Sunday, April 19

Blog

Bella Hadid jayakan konsert ‘Artists For Aid’ untuk Palestin & Sudan
Berita, Hiburan

Bella Hadid jayakan konsert ‘Artists For Aid’ untuk Palestin & Sudan

Oleh BIANCA HILMAN KONSERT kemanusiaan Artists For Aid kembali untuk edisi ketiganya dengan barisan bintang yang lebih besar, lebih berpengaruh dan lebih bersemangat untuk membantu mangsa konflik di Palestin dan Sudan.  Acara istimewa ini dijadual berlangsung pada 10 Januari 2026 di Fonda Theatre, Los Angeles, dan akan dikendalikan oleh dua ikon besar dunia hiburan — supermodel, Bella Hadid dan pelakon filem Fantastic Four, Pedro Pascal. Edisi kali ini sekali lagi dianjurkan oleh artis Sudan-Kanada, Mustafa, yang sejak dua tahun lalu komited menggunakan platform seni untuk mengumpulkan dana bantuan kemanusiaan.  Inisiatif Artists For Aid mula diperkenalkan pada tahun 2024, dengan acara sulung di Newark, New Jersey pada Januari tahun tersebut, disusuli persembahan di Londo...
Banjir maut melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand: Lebih 300 terkorban
Berita

Banjir maut melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand: Lebih 300 terkorban

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Banjir besar yang dicetuskan oleh hujan lebat luar biasa serta kesan Ribut Tropika Senyar telah melanda beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara, mengorbankan lebih 300 orang dan menjejaskan berjuta-juta penduduk di Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand.  Situasi yang dianggap antara yang terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini turut memusnahkan infrastruktur, menenggelamkan penempatan, memutuskan hubungan jalan raya dan mengganggu operasi harian di banyak kawasan. Banjir dengan arus yang sangat deras di Songkhla, Thailand menhentam kediaman penduduk meragut 100 nyawa (FOTO: Medsos). Thailand merupakan negara paling terjejas di Asia Tenggara setakat ini, selepas mencatatkan jumlah korban sebanyak 145 orang, menurut ...
Seluruh Terengganu kini dilanda banjir
Berita

Seluruh Terengganu kini dilanda banjir

Oleh BIANCA HILMAN KUALA TERENGGANU: Seluruh negeri Terengganu kini dilanda banjir  apabila Kuala Nerus menjadi daerah kelapan mula terjejas pagi tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, Kuala Nerus mula terjejas pagi tadi, menjadikan keseluruhan lapan daerah dilanda banjir. Sehingga jam 4.44 petang hari ini, kenyataan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat mewartakan seramai 839 mangsa banjir daripada 284 keluarga di daerah Kuala Nerus telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir terkumpul di Terengganu kini mencecah 6,975 orang dari 2,156 keluarga yang ditempatkan di 104 PPS. Jumlah itu menjadikan Terengganu negeri nombor satu dari segi bilangan mangsa...
Banjir di Terengganu: Tujuh jalan utama ditutup sepenuhnya
Berita

Banjir di Terengganu: Tujuh jalan utama ditutup sepenuhnya

Oleh BIANCA HILMAN KUALA TERENGGANU: Banjir yang melanda Terengganu sejak 22 November lalu terus menjejaskan pergerakan penduduk apabila beberapa laluan utama terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan. Menurut kenyataan yang dikemas kini menerusi laman web Jabatan Kerja Raya (JKR), sebanyak tujuh jalan di tiga daerah—Setiu, Kemaman dan Marang—ditutup sepenuhnya bermula semalam susulan kejadian banjir serta paras air yang meningkat. Di Setiu, laluan yang ditutup ialah Jalan Permaisuri–Ulu Seladang, Jalan Kampung Bukit–Alur Lik, dan Jalan Chalok–Bukit Putera–Telaga Papan. Sementara itu, di Kemaman, laluan terjejas turut melibatkan Jambatan Lama Teladas, Jalan Pelatoh–Lubuk Lesong, dan Jalan Lubuk Lesong. Di Marang, Jalan Penghubung Lebuhraya Pantai Timur (LPT)–Bukit Payong...
Tanah runtuh, banjir kilat, pokok tumbang: 9 laluan utama di Perak ditutup
Berita

Tanah runtuh, banjir kilat, pokok tumbang: 9 laluan utama di Perak ditutup

Oleh BIANCA HILMAN IPOH: Sebanyak sembilan laluan utama di beberapa daerah di Perak terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan kejadian tanah runtuh, banjir kilat serta pokok tumbang yang dilaporkan sejak beberapa hari lalu. Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak sehingga jam 4 petang pada Khamis, penutupan berkenaan membabitkan daerah Perak Tengah, Manjung, Muallim dan Hilir Perak. “Di Perak Tengah dua laluan ditutup akibat bahu jalan runtuh membabitkan Jalan Gelung Pepuyu di Seksyen 11.6 sepanjang 60 meter dan Seksyen 5.1 meter sejauh 15 meter,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Tambah kenyataan tersebut, tiga laluan di Manjung turut ditutup ...
Eminem bayar hutang makan 103 sekolah, tunjuk sisi lelaki penyayang
Berita, Hiburan, Maskulin

Eminem bayar hutang makan 103 sekolah, tunjuk sisi lelaki penyayang

Oleh BIANCA HILMAN KITA semua kenal Eminem sebagai rapper legenda, tetapi baru-baru ini, sisi lain lelaki ini benar-benar mencuri perhatian — dan hati kita!  Bersama anak perempuannya, Hailie Jade, 29, Eminem telah membiayai lebih AS$700,000 hutang makan tengah hari sekolah bagi 103 buah sekolah di Amerika Syarikat.  Bayangkan, ribuan kanak-kanak kini boleh menikmati makanan tanpa rasa malu atau lapar di sekolah. Eminem, pemilik nama sebenar Marshall Bruce Mathers III , 53, yang juga mempunyai cucu sulung, Elliot Marshall McClintock - dilahirkan Hailie pada 14 Mac 2025, hasil perkahwinannya dengan Evan McClintock menganggap tindakan ini sebagai ‘kemenangan yang lebih besar daripada mana-mana anugerah yang pernah dimenanginya’.  Eminem (kanan) di samping tiga s...
Ribut Tropika Senyar di Melaka: Lebih 27,000 mangsa banjir di seluruh negara
Berita

Ribut Tropika Senyar di Melaka: Lebih 27,000 mangsa banjir di seluruh negara

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir musim tengkujuh Monsun Timur Laut di seluruh negara kini membabitkan 11 negeri kini mencecah  lebih 27,510 dari 9,036  keluarga yang  telah dipindahkan ke-242 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8.30 pagi, hari ini. Kesemua 11 negari terbabit banjir ialah Kelantan, Perak, Terengganu, Perlis, Kedah, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Melaka, dan Wilayah Persekutuan. Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelantan masih mencatat bilangan mangsa banjir terbanyak dengan 6,310 daripada 2,297 keluarga yang ditempatkan di 41 PPS. Ia membabitkan sebanyak tujuh daerah dengan Tumpat paling ramai bilangan mangsa, mencecah 3,550, sementara daerah lain, Bachok (1,387), Machang (434), Kuala ...
4,000 rakyat Malaysia terperangkap banjir Hatyai: Ida Riswana kongsi detik cemas
Berita

4,000 rakyat Malaysia terperangkap banjir Hatyai: Ida Riswana kongsi detik cemas

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd, Hajah Ida Riswana Idris, mengimbau pengalaman mencemaskan apabila beliau menjadi antara 4,000 rakyat Malaysia yang terperangkap dalam banjir besar di Hatyai, Thailand, baru-baru ini. Kejadian itu berlaku ketika beliau berada di tingkat 21 sebuah hotel, memantau keadaan sekeliling sambil berhubung dengan keluarga serta pihak konsulat bagi mendapatkan maklumat dan memastikan keselamatan semua pihak. Ida menceritakan bagaimana situasi yang serba mendesak itu memaksanya bertindak secara spontan — daripada mencari bantuan pihak berkuasa dan konsulat, hinggalah memastikan keselamatan diri serta jemaah yang berada bersamanya. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pemandu ba...
Runtuhan cerun di Seputeh: Dua blok pangsapuri Taman United dikosongkan
Berita

Runtuhan cerun di Seputeh: Dua blok pangsapuri Taman United dikosongkan

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Dua blok pangsapuri membabitkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh diarahkan dikosongkan selepas berlakunya kejadian tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran pada pagi Isnin. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.02 pagi mengenai runtuhan cerun tanah sepanjang kira-kira 60 meter. “Dua kereta dan beberapa motosikal terjejas akibat kejadian itu. Runtuhan tanah turut memasuki kawasan pangsapuri,” katanya dalam kenyataan. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil perbincangan di lokasi bersama wakil Parlimen Seputeh dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dua blok pangsapuri serta premis berhampiran telah diarahkan dikosongkan. Langk...
12 kawasan Shah Alam dilanda banjir: 131 mangsa dipindahkan
Berita

12 kawasan Shah Alam dilanda banjir: 131 mangsa dipindahkan

Oleh BIANCA HILMAN SHAH ALAM: Hujan yang tidak berhenti sejak lewat petang Ahad menyebabkan 12 kawasan di bandar raya ini dinaiki air, sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk serta kesesakan di beberapa laluan utama. Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), antara kawasan paling terjejas ialah Taman Desa Kemuning di Seksyen 35, Kampung Budiman di Seksyen U14, Kampung Kubu Gajah di Seksyen U17, serta kawasan berhampiran pasar raya Giant di Seksyen 13. MBSA turut mengesahkan beberapa lokasi lain yang mengalami situasi sama, termasuk: Taman Sri Lembayung, Seksyen 25 Jalan Opera, Seksyen U2 Persiaran Jubli Perak, Seksyen 19 Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Seksyen 16 Serta beberapa laluan utama di Seksyen 25 dan Seksyen 23 Susulan keadaan tersebut, MB...