Anok Yai ‘Model of the Year 2025’
Oleh BIANCA HILMAN
LANGIT fesyen berkilau sedikit lebih terang tahun ini.
BRITISH FASHION COUNCIL (BFC) telah mengumumkan bahawa jelitawan unik berkarisma, Anok Yai, akan diberi penghormatan sebagai Model of the Year (Model Terbaik Tahun Ini) pada acara Fashion Awards 2025, tajaan Pandora.
Majlis penuh pesona itu bakal berlangsung pada 1 Disember 2025, di lokasi berprestij Royal Albert Hall, London, tempat lahirnya detik-detik legenda dunia fesyen
Keunikan yang sentiasa boleh 'berubah' penampilan dan auranya menjadikan figura ini antara supermodel terhangat masa kini di pasaran (FOTO: Medsos).
Dilahirkan di Mesir kepada ibu bapa Sudan Selatan dan dibesarkan di Amerika Syarikat, kisah hidup Anok Yai, 27, ibarat filem penuh ilham - dari akar sederhana hingga menjadi ...










