Thursday, April 2

Hiburan

Golden, lagu K-Pop pertama menang Oscar 
Berita, Hiburan

Golden, lagu K-Pop pertama menang Oscar 

Oleh BIANCA HILMAN SEKADAR menang anugerah sampingan Grammy 2026 – Lagu Terbaik yang Ditulis untuk Media Visual (Best Song Written for Visual Media) pada 1 Februari lepas, filem animasi yang meraih populariti mega di seluruh dunia, KPop Demon Hunters sebaliknya merangkul  antara dua anugerah utama Oscar 2026 pada majlis Anugerah Academy yang berlangsung pada Ahad di  Dolby Theatre, Ovation Hollywood,  Los Angeles, California.  Meraih lima anugerah pencalonan Grammy 2026, Golden - lagu hit KPop Demon Hunters yang dikalahkan Billie Eilish menerusi Windflower dalam kategori Lagu Terbaik Tahun Ini (Song of the Year), sebaliknya diumumkan sebagai pemenang Oscar kategori Lagu Asal Terbaik, sementara KPop Demon Hunters dinobatkan Filem Animasi Terbaik. Michal ...
Anna Camp mohon maaf kongsi hantaran Scream 7
Berita, Hiburan

Anna Camp mohon maaf kongsi hantaran Scream 7

Susunan BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Aktres, Anna Camp yang sebelum ini terkenal menerusi siri filem Pitch Perfect, memohon maaf selepas berkongsi semula satu hantaran media sosial mengenai kejayaan filem ‘slasher’ Scream 7 meraih kutipan minggu pembukaan dalam tempoh tiga hari mencecah lebih AS$100 juta. Anna yang memegang watak sebagai Jessica Bowden dalam Scream 7 membuat hantaran mengenai filem itu yang berdepan boikot dan tunjuk perasaan orang ramai ketika majlis tayangan perdana filem itu baru-baru ini. Anna memuat naik imej di Instagram Story miliknya dengan lagu Karma nyanyian Taylor Swift sebagai latar. Hantaran itu berbunyi: “Boikot itu tidak berjaya. Kebencian pengkritik tidak berjaya. Kebocoran yang menyedihkan tidak berjaya. Apa yang berjaya ialah penonton datang dan...
Scream 7 pecah rekod francais Scream 
Berita, Hiburan

Scream 7 pecah rekod francais Scream 

Oleh BIANCA HILMAN NEW YORK: Filem ‘slasher’ terbaharu, Scream 7, mencatat sejarah apabila meraih kutipan pembukaan tertinggi (dalam tempoh tiga hari dari Jumaat hingga Ahad) dalam francais itu dengan AS$64.1 juta di Amerika Utara. Tiga dekad selepas filem slasher asal, Scream ditayangkan, kejayaan luar jangkaan itu diumumkan studio penerbitannya, sekali gus memberi kemenangan besar kepada Paramount Pictures dalam suasana kutipan box-office 2026 yang agak perlahan. Filem berkenaan turut menambah AS$33.1 juta di pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah kutipan global hujung minggu pembukaannya hampir mencecah lebih AS$100 juta. Scream 7 yang menelan kos pembikinan sekitar AS$45 juta mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh Scream VI, yang sebelum ini mencatat kutip...
Britney Spears jual hak milik katalog muzik
Berita, Hiburan, Uncategorized

Britney Spears jual hak milik katalog muzik

Oleh BIANCA HILMAN  HOLLYWOOD, California: Britney Spears telah menjadi penyanyi terbaharu di Hollywood menjual hak ke atas katalognya, yang merangkumi lagu-lagu hit seperti Baby One More Time dan Oops! I Did It Again, lapor media AS pada hari Selasa (10 Feb). Perjanjian itu dipercayai bernilai sekitar AS$200 juta, menurut sumber yang dipetik oleh laman selebriti TMZ, walaupun jumlah sebenar tidak diperincikan dalam dokumen undang-undang. Jumlah itu setanding dengan penjualan katalog penyanyi asal Kanada, Justin Bieber pada tahun 2023. Spears, 44, menyertai senarai artis yang semakin meningkat yang telah menjual hak muzik mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk Bruce Springsteen dan Bob Dylan, serta Shakira dan kumpulan KISS. Media AS melaporkan bahawa hak ter...
Trump ancam saman hos Grammy 2026, Trevor Noah
Berita, Hiburan

Trump ancam saman hos Grammy 2026, Trevor Noah

Oleh BIANCA HILMAN WASHINGTON:Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengacara Anugerah Grammy ke-68, Trevor Noah, selepas Noah membuat jenaka sinikal yang menyentuh nama Trump dalam ucapannya pada malam acara itu.  Isu ini tercetus apabila Noah, semasa mengulas kemenangan penyanyi Biilie Eilish bagi kategori Song of the Year, telah membuat satu gurauan yang mengaitkan Trump dengan usaha mendapatkan Greenland dan kehilangan pulau milik Jeffrey Epstein. “Itu adalah Grammy yang semua artis mahu — hampir sama seperti Trump mahu Greenland, yang masuk akal kerana pulau Epstein sudah hilang, dia perlukan satu tempat baharu untuk melepak dengan Bill Clinton.”  Trump kemudiannya memberi maklum balas di platform media...
Bukan sekadar pemenang Grammy 2026: Billie Eilish kecam ICE!
Berita, Hiburan, Suara Wanita

Bukan sekadar pemenang Grammy 2026: Billie Eilish kecam ICE!

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Billie Eilish, Olivia Dean dan Kehlani bukan sekadar naik ke pentas Grammy 2026 untuk meraikan kemenangan masing-masing, tetapi  ketiga-tiga mereka berada dan berdiri di situ dengan pendirian tegas dan jelas agar agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) di Amerika Syarikat yang berleluasa dengan penuh keganasan terhadap rakyat marhaen negara itu ketika ini, segera dihapuskan! Di tengah-tengah tindakan keras Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap imigran haram di Amerika Syarikat, ketiga-tiga penyanyi muda popular ini menggunakan platform besar dan berpengaruh Grammy untuk bersuara lantang - kali ini mengkritik tindakan kejam ICE yang disamakan pejuang kemanusiaan sebagai tindakan Zionis Israel terhadap penduduk Palestin di Semena...
K-pop gagal kuasai Grammy 2026
Berita, Hiburan

K-pop gagal kuasai Grammy 2026

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Walaupun pulang tanpa trofi utama, selain langsung tidak menang, kehadiran dan kejayaan artis K-pop meraih pencalonan pada majlis Anugerah Grammy ke-68  yang berlangsung pada malam Ahad 1 Februari, di sini, (waktu tempatan) tetap mencipta sejarah tersendiri.  Dua pencalonan terkuat K-pop khususnya masing-masing menerusi lagu Golden dan APT. termasuk dalam beberapa kategori tertinggi Grammy - 'Empat Anugerah Paling Utama' (General Field Big Four) dan Anugerah Utama dikalahkan nama-nama besar Hollywood termasuk Billie Eilish, Bad Bunny, kolaborasi Kendrick Lamar dan Sza, serta duo lagu runut bunyi filem Wicked, Ariana Grande dan Cynthia Erivo yang berkolaborasi untuk lagu Defiying Gravity. Walaupun begitu, Golden yang mencipta sejarah sebaga...
Video 2023 dedahkan konflik keluarga Beckham
Berita, Hiburan, Realiti Kita

Video 2023 dedahkan konflik keluarga Beckham

Susunan BIANCA HILMAN LONDON: Sebuah klip video, aktres Nicola Peltz, isteri Brooklyn Beckham yang dengan wajah masam ditarik untuk bergambar dengan keluarga Beckham pada satu acara anjuran Netflix telah muncul semula, dengan pengulas dalam talian mendakwa ia membuktikan dakwaan Brooklyn tentang perselisihan faham isterinya yang lama dengan ibu bapanya, David dan Victoria. Video dari tahun 2023 menunjukkan Nicola, yang ketika itu berusia 28 tahun, beratur untuk bergambar di sebelah keluarga Beckham, termasuk Victoria, David, dan tiga adik-beradik Brooklyn -  Romeo, Cruz, dan Harper, di acara karpet merah sempena majlis tayangan perdana dokumentari Netflix David Beckham berjudul, Beckham di London. Kenangan tahun 1999 ketika pasangan David dan Victoria dikurniakan anak sulung merek...
Pelakon Nadia Kesuma pergi buat selamanya, misteri kehilangan terjawab dengan air mata
Berita, Hiburan

Pelakon Nadia Kesuma pergi buat selamanya, misteri kehilangan terjawab dengan air mata

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Misteri di sebalik kehilangan pelakon terkenal Nadia Kesuma akhirnya terjawab, namun jawapan itu hadir bersama linangan air mata. Nadia, atau nama sebenarnya Nadiah Kesemuwati Abdul Karim, disahkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah. Berita duka itu disahkan oleh anak perempuannya menerusi hantaran di Threads, memaklumkan bahawa ibunya telah kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari, kira-kira jam 8.05 pagi. “Terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan mama saya. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah,” tulisnya dalam nada penuh sebak. Menurut perkongsian tersebut, arwah mengalami serangan ...
Misteri kehilangan Nadia Kesuma, disahkan tinggalkan Lapangan Terbang Jeddah
Berita, Hiburan

Misteri kehilangan Nadia Kesuma, disahkan tinggalkan Lapangan Terbang Jeddah

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Kehilangan pelakon Malaysia, Nadia Kesuma, di Jeddah, Arab Saudi, terus menjadi perhatian apabila pihak berkuasa mengesahkan beliau telah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz sebelum dilaporkan gagal dikesan. Menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia, rekod imigresen Arab Saudi menunjukkan Nadia meninggalkan kawasan lapangan terbang selepas tiba di Jeddah pada 15 Januari lalu ketika transit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke London. Namun, sehingga kini, lokasi dan keadaan beliau masih belum dapat dipastikan. Nadia atau nama sebenarnya Nadia Kesumawati Abdul Karim dilaporkan tidak menaiki penerbangan sambungan ke London seperti dijadualkan.  Usaha untuk menghubunginya selepas itu gagal apabila telefon bimbitnya tid...