‘Michael’ meletup! Kutipan minggu pembukaan AS$217 juta
Oleh BIANCA HILMAN
DUNIA hiburan perfileman global dikejutkan dengan kemunculan raja box-office baharu; dan kali ini ia datang daripada kisah legenda Raja Pop sendiri.
Filem biopik Michael terbitan Lionsgate mencipta sensasi luar biasa apabila meraih kutipan tiket AS$97 juta hasil tayangan rangkaian pawagam di seluruh di Amerika Utara dan melonjak kepada AS$217 juta di seluruh dunia hanya pada hujung minggu pertama tayangan (selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad).
Ini menjadikan Michael bukan sahaja sudah balik modal dalam tempoh tiga hari tayangan, tetapi juga mencatat rekod baharu kutipan minggu pembukaan tertinggi sepanjang zaman untuk filem biopik, mengatasi rekod filem mengenai keangkitan kumpulan hip-hop N.W.A, Straight Outta Compton (2015) yang se...










