa...
Kes bunuh wanita di Malaysia: Realiti & kebimbangan
Berita, Realiti Kita

Kes bunuh wanita di Malaysia: Realiti & kebimbangan

Oleh BIANCA HILMAN KEBANYAKAN  kes pembunuhan membabitkan wanita khususnya di Malaysia menunjukkan bahawa walaupun kita tidak boleh mengawal tindakan orang lain sepenuhnya, risiko itu wujud dan kita perlu bersedia.  Kes terbaharu: Infuencer terkenal Taiwan, Iris Hsieh Iris Hsieh Yu-hsin, seorang influencer media sosial Taiwan berumur 31 tahun yang juga dikenali sebagai ‘Nurse Goddess’, ditemui meningga dunia pada 22 Oktober 2025 di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Awalnya, kematian bekas jururawat itu disyaki berlaku secara tiba-tiba.  Bagaimanapun, setelah siasatan awal dijalankan, pihak polis Kuala Lumpur telah mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan Malaysia – iaitu kes bunuh.  Polis masih menunggu laporan post-mortem ...
Grammy 2026: Bintang K-Pop, Rosé Blackpink, Huntr/x  raih pencalonan utama
Berita, Hiburan

Grammy 2026: Bintang K-Pop, Rosé Blackpink, Huntr/x  raih pencalonan utama

Oleh BIANCA HILMAN PENCALONAN rasmi bagi Anugerah Grammy ke-68 akhirnya diumumkan, menandakan bermulanya musim anugerah muzik paling berprestij dunia.  Tahun ini menyaksikan persaingan sengit antara nama besar dikuasai Kendrick Lamar, Lady Gaga, Bad Bunny dan Sabrina Carpenter, menurut pengumuman Recording Academy yang disiarkan secara langsung pada awal pagi Sabtu. Namun, yang mencuri perhatian sudah tentu kemunculan beberapa wajah baharu Grammy khususnya dari dunia muzik K-Pop - Rosé Blackpink dan grup yang mengalunkan lagu-lagu hit dari filem animasi popular Netflix, KPop Demon Hunters - Huntr/x,  serta kumpulan pop global, Katseye. Huntr/x mendahului dengan meraih empat pencalonan, Rosé dengan tiga pencalonan) dan Katyse, satu pencalonan. Huntr/x dianggotai E...
Ariana Grande calon No. 1 Oscar 2026
Berita, Hiburan

Ariana Grande calon No. 1 Oscar 2026

Oleh BIANCA HILMAN TAHUN lalu, kemenangan besar aktres Zoe Saldaña untuk Emilia Pérez menutup peluang untuk mana-mana pelakon lain menyerlah dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik — termasuk Ariana Grande yang sempat mencuri perhatian dengan lakonannya yang memukau menerusi filem muzikal blockbuster, Wicked.  Namun, tahun ini, angin sudah berubah. Puteri pop yang kini bergelar pelakon hebat itu melonjak ke tempat pertama dalam ramalan pencalonan Oscar Gold Derby, berkat persembahan magisnya - sekali lagi sebagai Glinda the Good Witch dalam sekuel Wicked yang sangat dinanti-nantikan, Wicked: For Good. Adakah Cynthia Erivo dan Ariana Grande bakal meraih pencalonan Oscar sekali lagi? (FOTO: Medsos). 💫 Dari pentas muzikal ke layar emas Kategori Pelakon Pemban...
Canon perkenal dua ‘kuasa’ baharu untuk pencipta kreatif
Berita, Shopping

Canon perkenal dua ‘kuasa’ baharu untuk pencipta kreatif

Oleh BIANCA HILMAN CANON Marketing Malaysia (Canon) sekali lagi membuktikan komitmennya terhadap inovasi dalam dunia pengimejan dengan pelancaran dua produk terbaharu dalam sistem tanpa cermin EOS R - kamera EOS R6 Mark III bingkai penuh dan kanta utama standard RF45mm F1.2 STM. EOS R6 Mark III hadir sebagai evolusi kepada model terdahulu dengan peningkatan dalam kualiti imej, kelajuan serta kebolehpercayaan, direka khas untuk pencipta kandungan yang mahu merakam setiap momen dengan kejelasan dan ketepatan luar biasa. Dipasangkan dengan RF45mm F1.2 STM, kanta bukan profesional dengan apertur terluas Canon setakat ini, pengguna kini boleh menikmati latar belakang kabur yang cantik (bokeh), prestasi unggul dalam cahaya malap, dan reka bentuk padat serta ringan — kombinasi sempurna u...