Saturday, June 13

Author: Bianca Hilman

Dompet ‘menangis’, hati bahagia: Diari seorang ‘shopper’
Shopping

Dompet ‘menangis’, hati bahagia: Diari seorang ‘shopper’

Oleh BIANCA HILMAN 1. Prolog: Bila troli jadi teman emosi Setiap kali membuka aplikasi e‑commerce atau memasuki mall, ada getaran halus di hati kita: “Eh, ada benda comel tu…”Mungkin hanya masuk troli dulu, tapi hati dah rasa lega. Itu satu situasi yang pelik - troli kosong pun boleh jadi terapi. Tapi percayalah, kamu tak keseorangan. 2. Shopping = Self‑love (Tapi bukan boros) Kenapa kita rasa ‘guilty’ sesekali kalau beli barang bukan keperluan? Padahal: Kita pun bekerja keras. Kita pun stres, lelah, jemu. Hadiah kecil untuk diri sendiri tak salah. Cuma pastikan: Tidak over limit bajet. Tidak guna hutang semata-mata untuk ‘puas hati sekejap’. Masih ada simpanan selepas belanja. Bila semua itu dijaga, shopping jadi satu cara kita sayang diri sendiri -...
Huntrix lakukan ‘serangan balas’ terhadap Taylor Swift di Spotify
Berita, Hiburan

Huntrix lakukan ‘serangan balas’ terhadap Taylor Swift di Spotify

Oleh BIANCA HILMAN SELEPAS diserbu, diserang dan dirampas oleh kemunculan 12 lagu baharu Taylor Swift dari album terbaharunya, The Life of a Showgirl yang menguasai kesemua carta popular termasuk Billboard Hot 100 (untuk lagu terlaris di pasaran) dan Billboard Hot 200 (senarai album terlaris); lagu popular Huntrix, Golden sukses memecah monopoli Swift dengan memasuki semula carta Spotify Global - merampas di kedudukan No. 3 dengan 8 juta penstriman. FOTO: Spotify Sementara di carta Billboard Global bertarikh untuk minggu 18 Oktober 2025, Golden merupakan satu-satunya lagu yang bukan lagu Taylor Swift berada dalam senarai Top 10 - mengungguli No.2 dengan The Fate of Ophelia pada No.1. Golden juga satu-satunya bukan lagu-lagu Swift dalam senarai Top 10 Billboard Global 20...
Taylor Swift rampas 12 tempat teratas Billboard Hot 100
Berita, Hiburan

Taylor Swift rampas 12 tempat teratas Billboard Hot 100

Oleh BIANCA HILMAN  TAYLOR Swift menyerbu dan merampas 12 tempat teratas dalam Billboard Hot 100 - kesemuanya menerusi album baharunya, The Life of a Showgirl.  Pada carta bertarikh untuk minggu bermula 18 Oktober 2025 itu, lagu The Fate of Ophelia dari album tersebut mendahului pada No.1 disusuli 11 lagu lain mengisi kedudukan No.2 hingga 12.  Ia menyebabkan kesemua lagu penyanyi-penyanyi yang berada dalam senarai Top 10 pada minggu sebelumnya terkeluar, termasuk juara bertahan tiga minggu, lagu popular Huntrix, Golden yang tersingkir ke tempat ke-13. Swift juga merupakan satu-satunya artis yang pernah memegang keseluruhan 10 teratas Hot 100 dan kini mencapai kejayaan itu untuk kali ketiga. FOTO: Billboard/Luminate Figura ini mula-mula mengisi 1...
Penyanyi, model tersohor maut ditembak tiga kali di jalanan
Berita, Hiburan, Maskulin

Penyanyi, model tersohor maut ditembak tiga kali di jalanan

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA hiburan Latin sekali lagi berduka, Fede Dorcaz - penyanyi, model dan personaliti berbakat asal Argentina  telah ditembak mati secara tragis di Mexico City hanya beberapa hari sebelum dijadualkan muncul buat pertama kali dalam program realiti TV terkenal, Las Estrellas Bailan En Hoy. Kejadian mengejutkan ini bukan sekadar satu kehilangan besar buat industri hiburan, tetapi juga mencerminkan bahaya yang semakin meruncing di jalanan ibu kota Mexico. Diserang selepas latihan, dibunuh di jalanan Apa yang sepatutnya menjadi hari biasa berlatih tarian bertukar menjadi mimpi ngeri. Menurut kenyataan rasmi daripada Sekretariat Keselamatan Warga Mexico City, Dorcaz, 29, baru sahaja pulang dari sesi latihan apabila kenderaannya dipintas dua buah motosikal. ...
Huntrix pecah rekod! Atasi Blackpink, Destiny’s Child, BTS
Berita, Hiburan

Huntrix pecah rekod! Atasi Blackpink, Destiny’s Child, BTS

Oleh BIANCA HILMAN SIAPA sangka, grup fiksyen animasi kini muncul menjadi legenda global di alam nyata?  Huntrix (atau asalnya Huntr/x), kumpulan K-pop dari alam naskhah animasi K-Pop Demon Hunters - filem paling popular di Netflix buat masa ini, telah memecahkan rekod dunia sebenar dengan lagu hit mereka, Golden. Gempak kan? Bayangkan - Golden kini menjadi lagu pertama dari ‘girl group’ K-pop yang berjaya capai No. 1 di Billboard Hot 100 dan kekal di situ sehingga kini selama tiga minggu berturut-turut!  Takhta ini biasanya dikuasai penyanyi-penyanyi bertaraf superstar Hollywood seperti The Beatles, Michael Jackson, Mariah Carey, Taylor Swift, Ariana Grande dan yang seumpamanya. Sebelum ini, Blackpink paling hampir, dengan lagu Ice Cream featuring Selena Go...