Lelaki fitnah Tok Batin sorok Jaslinda diberkas polis
Oleh BIANCA HILMAN
IPOH: Lelaki yang tular di media sosial kerana didakwa memfitnah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd. Asmadi Abdullah berhubung kes penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, telah diberkas polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim dilaporkan media sebagai berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di kediamannya di Ipoh pada jam 1 tengah hari.
“Setakat ini, kita telah menerima 11 laporan polis berhubung kandungan berunsur fitnah terhadap tok batin yang dimuat naik di media sosial.
“Permohonan reman terhadap lelaki itu akan dibuat di mahkamah esok, bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya,, di sini hari ini.
Menurut beliau, kertas siasatan bagi kes tersebut dibuka mengikut...










