Zootopia 2 pecah rekod box-office di China: Kutipan global AS$818 juta
Oleh BIANCA HILMAN
Zootopia 2 terus mencipta fenomena box-office di China, apabila kutipan rasmi sekuel Zootopia (2019) itu melepasi 2 bilion yuan (sekitar AS$280 juta), sekali gus menobatkannya sebagai filem animasi import dengan kutipan tertinggi dalam sejarah negara itu.
Pencapaian tersebut bukan sahaja memecah rekod tempatan, malah mengukuhkan kedudukan China sebagai pasaran terbesar dunia bagi sekuel animasi Disney ini.
Dilancarkan serentak dengan Amerika Utara, prestasi Zootopia 2 di tanah besar China melonjak jauh mengatasi kutipan domestiknya di Amerika Syarikat, menjadikan pasaran China pemacu utama kejayaan global filem tersebut.
Sejak tayangan rasmi di 57 negara dan wilayah bermula 26 November 2025, data kutipan filem itu sehingga jam 5 petang pada 1 Disember 2025 m...










