Single terbaharu Ariana Grande raih No.1 carta iTunes 50 negara
Oleh BIANCA HILMAN
SINGLE terbaharu Ariana Grande, Hate That I Made You Love Me mencipta fenomena apabila berjaya mencapai kedudukan #1 iTunes di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, sekali gus menjadi lagu ke-13 dalam kariernya yang mencapai pencapaian tersebut.
Lagu ciptaan sendiri Ariana itu turut menduduki tangga teratas carta iTunes Worldwide, iTunes Eropah dan iTunes Amerika Syarikat sejurus selepas pelancarannya.
Kejayaan itu turut diterjemahkan di platform penstriman apabila lagu berkenaan membuat debut di #1 Carta Spotify Global Harian dengan lebih 8.78 juta strim pada hari pertama ia dilancarkan, menjadikannya antara pembukaan terbesar dalam karier penyanyi itu.
Ariana dan Justin Long sukses menghidupkan jalan cerita video muzik Hate That I Made You Love Me ...










