Thursday, July 23

Hiburan

‘Top 10’ pelakon watak Superman paling ikonik sepanjang zaman
Berita, Hiburan, Maskulin

‘Top 10’ pelakon watak Superman paling ikonik sepanjang zaman

SEJAK kemunculannya pada tahun 1938, Superman telah menjadi simbol harapan, kekuatan dan keadilan.  Namun, kehebatan ‘Man of Steel’ bukan sahaja datang daripada cerita komiknya, tetapi juga daripada pelakon-pelakon luar biasa yang telah menghidupkannya di layar besar dan kecil.  Berikut ialah Top 10 aktor yang pernah memegang peranan Clark Kent/Superman, masing-masing meninggalkan legasi tersendiri dalam sejarah budaya pop dunia. 1. Christopher Reeve 🦸‍♂️ Superman (1978), Superman II (1980), Superman III (1983), Superman IV: The Quest for Peace (1987) 📍 Lahir: New York City, NY, USA | (1952–2004) Tiada siapa yang dapat menandingi aura dan karisma Christopher Reeve. Penampilannya yang memikat sebagai Clark Kent yang serba canggung dan Superman yang gagah m...
Navya enggan ikut jejak langkah Amitabh Bachchan
Berita, Hiburan

Navya enggan ikut jejak langkah Amitabh Bachchan

Oleh BIANCA HILMAN KALAU anda fikir menjadi cucu Amitabh Bachchan secara automatik membawa anda ke dunia Bollywood, fikir semula!  Navya Naveli Nanda, anak perempuan Shweta Bachchan dan Nikhil Nanda, memilih jalannya sendiri - menggabungkan kecintaan pada fesyen dengan legasi perniagaan keluarga dalam sektor pertanian. Navya, 27, yang juga pernah menapaki landasan peragaan Paris untuk Loreal, menegaskan bahawa dia tidak mahu terhad pada satu bidang sahaja.  Minat Navya terhadap fesyen menyamai kecintaannya terhadap legasi perniagaan keluarga dalam sektor pertanian (FOTO: Medsos) “Saya suka mencuba perkara baharu… dari memasang traktor hingga catwalk di pentas peragaan, saya mahu lakukan semuanya,” katanya.  Dan memang, siapa sangka minat pada traktor boleh jad...
Freshies sertai Gegar Vaganza musim ke-12
Berita, Hiburan

Freshies sertai Gegar Vaganza musim ke-12

Oleh BIANCA HILMAN KUMPULAN pop/rap wanita Malaysia yang  ditubuhkan pada 1992 dan meraih kejayaan dalam tempoh singkat antara 1992 dan 1997, Freshies antara wakil Malaysia yang akan bertanding di gelanggang Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12). Bagaimanapun hanya dua anggota asal Freshies, Shima dan Ejie menyertai GV12 yang bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104) bermula 2 November 2025. Dua lagi anggota kumpulan yang popular dengan lagu, Sakitnya Rindu ini ialah Ina dan Melor.  Nubhan turut menyertai barisan 13 peserta yang bertanding dalam GV12 (FOTO: Medsos) Dua lagi anggota kumpulan yang popular dengan lagu, Sakitnya Rindu ini ialah Ina dan Melor. Peserta lain yang mewakili Malaysia dalam GV12 terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Dato’ Elaine Kang, Kris...
BTS rancang konsert jelajah dunia terbesar 
Berita, Hiburan, Maskulin

BTS rancang konsert jelajah dunia terbesar 

Oleh BIANCA HILMAN  BTS bakal mengadakan sekurang-kurangnya 65 buah konsert sempena jelajah dunia pertama kumpulan  super idola Korea Selatan itu pada 2019,  termasuk lebih daripada 30 pertunjukan di Amerika Utara. Terdahulu, BTS dibubarkan buat sementara waktu ketika anggota mereka menjalankan perkhidmatan ketenteraan yang diwajibkan bagi kaum lelaki di Korea Selatan.  BTS sebelum ini dibubarkan buat sementara waktu (FOTO: Medsos). Serentak itu, BTS juga telah mengusahakan album baharu sejak beberapa bulan lalu bersama Hybe. Album itu, yang pertama kumpulan itu dalam tempoh enam tahun, akan dilancarkan pada penghujung Mac 2026. “Butiran mengenai tarikh dan skala jelajah dunia baharu BTS masih belum disahkan,” kata Big Hit Music Hybe dalam satu kenyataan....
‘No King, No God’: ‘Provokatif’ Earth to Eve sasarkan Trump
Berita, Hiburan

‘No King, No God’: ‘Provokatif’ Earth to Eve sasarkan Trump

Oleh BIANCA HILMAN PEMINAT muzik global kini sedang digemparkan dengan kehadiran single baharu berjudul, No King, No God daripada artis alternatif/pop, Earth to Eve yang dikatakan disasarkan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Ia sebuah trek lagu yang bukan sekadar lagu pop biasa, tetapi satu seruan berani yang dianggap sebagai kritikan terbuka terhadap figura politik dan kuasa semasa. 🌆 Suara alternatif dari New York ke Los Angeles Berpangkalan di Los Angeles namun berasal dari New York City, Earth to Eve dikenali sebagai artis serba boleh yang bukan sahaja menulis dan menyanyi lagu-lagunya sendiri, malah turut menguruskan aspek visual dan arahan kreatif untuk muzik videonya. Gaya muziknya sering digambarkan sebagai jujur, tanpa penapisan dan sarat emosi, se...
EJAE Huntrix, Lisa Blackpink kini sebumbung
Berita, Hiburan

EJAE Huntrix, Lisa Blackpink kini sebumbung

Oleh BIANCA HILMAN EJAE bukan sekadar nama baharu dalam industri muzik. Sebelum muncul gah sebagai Huntrix (atau Huntr/X) bersama Audrey Nuna dan Rey Ami untuk filem animasi Netflix, K-Pop Demon Hunters, EJAE mengharungi 12 tahun sebagai pelatih di SM Entertainment, agensi ‘kilang’ K-Pop tersohor di Korea Selatan. Setiap hari dipenuhi latihan yang melelahkan, kegagalan demi kegagalan, dan impian yang seakan jauh dari jangkauan. Namun, tabahnya tidak pernah pudar. Malah yang menyedihkan, dia akhirnya dikejutkan dengan ‘label’ dirinya ‘sudah berusia’ untuk mencipta nama sebagai bintang K-Pop. Tidak sesekali lelah dan kalah dengan label negatif itu, dia sebalik tabah dan bangkit – kebangkitan yang membuahkan hasil. ✈️ Hijrah ke Amerika Syarikat, kembangkan bakat Langkah...
Magis cinta Raj & Simran: DDLJ ditayangkan 30 tahun setiap hari tanpa henti
Berita, Hiburan

Magis cinta Raj & Simran: DDLJ ditayangkan 30 tahun setiap hari tanpa henti

Oleh BIANCA HILMAN ADA sesuatu yang ajaib tentang kisah cinta yang tidak pernah lapuk.Tiga dekad sudah berlalu sejak Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ) mula menghiasi layar perak pada 20 Oktober 1995 - namun setiap pagi di kota Mumbai, pawagam klasik Maratha Mandir masih memutarkan filem ini tanpa henti. Ya, setiap hari selama 30 tahun! Bayangkan, 30 tahun atau tiga dekad tayangan berterusan, menjadikannya filem paling lama ditayangkan dalam sejarah India. Tiketnya cuma 40 rupee (sekitar RM2.30), tetapi nilai emosinya tidak ternilai. Filem mengenai cinta agung Raj dan Simran ini masih ditayangkan setiap hari di pawagam Maratha Mandir di Mumbai sejak ia mula ditayangkan 30 tahun lalu, bermula pada 20 Oktober 1995 (FOTO: Medsos) 💞 Cinta yang menyatukan dua dunia DDLJ m...
Melissa Barrera: Bangkit dari badai, bersinar demi kebenaran
Berita, Hiburan, Suara Wanita

Melissa Barrera: Bangkit dari badai, bersinar demi kebenaran

Oleh BIANCA HILMAN KETIKA dunia cuba membisukan suaranya, dia memilih untuk terus bersuara – demi kebenaran, kemanusiaan dan dirinya sendiri! Dalam dunia hiburan yang berkilauan, di mana setiap senyuman sering menjadi topeng dan setiap gerak langkah diperhati jutaan mata, Melissa Barrera belajar satu hakikat paling pahit - bahawa menjadi benar tidak selalu bererti disenangi semua pihak.  Namun, bagi wanita berusia 35 tahun  ini, keberanian untuk berdiri atas prinsip lebih berharga daripada sebarang sorotan kamera. Namanya pernah menghiasi poster filem box-office, Scream 5 dan Scream 6, menjadikannya antara pelakon muda Latin paling menonjol di Hollywood.  Tetapi pada November 2023, Melissa menjadi tumpuan dunia bukan kerana lakonannya - sebaliknya kerana keber...
Diddy bakal dibebaskan Trump? Dunia hiburan tergamam!
Berita, Hiburan, Maskulin

Diddy bakal dibebaskan Trump? Dunia hiburan tergamam!

Oleh BIANCA HILMAN 💥 DRAMA, seks, kuasa dan pengampunan Presiden? Itulah realiti panas dunia hiburan sekarang apabila Donald  Trump –  Presiden kontroversi yang dikenali dengan keputusan tidak terduga – dikhabarkan menerusi laporan TMZ (mendakwa didedahkan sumber dalaman White House) telah ‘bermain api politik’ dengan pertimbangan untuk membebaskan Sean ‘Diddy’ Combs, mogul muzik yang baru sahaja dihukum penjara 50 bulan atas pertuduhan berkaitan pemerdagangan manusia dan pelacuran. 🎤 Kisah yang tidak disangka-sangka Diddy, 55, yang pernah menjadi simbol kuasa lelaki kulit hitam dalam industri hiburan di Hollyeood, kini ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan Brooklyn selepas disabitkan atas dua pertuduhan mengikut Akta Mann – undang-undang berusia lebih 100 tahun yang melar...
Antara hak & maruah: Suara Nora, solidariti Rossa – nilai sebuah karya
Berita, Hiburan, Suara Wanita

Antara hak & maruah: Suara Nora, solidariti Rossa – nilai sebuah karya

Oleh BIANCA HILMAN  DI balik kemilau lampu pentas dan siulan peminat, tersembunyi kisah sunyi wanita-wanita tabah yang menjaga legasi insan tersayang - bukan dengan glamor, tetapi dengan suara yang tegas dan hati yang luka. Datuk Nora Ariffin, penyanyi yang dikenali ramai dengan suara balada yang menyentuh jiwa kini berdiri sebagai suara waris kepada arwah suaminya, Johan Nawawi, komposer tersohor negara yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.  Baru-baru ini, namanya kembali jadi tumpuan apabila lagu ikonik, Sinaran yang dipopularkan penyanyi yang juga ikonik, Datuk Sheila Majid telah dirakam semula oleh bintang ikonik Indonesia, Dato’ Seri Rossa, yang didakwa Nora, tanpa penjelasan penuh mengenai keizinan rasmi atau bayaran royalti yang sepatutnya diterima oleh waris...