Trailer filem Michael Jackson pecah rekod dunia: 116.2 juta tontonan
Trailer 'teaser 'rasmi filem biopik Michael Jackson, berjudul Michael telah mencipta sejarah. Dalam tempoh 24 jam pertama, tontonan di seluruh global mencecah 116.2 juta, menurut WaveMetrix, menjadikannya trailer filem biopik muzikal paling banyak ditonton dalam sejarah!
Filem lakonan utama Jaafar Jackson melakonkan watak Michael Jackson yang tidak lain dan tidak bukan ialah bapa saudaranya sendiri ini mempamerkan gerakan tarian ikonik seperti moonwalk dan klip video muzik legenda Thriller.
Diarahkan oleh Antoine Fuqua yang dikenali antaranya menerusi siri filem lakonan Denzel Washington, The Equalizer; naskhah biopik, Michael dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh dunia mulai 24 April 2026.
Jaafar Jackson hidupkan legasi Michael Jackson
Lahir pa...










