Saturday, June 13

Author: Bianca Hilman

Berani soal, berani bela: Dua wanita gugat keselesaan Trump
Berita, Suara Wanita

Berani soal, berani bela: Dua wanita gugat keselesaan Trump

Oleh BIANCA HILMAN DALAM dunia yang masih sering menilai wanita berdasarkan senyuman, penampilan dan bahasa tubuh mereka, wartawan CNN, Kaitlan Collins, sekali lagi meraih perhatian selepas menjadi sasaran serangan lisan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Apa yang menarik perhatian bukan sekadar kata-kata Trump, tetapi pendedahan mengejutkan daripada bekas Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Matthews, yang mendakwa Collins merupakan satu-satunya wartawan yang paling menakutkan Trump dan bekas Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Kayleigh McEnany ketika beliau bertugas dalam pentadbiran Trump. Pendedahan itu dibuat selepas satu insiden di Pejabat Oval pada Rabu yang menyaksikan Trump bertukar daripada menjawab soalan dasar kerajaan kepada mengkritik Collins secara peribad...
Cacing pemakan daging dikesan di Texas
Berita, Realiti Kita

Cacing pemakan daging dikesan di Texas

Oleh ZARA JANE TEXAS: Industri penternakan Amerika Syarikat (AS) berdepan kebimbangan baharu apabila satu kes disyaki melibatkan parasit berbahaya dikenali sebagai ‘New World screwworm’ atau cacing pemakan daging dikesan di selatan Texas. Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), sampel yang diambil daripada dua ekor anak lembu di sebuah ladang ternakan di La Pryor, Texas kini sedang menjalani ujian lanjut di makmal persekutuan selepas keputusan awal menunjukkan hasil positif. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘positif andaian’, bermakna ujian awal menunjukkan tanda-tanda kehadiran parasit berkenaan, namun pengesahan rasmi masih belum diperoleh. Sekiranya disahkan, ia bakal menjadi ancaman serius kepada sektor ternakan negara itu yang sejak lebih setahun lalu berus...
Harga bahan api turun, kerajaan kekal pertahan subsidi bersasar
Berita, Realiti Kita

Harga bahan api turun, kerajaan kekal pertahan subsidi bersasar

Oleh ZARA JANE KUALA LUMPUR: Pengguna kenderaan di seluruh negara menerima sedikit kelegaan apabila harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 4 hingga 10 Jun 2026 diturunkan selaras dengan pelaksanaan formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Penurunan tersebut didorong oleh penyusutan purata harga petroleum di pasaran antarabangsa pada minggu lalu.  Namun begitu, Kementerian Kewangan mengingatkan bahawa perkembangan itu tidak boleh dianggap sebagai petanda bahawa pasaran minyak dunia telah kembali stabil. Menurut kementerian, ketidaktentuan masih menyelubungi pasaran global susulan konflik berterusan di Asia Barat yang kini menghampiri tempoh 100 hari.  Krisis tersebut terus memberi kesan kepada rantaian bekalan tenaga dunia dan mencetuskan kebimbangan terhadap ...
Pendaki hilang: Apabila kecuaian menyusahkan banyak pihak
Berita, Realiti Kita

Pendaki hilang: Apabila kecuaian menyusahkan banyak pihak

Oleh BIANCA HILMAN INSIDEN pendaki sesat atau hilang di kawasan pergunungan bukan lagi perkara baharu di Malaysia.  Setiap kali kejadian seumpama ini berlaku, tumpuan masyarakat bukan sahaja terarah kepada nasib mangsa, malah kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan ratusan anggota pelbagai agensi. Kes kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, di kawasan Gunung Batu Putih, Tapah, sejak 24 Mei lalu sehingga sekarang gagal ditemui sekali lagi membuka perbincangan mengenai aspek keselamatan pendakian dan tanggungjawab individu ketika melakukan aktiviti rekreasi berisiko. Operasi SAR yang dijalankan selama beberapa hari membabitkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan, malim gunung, komunit...
Single terbaharu Ariana Grande raih No.1 carta iTunes 50 negara
Berita, Hiburan

Single terbaharu Ariana Grande raih No.1 carta iTunes 50 negara

Oleh BIANCA HILMAN SINGLE terbaharu Ariana Grande, Hate That I Made You Love Me mencipta fenomena apabila berjaya mencapai kedudukan #1 iTunes di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, sekali gus menjadi lagu ke-13 dalam kariernya yang mencapai pencapaian tersebut.  Lagu ciptaan sendiri Ariana itu turut menduduki tangga teratas carta iTunes Worldwide, iTunes Eropah dan iTunes Amerika Syarikat sejurus selepas pelancarannya. Kejayaan itu turut diterjemahkan di platform penstriman apabila lagu berkenaan membuat debut di #1 Carta Spotify Global Harian dengan lebih 8.78 juta strim pada hari pertama ia dilancarkan, menjadikannya antara pembukaan terbesar dalam karier penyanyi itu. Ariana dan Justin Long sukses menghidupkan jalan cerita video muzik Hate That I Made You Love Me ...
Dua Lipa kahwini Callum Turner, hanya 8 tetamu hadir
Berita, Glamour, Hiburan

Dua Lipa kahwini Callum Turner, hanya 8 tetamu hadir

Oleh BIANCA HILMAN PENYANYI sensasi dunia, Dua Lipa, kini sah bergelar isteri kepada pelakon dan mantan model British, Callum Turner, selepas pasangan itu dilaporkan melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis sederhana dan tertutup di Old Marylebone Town Hall, London. Penyanyi berusia 30 tahun itu dan Callum, 36, dikatakan hanya dihadiri lapan tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat dalam upacara yang berlangsung penuh intim. Menurut laporan media antarabangsa, pasangan berkenaan bakal meneruskan sambutan perkahwinan mereka menerusi sebuah acara lebih mewah selama tiga hari di Sicily, Itali, yang dijangka bermula minggu ini. Sumber terdekat pasangan itu turut mendedahkan bahawa Callum dilihat begitu emosional sepanjang majlis berlangsung sehingga meniti...
‘Backrooms’ pecah rekod ‘Scream 7’, ‘Michael’ hampiri AS$900 juta
Berita, Hiburan

‘Backrooms’ pecah rekod ‘Scream 7’, ‘Michael’ hampiri AS$900 juta

Oleh BIANCA HILMAN FILEM seram-thriller terbaharu, Backrooms mencipta kejutan apabila mencatat ‘ledakan’ kutipan pembukaan global (tiga hari tayangan hujung minggu Jumaat-Ahad) sebanyak AS$118 juta berbanding kos pembikinannya AS$10 juta, sekali gus muncul sebagai filem genre berkenaan dengan pembukaan terbesar 2026 setakat ini mengatasi rekod yang disandang Scream 7 dengan kutipan minggu pembukaan AS$97.1 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak AS$36 juta disumbangkan oleh pasaran antarabangsa, mengatasi kutipan minggu pembukaan luar negara Scream 7 yang meraih AS$33.1 juta sebelum ini. Filem Star Wars: The Mandalorian and Grogu perlu mengumpul kutipan terkumpul AS$500 juta-AS$600 juta untuk balik modal. Kejayaan filem arahan Kane Parsons itu turut menyaksikannya menjadi pe...
Trend travel 2026: Destinasi cantik & ‘instagrammable’ terkini ‘viral’ 
Berita, Travelora

Trend travel 2026: Destinasi cantik & ‘instagrammable’ terkini ‘viral’ 

Oleh BIANCA HILMAN TREND pelancongan pada tahun 2026 menyaksikan perubahan besar apabila ramai wanita memilih percutian yang bukan sekadar untuk berehat, tetapi juga memberi pengalaman bermakna, peluang mencipta kandungan media sosial dan ruang untuk ‘healing’ daripada tekanan harian. Malah, kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) turut menyumbang kepada peningkatan minat pelancong domestik dan antarabangsa terhadap destinasi tempatan, dengan Malaysia merekodkan lebih 10.6 juta pelawat antarabangsa dalam suku pertama tahun ini -  angka tertinggi pernah dicatatkan. Zhangjiajue National Forest Park, China ‘Healing trip’ pilihan utama Jika dahulu ramai memilih percutian bandar yang sibuk, kini trend bertukar kepada lokasi yang menawarkan ketenangan, alam semula jadi ...
Trend ‘shopping’ wanita Malaysia 2026: Apa yang sedang tular? 
Berita, Shopping

Trend ‘shopping’ wanita Malaysia 2026: Apa yang sedang tular? 

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA membeli-belah di Malaysia kini mengalami perubahan besar. Jika dahulu pengguna hanya menunggu jualan mega atau mengunjungi pusat beli-belah pada hujung minggu, trend 2026 menunjukkan wanita Malaysia semakin memilih pengalaman membeli-belah yang lebih pantas, interaktif dan berbaloi. Daripada sesi live shopping di TikTok sehingga pencarian produk kecantikan halal dan mesra alam, corak perbelanjaan wanita moden kini banyak dipengaruhi oleh teknologi, kandungan media sosial serta kesedaran terhadap nilai sesuatu produk. ‘Live shopping’ jadi racun ‘baharu’ pengguna Trend live shopping terus menjadi fenomena di Malaysia. Ramai pengguna kini membuat keputusan pembelian selepas menonton sesi siaran langsung yang memaparkan demonstrasi produk, ulasan jujur dan ...
Selepas 7 hari hilang, tiada sebarang imej Jaslinda ditemui
Berita, Realiti Kita

Selepas 7 hari hilang, tiada sebarang imej Jaslinda ditemui

Oleh BIANCA HILMAN TAPAH: Tiada sebarang imej pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49, ditemui. Itu perkembangan terkini dilaporkan pada hari ini, Ahad, 31 Mei 2026 mengenai mangsa hasil semakan rakaman kamera pengawasan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di laluan Bukit Berapit 2, biarpun semalam (Sabtu) dilaporkan kelibat Jaslinda dilihat melintasi salah satu kamera pengawasan di lokasi laluan pendakian Gunung Batu Putih, dipercayai bergerak mengikut laluan ke Kem Sukaneka pada 24 Mei lalu.  Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon dilaporkan sebagai berkata, dapatan itu diperolehi hasil pemeriksaan dilakukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12.30 tengah hari pada Ahad. Menurutnya, berd...