Saturday, June 13

Author: Bianca Hilman

Filem Konspirasi dihentikan tayangan di pawagam bukan sebab tak laku!
Berita, Hiburan

Filem Konspirasi dihentikan tayangan di pawagam bukan sebab tak laku!

Oleh BIANCA HILMAN BERDASARKAN data Skim Wajib Tayang FINAS yang dijana pada 31 Mei 2026, filem Konspirasi terbitan Elepfilm Entertainment Sdn Bhd dihasilkan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM5 hingga RM6 juta yang ditayangkan bermula 21 Mei lalu berjaya mengutip RM483,140.53 dengan kehadiran 24,963 penonton dalam tempoh hanya tujuh hari tayangan. Walaupun tayangannya dihentikan selepas seminggu, Konspirasi masih berada di kedudukan ke-13 daripada 23 filem tempatan yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang FINAS sepanjang tahun ini. Dalam kalangan filem yang masih berstatus sedang tayang, Konspirasi pula menduduki tangga kelapan tertinggi daripada sembilan judul yang masih berada di pawagam setakat 31 Mei. Kedudukan itu meletakkan Konspirasi mengatasi beberapa filem ...
Filem Konspirasi ‘lesap’ dari pawagam: Penonton & pelakon sama-sama terkejut
Berita, Hiburan

Filem Konspirasi ‘lesap’ dari pawagam: Penonton & pelakon sama-sama terkejut

Oleh ZARA JANE INDUSTRI  hiburan tempatan minggu ini tiba-tiba jadi kecoh apabila sebuah filem tempatan yang baru sahaja seminggu ditayangkan di rangkaian pawagam tempatan dilaporkan hilang terus daripada senarai tayangan kepada umum. Naskhah arahan Ghaz Abu Bakar berjudul, Konspirasi yang mula menemui penonton pada 21 Mei lalu itu sebelum ini mencuri perhatian ramai kerana filem aksi inimengangkat tema penguatkuasaan rasuah secara realistik, dramatik dan berimpak tinggi.  Ia turut mengetengahkan isu kebocoran maklumat siasatan membabitkan pendedahan data sulit, rahsia dan maklumat siasatan secara tidak sah kepada pihak tidak dibenarkan, sekali gus dikatakan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya pengkhianatan amanah terhadap keselamatan negara serta integri...
Misteri Nur Izzati & Acap: Benarkah pendaki ‘disorok bunian’ di hutan Malaysia?
Berita, Realiti Kita

Misteri Nur Izzati & Acap: Benarkah pendaki ‘disorok bunian’ di hutan Malaysia?

MALAM di dalam hutan Malaysia tidak pernah benar-benar sunyi. Ketika kabus mula turun perlahan di celah pokok besar dan bunyi cengkerik bersilih ganti dengan desiran angin, ada sesuatu tentang hutan yang membuat manusia terasa kecil. Dalam gelap itu, ramai percaya hutan bukan sekadar dihuni haiwan liar dan pokok-pokok tua, tetapi juga ‘penghuni’ lain yang tidak terlihat oleh mata biasa. Sebab itu setiap kali berlaku kehilangan pendaki di Malaysia, nama ‘bunian’ pasti akan kembali disebut. Tragedi Nur Izzati Humaira Azizul sekali lagi menghidupkan semula persoalan yang sudah lama menghantui masyarakat. Remaja berusia 19 tahun itu ditemukan meninggal dunia selepas beberapa hari hilang ketika mendaki di Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor. Ketika operasi SAR ber...
“Semoga ditemui selamat…’ – Hari ketiga  kehilangan Nur Izzati Humairi 
Berita, Realiti Kita

“Semoga ditemui selamat…’ – Hari ketiga  kehilangan Nur Izzati Humairi 

Oleh BIANCA HILMAN HULU SELANGOR: Suasana pilu dan penuh debar terus menyelubungi kawasan Bukit Changkat Asa apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, memasuki hari ketiga hari ini. Harapan ahli keluarga agar Nur Izzati ditemui dalam keadaan selamat masih belum pudar walaupun sehingga kini tiada petunjuk baharu berjaya ditemukan pasukan penyelamat. Operasi SAR yang dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diperluaskan kepada radius pencarian seluas 0.5 kilometer persegi dengan fokus pencarian di kawasan timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Menurut Pegawai Kanan JBPM, Azliza Ahmad, pasukan penyelamat menggunakan teknik ‘sweeping’ selain bantuan dron daripada Unit Pengurusan Bencana Kerajaan Negeri Selangor bag...
Jay Chou ‘shopping’ lukisan RM79 Juta
Berita, Hiburan, Maskulin

Jay Chou ‘shopping’ lukisan RM79 Juta

Oleh BIANCA HILMAN JAY Chou sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas dilaporkan membelanjakan jutaan dolar untuk mendapatkan sebuah lukisan karya pelukis legenda Perancis, Henri Matisse. Penyanyi terkenal Taiwan berusia 47 tahun itu membeli lukisan minyak bertajuk The Morning Session yang dihasilkan pada tahun 1924 dengan harga AS$20 juta (RM79.3 juta). Difahamkan, karya seni tersebut diperoleh menerusi Sotheby’s, antara broker seni halus, barang kemas dan koleksi mewah terbesar dunia. Menerusi hantaran Instagram pada Rabu, Chou berkongsi rasa kagumnya terhadap Matisse sambil mengimbau kenangannya ketika berada di Nice, Perancis. Lukisan karya pelukis legenda Perancis, Henri Matisse yang dibeli Jay Chou. Menurutnya, dia sering berdiri di luar rumah pelukis terkena...
Zombi spesies baharu ‘Colony’ pecah rekod box office 2026
Berita, Hiburan

Zombi spesies baharu ‘Colony’ pecah rekod box office 2026

Oleh BIANCA HILMAN FILEM thriller zombi terbaru, Colony terus mencipta fenomena apabila berjaya merekodkan skor pembukaan tertinggi bagi tayangan tahun 2026 sebaik sahaja ditayangkan di pawagam Korea Selatan. Filem ini memperkenalkan spesies zombi baharu yang sangat berevolusi. Berbeza dengan zombie konvensional, spesies baharu ini bergerak dalam kelompok (koloni) dalam organisasi, mampu memperbarui informasi, dan meniru pergerakan manusia. Spesies baharu ini muncul ketika sebuah persidangan bioteknologi. Menurut data Rangkaian Komputer Bersepadu Majlis Filem Korea untuk Kemasukan Pawagam, filem arahan Yeon Sang-ho itu berjaya menarik seramai 199,759 penonton pada hari pertama tayangan pada Khamis, 21 Mei 2026. Lebih mengejutkan, angka tersebut berjaya menewaskan The Devi...
The Devil Wears Prada 2, Michael malukan Marvel
Berita, Hiburan

The Devil Wears Prada 2, Michael malukan Marvel

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA Hollywood kini seolah-olah sedang memasuki era baharu apabila The Devil Wears Prada 2 muncul sebagai filem fenomena luar biasa di pawagam global; malah secara tidak langsung membuktikan filem superhero tidak lagi kebal di box-office. Sekuel glamor yang mengembalikan dunia fesyen elit penuh drama itu terus mendominasi carta kutipan dunia sejak beberapa minggu lalu dengan jumlah kutipan terkumpul kini mencecah AS$546 juta (RM2.5 bilion), termasuk AS$370 juta daripada pasaran antarabangsa. Lebih mengejutkan, filem arahan David Frankel itu masih mempunyai momentum besar dan dijangka melepasi angka AS$600 juta tidak lama lagi walaupun dihasilkan dengan bajet hanya sekitar AS$100 juta. Kembalinya watak ikonik Miranda Priestly lakonan Meryl Streep bersama Andy...
Selepas aksi ‘dedah’ di padang, ‘troll’ Hincapié pula tular
Berita, Maskulin

Selepas aksi ‘dedah’ di padang, ‘troll’ Hincapié pula tular

Susunan BIANCA HILMAN DALAM dunia bola sepak moden yang penuh drama, emosi dan simbol kuasa, musim Liga Perdana Inggeris kali ini bukan sekadar tentang kemenangan di padang - tetapi juga tentang gaya, personaliti dan momen viral yang mencuri perhatian dunia. Dan kali ini, spotlight bukan sahaja tertumpu kepada kejuaraan Arsenal F.C., tetapi juga kepada aksi penuh ‘boss energy’ yang tidak disangka daripada pertahanan mereka, Piero Hincapié. Perayaan meraikan gelaran Liga Perdana Inggeris milik Arsenal F.C. bertukar menjadi tumpuan media sosial apabila pertahanan mereka, Piero Hincapié, mencetuskan momen ‘troll’ terhadap peminat Manchester City dalam suasana penuh emosi hujung musim yang dramatik. Segalanya bermula selepas keputusan seri 1-1 Manchester City menentang Bournemouth,...
‘Bella Hadid wears Prada’
Berita, Glamour

‘Bella Hadid wears Prada’

Oleh BIANCA HILMAN JUDUL filem terbaharu filem lakonan Meryl Streep dan Anne Hathaway The Devils Wears Prada bertukar menjadi Bella Hadid Wears Prada pada acara karpet merah Festival Filem Cannes 2026. Supermodel terkenal dunia itu kembali mencuri perhatian dalam acara kegemilangan filem yang berlangung di bumi Perancis itu apabila tampil anggun pada tayangan perdana filem Garance pada Ahad dengan busana eksklusif daripada Prada. Kemunculan penuh elegan dan glamor supermodel mencuri perhatian umum pada Festival Filem Cannes 2026. Bella mengenakan gaun satin kelabu tanpa tali dengan perincian sulaman kristal yang menyerlahkan elemen glamor dan elegan.  Penampilan itu turut dipadankan dengan jubah sedondon bercorak berganda berlengan gaya bomber serta kasut tumit tinggi k...
‘Girl talk’: ‘Soft life’ & ‘Queen Energy’ wanita moden
Berita, Realiti Kita

‘Girl talk’: ‘Soft life’ & ‘Queen Energy’ wanita moden

Oleh ZARA JANE & BIANCA HILMAN DULU  wanita sering dikaitkan dengan peranan tradisional di rumah, namun dunia hari ini menyaksikan perubahan luar biasa apabila golongan wanita semakin mendominasi pelbagai bidang termasuk perniagaan digital, media sosial, teknologi, hiburan dan aktivisme global. Dengan hanya menggunakan telefon pintar dan internet, ramai wanita kini mampu membina empayar perniagaan sendiri, mencipta pengaruh di media sosial dan menjadi inspirasi kepada jutaan orang di seluruh dunia.  Era digital benar-benar membuka peluang baharu kepada wanita moden untuk tampil lebih yakin, berdikari dan berani mengejar impian mereka. Wanita Malaysia kini ‘Boss Babe’ dunia digital Di Malaysia, fenomena wanita menjadi usahawan online semakin luar biasa. Platform...