Trailer The Beauty lakonan Bella Hadid: 4 hari, 37 juta tontonan
Oleh BIANCA HILMAN
LOS ANGELES: Trailer siri terbaharu penerbit tersohor Ryan Murphy, The Beauty yang dibintangi supermodel terkenal, Bella Hadid mencatat kejayaan luar biasa apabila meraih 37 juta tontonan hanya dalam tempoh empat hari selepas dilancarkan, sekali gus menjadi antara trailer siri paling tular ketika ini.
Trailer berdurasi 1 minit 47 saat itu mula tular di pelbagai platform digital termasuk YouTube, Instagram dan TikTok, dengan ribuan komen daripada peminat di seluruh dunia menampilkan beberapa adegan siri fiksyen sains 11 Episod, The Beauty - naskhah terbaharu Murphy yang sebelum ini dikenali sebagai penerbit siri popular di Disney +, American Horror Story dan Monster di Netflix, selain siri popular Glee dan Scream Queen.
Satu adegan The Beauty la...










