Thursday, April 2

Tag: #golden

Golden, lagu K-Pop pertama menang Oscar 
Berita, Hiburan

Golden, lagu K-Pop pertama menang Oscar 

Oleh BIANCA HILMAN SEKADAR menang anugerah sampingan Grammy 2026 – Lagu Terbaik yang Ditulis untuk Media Visual (Best Song Written for Visual Media) pada 1 Februari lepas, filem animasi yang meraih populariti mega di seluruh dunia, KPop Demon Hunters sebaliknya merangkul  antara dua anugerah utama Oscar 2026 pada majlis Anugerah Academy yang berlangsung pada Ahad di  Dolby Theatre, Ovation Hollywood,  Los Angeles, California.  Meraih lima anugerah pencalonan Grammy 2026, Golden - lagu hit KPop Demon Hunters yang dikalahkan Billie Eilish menerusi Windflower dalam kategori Lagu Terbaik Tahun Ini (Song of the Year), sebaliknya diumumkan sebagai pemenang Oscar kategori Lagu Asal Terbaik, sementara KPop Demon Hunters dinobatkan Filem Animasi Terbaik. Michal ...
One Battle After Another, KPop Demon Hunters pemenang Critics Choice 2026
Berita, Hiburan

One Battle After Another, KPop Demon Hunters pemenang Critics Choice 2026

Oleh BIANCA HILMAN SANTA MONICA, CALIFORNIA: One Battle After Another muncul sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Critics Choice 2026, yang berlangsung meriah pada malam Ahad.  Kejayaan filem lakonan Leonardo DiCaprio  ini turut diserlahkan dengan kemenangan Paul Thomas Anderson untuk satu lagi anugerah utama - Pengarah Terbaik, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pembikin filem paling berpengaruh masa kini. Menerusi filem sama Anderson juga diumumkan sebagai pemenang satu lagu anugerah, Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Barisan karyawan KPop Demon Hunters di pentas majlis Anugerah Critics 2026 selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Filem Animasi Terbaik. Malam anugerah tersebut turut menyaksikan kejayaan besar filem seram Sinners, yang membawa pulang...
Grammy 2026: Bintang K-Pop, Rosé Blackpink, Huntr/x  raih pencalonan utama
Berita, Hiburan

Grammy 2026: Bintang K-Pop, Rosé Blackpink, Huntr/x  raih pencalonan utama

Oleh BIANCA HILMAN PENCALONAN rasmi bagi Anugerah Grammy ke-68 akhirnya diumumkan, menandakan bermulanya musim anugerah muzik paling berprestij dunia.  Tahun ini menyaksikan persaingan sengit antara nama besar dikuasai Kendrick Lamar, Lady Gaga, Bad Bunny dan Sabrina Carpenter, menurut pengumuman Recording Academy yang disiarkan secara langsung pada awal pagi Sabtu. Namun, yang mencuri perhatian sudah tentu kemunculan beberapa wajah baharu Grammy khususnya dari dunia muzik K-Pop - Rosé Blackpink dan grup yang mengalunkan lagu-lagu hit dari filem animasi popular Netflix, KPop Demon Hunters - Huntr/x,  serta kumpulan pop global, Katseye. Huntr/x mendahului dengan meraih empat pencalonan, Rosé dengan tiga pencalonan) dan Katyse, satu pencalonan. Huntr/x dianggotai E...
Kpop Demon Hunters 2 ditayangkan 2029 
Berita, Hiburan

Kpop Demon Hunters 2 ditayangkan 2029 

Oleh BIANCA HILMAN BERSEDIA,  fandom K-pop dan pencinta animasi! 🌟Filem fenomena global KPop Demon Hunters akan kembali ke skrin, kali ini dengan lebih banyak muzik, sihir, dan gaya! Netflix dan Sony Pictures Animation baru sahaja memeterai perjanjian rasmi untuk menghasilkan sekuel animasi yang dijangka dilancarkan pada tahun 2029, menurut laporan Bloomberg. 🎤Dari pentas konsert ke dunia gelap syaitan - Kembali dengan irama & kuasa KPop Demon Hunters bukan sekadar kisah gadis comel dengan lagu catchy.  Ia mengisahkan kumpulan gadis K-pop fiksyen, Huntr/x yang menggunakan kekuatan muzik mereka untuk menentang makhluk gelap dan melindungi dunia.  Filem ini mencuri perhatian global bukan sahaja dengan visualnya yang penuh warna dan aksi bertenaga, tetapi ...
EJAE Huntrix, Lisa Blackpink kini sebumbung
Berita, Hiburan

EJAE Huntrix, Lisa Blackpink kini sebumbung

Oleh BIANCA HILMAN EJAE bukan sekadar nama baharu dalam industri muzik. Sebelum muncul gah sebagai Huntrix (atau Huntr/X) bersama Audrey Nuna dan Rey Ami untuk filem animasi Netflix, K-Pop Demon Hunters, EJAE mengharungi 12 tahun sebagai pelatih di SM Entertainment, agensi ‘kilang’ K-Pop tersohor di Korea Selatan. Setiap hari dipenuhi latihan yang melelahkan, kegagalan demi kegagalan, dan impian yang seakan jauh dari jangkauan. Namun, tabahnya tidak pernah pudar. Malah yang menyedihkan, dia akhirnya dikejutkan dengan ‘label’ dirinya ‘sudah berusia’ untuk mencipta nama sebagai bintang K-Pop. Tidak sesekali lelah dan kalah dengan label negatif itu, dia sebalik tabah dan bangkit – kebangkitan yang membuahkan hasil. ✈️ Hijrah ke Amerika Syarikat, kembangkan bakat Langkah...