Saturday, June 13

Author: Bianca Hilman

Bakpo wanita suko maroh tok laki?
Berita, Realiti Kita

Bakpo wanita suko maroh tok laki?

Oleh ZARA JANE DALAM kehidupan rumah tangga, ado kalonyo timbul persoalan kenapo golongan wanita ni mudah sangat maroh tok laki.  Buke semuo maroh tu tandonyo benci, tapi kebanyakannyo datang daripado perasaan penat, kecewo dan mahu difahami. Wanita biasonyo memikul banyak tanggungjawab dalam satu maso. Urus rumah, anak-anak, kerja dan kadang-kadang masalah kewangan.  Bila penat bertimbun tapi kurang perhatian atau bantuan, emosi mudah jadi sensitif. Tok laki pulok ado yang jenis diam dan kurang meluah perasaan, menyebabkan wanita raso dio tidak dipedulikan. Selain tu, komunikasi jugok jadi faktor utama. Lelaki dan wanita caro fikir lain-lain. Wanita biaso mahu didengari dan diberi respon, manakalo lelaki kadang-kadang anggap diam itu jalan paling selamat.  ...
Mortal Kombat II kalah tipis kepada Prada 2
Berita, Hiburan

Mortal Kombat II kalah tipis kepada Prada 2

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Dalam pertarungan kutipan box-office antara sekuel masing-masing, filem The Devil Wears Prada 2 mempunyai sedikit kelebihan berbanding Mortal Kombat II di rangkaian pawagam Amerika Utara sepanjang tiga hari hujung minggu lepas.  The Devil Wears Prada 2 mengumpul kutipan melebihi AS$43 juta - kutipan pada hujung minggu kedua tayangannya, manakala Mortal Kombat II mengaut AS$40 juta pada hujung minggu pertamanya. Sehubungan itu, The Devil Wears Prada 2 yang dihasilkan dengan kos AS$100 juta, dengan AS$37.5 juta daripadanya merupakan harga bayaran lakonan tiga bintang utamanya, Anne Hathaway, Meryl Streep dan Emily Blunt (yang masing-masing dibayar AS$12.5 juta); kini telah mengaut kutipan terkumpul AS$433.2 juta di seluruh dunia dalam 12 hari per...
Kutipan tiket filem Michael bakal cecah RM1.96 bilion
Berita, Hiburan

Kutipan tiket filem Michael bakal cecah RM1.96 bilion

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Michael, filem biopik muzikal legenda Michael Jackson bakal melepasi kutipan tiket mencecah AS$500 juta (RM1.96 bilion) hasil tayangan di pawagam seluruh dunia menjelang  hujung minggu ini. Diarahkan oleh Antoine Fuqua dan menampilan Jaafar Jackson sebagai Michael Jackson berjaya meraih kutipan tertinggi dalam minggu pembukaannya dari 24-26 April dengan kutipan AS$217 juta di seluruh dunia, diikuti dengan kutipan global hujung minggu kedua hampir $135 juta. Setakat hari Rabu, Michael yang memaparkan kerjaya Raja Pop itu dari usia 10 tahun bersama adik-beradiknya dalam kumpulan The Jackson Five sehingga era jelajah album Bad pada tahun 1988;  telah memperoleh kutipan tiket hampir AS$195.2 juta di Amerika Utara dan AS$246 juta di peringkat antara...
Ledakan ‘box-office’ RM992 juta The Devil Wears Prada 2 
Berita, Glamour, Hiburan

Ledakan ‘box-office’ RM992 juta The Devil Wears Prada 2 

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Jarang berlaku sekuel filem mendahului kutipan box-office terutama jika ditayangkan pada musim panas di Amerika Utara, namun lain pula dengan The Devils Wears Prada 2. Sekuel kepada filem The Devil Wears Prada (yang ditayangkan kira-kira 20 tahun lalu pada Jun, 2016) itu telah mencatat kutipan tiket hujung minggu pembukaan (selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad), dengan memperoleh AS$233 juta (RM922 juta) hasil tayangan di rangkaian pawagam seluruh seluruh dunia. Meryl Streep dan Anne Hathaway dalam satu adegan filem The Devil Wears Prada 2. Daripada jumlah kutipan itu, ia memperoleh AS$77 juta dari pasaran di  Amerika Utara, dan AS$156.6 juta di peringkat antarabangsa.  Di Amerika Syarikat dan Kanada, The Devils Wears Prada 2...
‘Michael’ meletup! Kutipan minggu pembukaan AS$217 juta
Berita, Hiburan

‘Michael’ meletup! Kutipan minggu pembukaan AS$217 juta

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA hiburan perfileman global dikejutkan dengan kemunculan raja box-office baharu; dan kali ini ia datang daripada kisah legenda Raja Pop sendiri. Filem biopik Michael terbitan Lionsgate mencipta sensasi luar biasa apabila meraih kutipan  tiket AS$97 juta hasil tayangan rangkaian pawagam di seluruh di Amerika Utara dan melonjak kepada AS$217 juta di seluruh dunia hanya pada hujung minggu pertama tayangan (selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad).  Ini menjadikan Michael  bukan sahaja sudah balik modal dalam tempoh tiga hari tayangan, tetapi juga mencatat rekod baharu kutipan minggu pembukaan tertinggi sepanjang zaman untuk filem biopik, mengatasi rekod  filem mengenai keangkitan kumpulan hip-hop N.W.A, Straight Outta Compton (2015) yang se...
Filem baharu pecah rekod, Neve Campbell jual rumah
Berita, Hiburan

Filem baharu pecah rekod, Neve Campbell jual rumah

Oleh BIANCA HILMAN PELAKON ikonik yang kini meraih gelaran ‘Scream Queen terhangat di pasaran’ pada ketika ini,  Neve Campbell kembali mencuri perhatian peminat; bukan kerana filem terbaharu lakonannya, tetapi keputusan besar dalam kehidupan peribadinya. Bintang siri filem blockbuster ‘slasher’ Scream itu bersama pasangannya, JJ Feild dilaporkan telah menjual kediaman mewah mereka di Sherman Oaks, Los Angeles (LA) pada harga sekitar AS$4.286 juta (lebih RM20 juta); hanya dalam tempoh enam minggu selepas disenaraikan di pasaran. Walaupun terkenal sebagai selebriti yang menjaga privasi, media sempat ‘menyiasat’ mengenai rumah tersebut yang telah dibeli Neve pada tahun 2020 dengan harga sekitar AS$2.8 juta.  Neve Campbell dalam satu adegan filem Scream 7. Ini bermakna...
Golden, lagu K-Pop pertama menang Oscar 
Berita, Hiburan

Golden, lagu K-Pop pertama menang Oscar 

Oleh BIANCA HILMAN SEKADAR menang anugerah sampingan Grammy 2026 – Lagu Terbaik yang Ditulis untuk Media Visual (Best Song Written for Visual Media) pada 1 Februari lepas, filem animasi yang meraih populariti mega di seluruh dunia, KPop Demon Hunters sebaliknya merangkul  antara dua anugerah utama Oscar 2026 pada majlis Anugerah Academy yang berlangsung pada Ahad di  Dolby Theatre, Ovation Hollywood,  Los Angeles, California.  Meraih lima anugerah pencalonan Grammy 2026, Golden - lagu hit KPop Demon Hunters yang dikalahkan Billie Eilish menerusi Windflower dalam kategori Lagu Terbaik Tahun Ini (Song of the Year), sebaliknya diumumkan sebagai pemenang Oscar kategori Lagu Asal Terbaik, sementara KPop Demon Hunters dinobatkan Filem Animasi Terbaik. Michal ...
Anna Camp mohon maaf kongsi hantaran Scream 7
Berita, Hiburan

Anna Camp mohon maaf kongsi hantaran Scream 7

Susunan BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Aktres, Anna Camp yang sebelum ini terkenal menerusi siri filem Pitch Perfect, memohon maaf selepas berkongsi semula satu hantaran media sosial mengenai kejayaan filem ‘slasher’ Scream 7 meraih kutipan minggu pembukaan dalam tempoh tiga hari mencecah lebih AS$100 juta. Anna yang memegang watak sebagai Jessica Bowden dalam Scream 7 membuat hantaran mengenai filem itu yang berdepan boikot dan tunjuk perasaan orang ramai ketika majlis tayangan perdana filem itu baru-baru ini. Anna memuat naik imej di Instagram Story miliknya dengan lagu Karma nyanyian Taylor Swift sebagai latar. Hantaran itu berbunyi: “Boikot itu tidak berjaya. Kebencian pengkritik tidak berjaya. Kebocoran yang menyedihkan tidak berjaya. Apa yang berjaya ialah penonton datang dan...
Scream 7 pecah rekod francais Scream 
Berita, Hiburan

Scream 7 pecah rekod francais Scream 

Oleh BIANCA HILMAN NEW YORK: Filem ‘slasher’ terbaharu, Scream 7, mencatat sejarah apabila meraih kutipan pembukaan tertinggi (dalam tempoh tiga hari dari Jumaat hingga Ahad) dalam francais itu dengan AS$64.1 juta di Amerika Utara. Tiga dekad selepas filem slasher asal, Scream ditayangkan, kejayaan luar jangkaan itu diumumkan studio penerbitannya, sekali gus memberi kemenangan besar kepada Paramount Pictures dalam suasana kutipan box-office 2026 yang agak perlahan. Filem berkenaan turut menambah AS$33.1 juta di pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah kutipan global hujung minggu pembukaannya hampir mencecah lebih AS$100 juta. Scream 7 yang menelan kos pembikinan sekitar AS$45 juta mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh Scream VI, yang sebelum ini mencatat kutip...
Britney Spears jual hak milik katalog muzik
Berita, Hiburan

Britney Spears jual hak milik katalog muzik

Oleh BIANCA HILMAN  HOLLYWOOD, California: Britney Spears telah menjadi penyanyi terbaharu di Hollywood menjual hak ke atas katalognya, yang merangkumi lagu-lagu hit seperti Baby One More Time dan Oops! I Did It Again, lapor media AS pada hari Selasa (10 Feb). Perjanjian itu dipercayai bernilai sekitar AS$200 juta, menurut sumber yang dipetik oleh laman selebriti TMZ, walaupun jumlah sebenar tidak diperincikan dalam dokumen undang-undang. Jumlah itu setanding dengan penjualan katalog penyanyi asal Kanada, Justin Bieber pada tahun 2023. Spears, 44, menyertai senarai artis yang semakin meningkat yang telah menjual hak muzik mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk Bruce Springsteen dan Bob Dylan, serta Shakira dan kumpulan KISS. Media AS melaporkan bahawa hak ter...