Saturday, June 13

Author: Bianca Hilman

Lelaki durjana: Melda dicerai talak tiga ‘suami lupa daratan’
Berita, Realiti Kita

Lelaki durjana: Melda dicerai talak tiga ‘suami lupa daratan’

Oleh BIANCA HILMAN Ada kisah yang membuat dada terasa sesak walau kita tidak mengenalinya.Kisah tentang wanita yang berjuang di sisi lelaki, yang menanggung lapar, penat dan harapan -  hanya untuk ditinggalkan ketika hidup mula menjanjikan sedikit terang. Dialah Melda Safitri, 33 tahun, dari Aceh Selatan, Aceh. Video wanita tabah ini kini viral biarpun kejadian tragis luka dalam hidupnya berlaku sekitar Ogos lalu. Namanya kini menjadi perbualan seluruh Indonesia, malah mungkin selepas ini satu dunia; namun bukan kerana glamor, tetapi kerana luka — luka yang terlalu dalam untuk disembunyikan. Angkara sang lelaki durjana bergelar ‘suami lupa daratan’. Disebabkan suaminya sebelum ini tidak mempunyai pekerjaan, Melda membanting tulang menjual sayur-sayuran antaranya cili de...
Diddy bakal dibebaskan Trump? Dunia hiburan tergamam!
Berita, Hiburan, Maskulin

Diddy bakal dibebaskan Trump? Dunia hiburan tergamam!

Oleh BIANCA HILMAN 💥 DRAMA, seks, kuasa dan pengampunan Presiden? Itulah realiti panas dunia hiburan sekarang apabila Donald  Trump –  Presiden kontroversi yang dikenali dengan keputusan tidak terduga – dikhabarkan menerusi laporan TMZ (mendakwa didedahkan sumber dalaman White House) telah ‘bermain api politik’ dengan pertimbangan untuk membebaskan Sean ‘Diddy’ Combs, mogul muzik yang baru sahaja dihukum penjara 50 bulan atas pertuduhan berkaitan pemerdagangan manusia dan pelacuran. 🎤 Kisah yang tidak disangka-sangka Diddy, 55, yang pernah menjadi simbol kuasa lelaki kulit hitam dalam industri hiburan di Hollyeood, kini ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan Brooklyn selepas disabitkan atas dua pertuduhan mengikut Akta Mann – undang-undang berusia lebih 100 tahun yang melar...
Model Belarus diculik, dibunuh, dijual organ di Myanmar
Berita, Realiti Kita

Model Belarus diculik, dibunuh, dijual organ di Myanmar

Oleh BIANCA HILMAN TATKALA kes penculikan dan kurungan yang menyasarkan warga Korea  semakin meningkat di Kemboja baru-baru ini, satu insiden berlaku di negara jiran Thailand, apabila seorang model sambilan, asal Belarus diculik sebelum dibunuh selepas organnya dikeluarkan secara paksa oleh organisasi pemerdagangan manusia. Menurut laporan media asing, termasuk Daily Mail dalam laporan berita pada 17 Oktober 2025, Vera Kravtsova, 26, telah mengembara ke Bangkok, Thailand bulan lalu selepas menerima mesej yang menawarkan kerja sambilan untuk modelling dan pergi ke sana untuk temuduga. Sebaik tiba di Thailand, Vera yang juga bekas peserta program realiti TV, 'The Voice'Russia' itu, segera diculik oleh sebuah pertubuhan penjenayah tempatan dan dibawa ke kawasan sempadan Myanmar....
Antara hak & maruah: Suara Nora, solidariti Rossa – nilai sebuah karya
Berita, Hiburan, Suara Wanita

Antara hak & maruah: Suara Nora, solidariti Rossa – nilai sebuah karya

Oleh BIANCA HILMAN  DI balik kemilau lampu pentas dan siulan peminat, tersembunyi kisah sunyi wanita-wanita tabah yang menjaga legasi insan tersayang - bukan dengan glamor, tetapi dengan suara yang tegas dan hati yang luka. Datuk Nora Ariffin, penyanyi yang dikenali ramai dengan suara balada yang menyentuh jiwa kini berdiri sebagai suara waris kepada arwah suaminya, Johan Nawawi, komposer tersohor negara yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.  Baru-baru ini, namanya kembali jadi tumpuan apabila lagu ikonik, Sinaran yang dipopularkan penyanyi yang juga ikonik, Datuk Sheila Majid telah dirakam semula oleh bintang ikonik Indonesia, Dato’ Seri Rossa, yang didakwa Nora, tanpa penjelasan penuh mengenai keizinan rasmi atau bayaran royalti yang sepatutnya diterima oleh waris...
Black Phone 2 ‘mengganas’ di pawagam
Berita, Hiburan

Black Phone 2 ‘mengganas’ di pawagam

Oleh BIANCA HILMAN BLUMHOUSE kembali menguasai dunia seram! Selepas beberapa kegagalan mengejutkan, termasuk M3GAN 2.0, studio perfileman ikonik ini bangkit semula dengan naskhan terbaharunya, Black Phone 2 - dan hasilnya? Luar biasa. Sekuel yang ditunggu-tunggu ini berjaya mengutip AS$26.5 juta di Amerika Syarikat pada minggu pembukaan, jauh mengatasi jangkaan awal yang hanya meletakkannya sekitar AS$18 juta.  Pelakon remaja, Madeleine McGraw dalam majlis tayangan perdana Black Phone 2 di Los Angeles pada 9 Oktober 2025 (FOTO: Medsos). Di peringkat global pula, filem ini mengaut AS$42 juta, menjadikannya salah satu kutipan minggu pembukaan naskhah seram paling berjaya tahun ini di pawagam. Sebagai perbandingan, filem asalnya, Black Phone yang ditayangkan pada tahun 2...
“Saya ibu yang baik…” – Tapi anak menjauhkan diri
Berita, Suara Wanita

“Saya ibu yang baik…” – Tapi anak menjauhkan diri

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA melihat Victoria Beckham sebagai lambang kejayaan - isteri kepada ikon bola sepak David Beckham, pereka fesyen global, bekas bintang pop tersohir global Spice Girls dengan gelaran ‘Posh Spice’ yang kini memimpin empayar sendiri.  Namun tidak semua kejayaan mampu menyembunyikan luka yang paling peribadi - luka seorang ibu. Victoria Beckham, 51, nama yang disanjung di pentas dunia fesyen dan hiburan, menyimpan rahsia yang jarang diperlihatkan - sebuah hati ibu yang terluka.  Dalam dokumentari terbaharunya yang ditayangkan di Netflix saat ditanya apakah pengertian tajuk episod pertama, Who Is Victoria Beckham Now?, ibu kepada empat anak ini berkata dengan nada tenang tapi sarat dengan beban emosi yang tak terucap: “I am a good mom.” (“Aku seo...
Lisa Blackpink bintangi filem aksi
Berita, Hiburan

Lisa Blackpink bintangi filem aksi

Oleh BIANCA HILMAN SIAP sedia peminat K-pop dan penggemar filem aksi! Lisa, anggota kumpulan sensasi Blackpink, kini sah menyertai barisan pelakon untuk filem aksi terbaru Netflix, Extraction: Taigo. Lebih menarik, Lisa akan bergandingan dengan dua pelakon hebat Korea Selatan — Ma Dong-seok (Train To Busan) dan Lee Jin-wook (Sweet Home). Filem ini merupakan spin-off daripada francais Hollywood popular Extraction lakonan Chris Hemsworth, dan kali ini, fokus diberikan kepada watak baharu dalam dunia tentera upahan yang penuh aksi mendebarkan. Lisa (kanan) dalam satu adegan debut lakonannya yang ditayangkan di HBO, siri The White Lotus 3 (FOTO: NME) Lisa kukuhkan kedudukan di Hollywood Penampilan Lisa dalam Extraction: Taigo menandakan projek lakonan keduanya selepas kemun...
“Kadang kita tak hilang, cuma perlu pergi”
Berita, Travelora

“Kadang kita tak hilang, cuma perlu pergi”

SIRI CATATAN WANITA & PERJALANAN - Episod 1 Oleh BIANCA HILMAN PERNAH tak, dalam hidup ini… ada satu masa yang kita rasa macam ‘aku penat’?Penat jadi kuat. Penat jaga semua hati, sampai hati sendiri terabai.Penat ikut rentak dunia… tapi dunia tak pernah tanya kita nak ke mana. Dan dalam penat tu, kita mula terfikir - “Aku nak pergi jauh sikit… bukan untuk lari, tapi untuk cari balik diri sendiri.” Setiap perjalanan akan ada cerita dan pengalaman yang dapat mengajar tentang erti kehidupan (FOTO: In Travel & Tours) Travel bukan tentang tiket, tapi hati Ramai orang fikir travel tu untuk suka-suka. Untuk gambar lawa. Untuk flex dekat Instagram. Tapi bagi sesetengah wanita, travel tu… satu bentuk penyembuhan.Bila kita naik kapal terbang sorang-sorang...
Lima hari di ‘neraka’: Suara Greta Thunberg dari penjara Israel
Berita, Suara Wanita

Lima hari di ‘neraka’: Suara Greta Thunberg dari penjara Israel

Oleh BIANCA HILMAN “Apa yang kami lalui hanya sekelumit daripada apa yang dialami rakyat Palestin.” – Greta Thunberg, aktivis Sweden Dalam suhu membakar 40 darjah Celcius, dengan tangan bergari dan kepala tunduk ke tanah, Greta Thunberg, ikon aktivisme iklim dunia melalui lima hari bagaikan neraka di penjara Israel.  Dia tidak bersendirian. Bersamanya, ratusan aktivis termasuk 23 orang dari Malaysia dari 40 kapal dalam armada bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) cuba menyampaikan ubat dan makanan ke Gaza, wilayah yang dikunci, dibisukan, dan disekat bantuan. Greta ditahan ketika flotilla aktivis GSF diserbu tentera laut Israel pada 1 Oktober 2025. Senjata diacukan, bendera dirampas, ubat-ubatan dibuang ke laut. Di pelabuhan Ashdod, penahanan bertukar menjadi penghinaan. ...
Gigi & Bella Hadid kembali ke pentas Victoria’s Secret: Fesyen, kepelbagaian & evolusi  
Berita, Glamour

Gigi & Bella Hadid kembali ke pentas Victoria’s Secret: Fesyen, kepelbagaian & evolusi  

Oleh BIANCA HILMAN TAHUN ini, dunia fesyen menyaksikan kebangkitan semula salah satu acara paling ikonik — Victoria’s Secret Fashion Show 2025.  Dan kali ini, ia hadir dengan nafas baru yang lebih segar, lebih inklusif, dan pastinya lebih relevan dengan generasi masa kini. Apa yang lebih menarik, dua nama besar kembali mencuri perhatian: supermodel Gigi Hadid dan Bella Hadid, yang tampil penuh bergaya dan keyakinan di pentas berprestij itu. Gaya mewah, tenang & moden – Adik-beradik Hadid Kehadiran Gigi dan Bella Hadid sememangnya dinanti-nantikan. Kedua-duanya tampil bukan hanya sebagai model, tetapi sebagai simbol wanita moden -  yakin, berdikari dan tahu apa yang mereka mahu dalam hidup dan kerjaya. Gigi Hadid membawa aura matang dan klasik, menge...