Friday, July 24

Hiburan

Taylor Swift kini rasmi penyanyi wanita terkaya di dunia
Berita, Hiburan

Taylor Swift kini rasmi penyanyi wanita terkaya di dunia

Oleh BIANCA HILMAN TAYLOR Swift yang digosip bakal mengahwini tunangnya, bintang American Football dari kelab Kansas City Chiefs, Travis Kacey menjelang Jun 2026, kini secara rasminya telah bergelar 'penyanyi wanita terkaya di dunia', dengan anggaran nilai bersih kekayaan terkumpul yang diraihnya mencecah AS$2.1 bilion.  Pencapaian luar biasa khususnya sepanjang tahun 2025 ini menjadikannya artis wanita pertama yang mencapai status bilionair hampir sepenuhnya melalui muzik dan persembahan, tanpa bergantung kepada empayar perniagaan seperti kosmetik atau fesyen. Angka ini membolehkannya mengatasi Rihanna, yang sebelum ini memegang gelaran penyanyi wanita terkaya dunia dengan anggaran aset kekayaan terkumpul mencecah AS$1.4 bilion. Konsert jelajah Eras Taylor Swift berlangs...
Mangsa seksual: Pelakon filem It Chapter Two ditemui meninggal dunia
Berita, Hiburan, Maskulin, Realiti Kita

Mangsa seksual: Pelakon filem It Chapter Two ditemui meninggal dunia

Oleh BIANCA HILMAN HOLLYWOOD/LOS ANGELES: Dunia hiburan dikejutkan dengan kematian James Ransone, pelakon berbakat Hollywood yang dikenali menerusi peranannya dalam siri ikonik 12 siri HBO, The Wire dan filem It Chapter Two.  Ransone dilaporkan meninggal dunia pada usia 46 tahun. Menurut laporan awal yang pertama kali disiarkan oleh TMZ pada Ahad, 21 Disember 2025, kematian Ransone berlaku pada Jumaat, 19 Disember; dan telah disahkan oleh Pemeriksa Perubatan Los Angeles.  Jabatan Polis Los Angeles bergegas ke sebuah kediaman di Los Angeles, California selepas menerima panggilan telefon kecemasan yang kemudian menyelesaikan laporan siasatan kematian mengklasifikasikan punca kematian Ransone sebagai bunuh diri, lapor pula New York Post. Namun tiada unsur bermotif...
Rindu Pennywise? It: Welcome to Derry musim 2 lebih kejam
Berita, Hiburan

Rindu Pennywise? It: Welcome to Derry musim 2 lebih kejam

Oleh BIANCA HILMAN SIRI lapan episod It: Welcome to Derry telah melabuhkan tirai musim pertamanya di HBO Max pada 14 Disember 2025 meraih sambutan yang sangat menggalakkan, dengan 'masyarakat' netizen global ‘kecoh’ dan gempar di seluruh media sosial terutama terhadap watak kanak-kanak Cuba-Amerika, Rich Santos (lakonan Arian S. Cartaya). Namun setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada HBO mengenai keputusan pembikinan Musim 2, namun menurut pencipta bersama dan pengarahnya, Andy Muschietti, siri seram HBO ini sebenarnya dirancang sebagai sebuah trilogi tiga musim. Arian S Cartaya (depan, kiri) di samping sebahagian daripada pelakon watak penting It: Welcome to Derry. Bagi peminat novel nukilan penulis prolifik Stephen King, trilogi prekuel ini bukan sekadar kisah sampin...
Tuah angka 3 Aeril Zafrel, Wawa Zainal
Berita, Hiburan

Tuah angka 3 Aeril Zafrel, Wawa Zainal

Oleh BIANCA HILMAN DALAM dunia glamor hiburan, kisah cinta pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bukan sekadar tentang glamor, tetapi tentang cinta, konsistensi, dan keberkatan rezeki.   Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuktikan bahawa kisah cinta, kejayaan dan tanggungjawab tidak perlu glamor semata-mata.  Angka RM3 juta bukan sekadar nombor – ia simbol cinta yang dizahirkan, rezeki yang dikongsi, dan hidup yang diberkati. Menariknya, semua ini sering dikaitkan dengan angka 3, simbol yang menjadi penghubung antara hadiah, tanggungjawab, dan kejayaan mereka. Hadiah RM3 juta, bahasa cinta tanpa kata-kata Mac 2022 menyaksikan Aeril menghadiahkan sebuah wisma mewah bernilai RM3.2 juta kepada Wawa, manakala pada Ogos 2023, beliau mengejutkan isterinya ...
Dari Schiaparelli ke Ferragamo: ‘Best looks’ promosi Emily in Paris musim 5
Berita, Glamour, Hiburan

Dari Schiaparelli ke Ferragamo: ‘Best looks’ promosi Emily in Paris musim 5

Oleh BIANCA HILMAN VENICE mencuri tumpuan dunia fesyen apabila barisan pelakon Emily in Paris mendarat di kota terapung itu bagi memulakan promosi musim 5 yang dinanti-nantikan.  Selepas sesi sidang akhbar di New York, tiga pelakon utama siri itu - Lily Collins, Philippine Leroy-Beaulieu dan Ashley Park bersatu semula untuk satu sesi fotografi  istimewa;  bukan sekadar penampilan promosi, tetapi sebagai tarikan 'godaan' visual yang memberi gambaran jelas tentang arah hala tuju musim baharu Emily in Paris, yang sebahagiannya berlatar belakangkan bandar raya bersejarah di Itali itu. Disinari cahaya lembut Itali dan berlatar seni bina bersejarah, ketiga-tiga bintang ini tampil sepenuhnya dalam busana ‘couture’, masing-masing membawa identiti gaya tersendiri yang s...
Five Nights at Freddy’s 2 raih 300% daripada bajet asal dalam 48 jam
Berita, Hiburan

Five Nights at Freddy’s 2 raih 300% daripada bajet asal dalam 48 jam

Oleh BIANCA HILMAN FILEM Five Nights at Freddy's 2 yang mula ditayangkan secara global pada 5 Disember 2025, terus mencatat kejayaan luar biasa di pawagam — dalam masa 48 jam pertama sahaja, ia telah meraih 300% daripada bajet asal AS$36 juta. 🤯🔥 Kejayaan ini tidak mengejutkan, kerana filem pertama, Five Nights at Freddy’s (2023), sudah meletakkan asas kukuh; dengan bajet sekitar AS$20 juta, filem asal berjaya meraih sekitar AS$297 juta hasil kutipan global, menjadikannya salah satu francais horror paling menguntungkan. Hujung minggu pembukaan filem lakonan Josh Hutcherson, Elizabeth Lail, Piper Rubio, dab Matthew Lillard, McKenna Grace dan Skeet Ulrich itu menyaksikan kutipan global mencecah AS$109 juta, dan terkini, jumlah kutipan telah meningkat kepada sekitar AS$113.6 juta sec...
TIME nobatkan KPop Demon Hunters fenomena terbesar sejak Frozen
Berita, Hiburan

TIME nobatkan KPop Demon Hunters fenomena terbesar sejak Frozen

Oleh BIANCA HILMAN Majalah TIME memilih sensasi global KPop Demon Hunters sebagai‘Breakthrough of the Year 2025' dan meletakkan trio animasi Huntr/x sebagai penghias muka depannya -  satu pengiktirafan yang hanya diberikan kepada karya atau figura yang benar-benar menggoncang budaya pop dunia. TIME menegaskan bahawa tiada filem animasi yang menembusi kehidupan penonton sedalam ini sejak kejayaan luar biasa Frozen pada tahun 2013. Menurut TIME, rahsia kekuatan filem animasi Netflix ini terletak pada gabungan inovasi genre, tenaga visual yang segar, budaya 'fandom' yang kuat, serta soundtrack adiktif yang menjadi anthem penegasan diri bagi peminat seluruh dunia.  KPop Demon Hunters bukan sekadar filem — ia telah berkembang menjadi fenomena budaya global. EJAE ...
Golden Globe 2026: Pencalonan pertama kali Huntr/x, The Rock
Berita, Hiburan

Golden Globe 2026: Pencalonan pertama kali Huntr/x, The Rock

Oleh BIANCA HILMAN SENARAI pencalonan Golden Globe 2026 diumumkan pagi Isnin di Beverly Hilton, dan seperti biasa, beberapa kejutan besar mencuri perhatian dunia hiburan.  Tahun ini menyaksikan persaingan sengit, namun beberapa nama dan judul tampil mengejutkan — sama ada melalui pencalonan pertama mereka atau ketiadaan yang tidak dijangka. Filem arahan Paul Thomas Anderson, One Battle After Another, menjadi peneraju utama dengan sembilan pencalonan, termasuk kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, dan Pelakon Lelaki Terbaik. The Rock (atas, kanan) dan Emily Blunt (kanan) dalam satu adegan filem The Smashing Machine. Ia diikuti rapat oleh Sentimental Value dengan lapan pencalonan, Sinners (tujuh), Hamnet (enam), serta Frankenstein dan Wicked: For Good yang masing-m...
DC Studios tampilkan teaser, sinopis pertama Supergirl 
Berita, Hiburan

DC Studios tampilkan teaser, sinopis pertama Supergirl 

Oleh BIANCA HILMAN DC Studios akhirnya mengeluarkan teaser dan sinopsis rasmi pertama untuk filem Supergirl terbaharu, menampilkan pelakon berbakat Milly Alcock sebagai Kara Zor-El.  Filem yang dijadualkan tayang pada 26 Jun 2026 ini bakal mengembangkan lagi dunia DC Universe (DCU) dengan kisah asal-usul baharu untuk wira wanita tersebut. Menurut sinopsis rasmi, Kara Zor-El yang sebelum ini muncul cameo dalam babak akhir filem Superman (2025) sebagai sepupu Superman; berdepan cabaran besar apabila musuh kejam yang tidak dijangka mengancam seluruh galaksi.  Kara Zor-El ditampilkan sebagai Supergirl yang tidak seperti lazimnya. Dalam perjalanan itu, Kara bekerjasama dengan sekutu yang tidak disangka, sambil mengimbas kembali kehidupannya di Krypton.  Filem...
Zootopia 2 pecah rekod box-office di China: Kutipan global AS$818 juta
Berita, Hiburan

Zootopia 2 pecah rekod box-office di China: Kutipan global AS$818 juta

Oleh BIANCA HILMAN Zootopia 2 terus mencipta fenomena box-office di China, apabila kutipan rasmi sekuel Zootopia (2019) itu melepasi 2 bilion yuan (sekitar AS$280 juta), sekali gus menobatkannya sebagai filem animasi import dengan kutipan tertinggi dalam sejarah negara itu.  Pencapaian tersebut bukan sahaja memecah rekod tempatan, malah mengukuhkan kedudukan China sebagai pasaran terbesar dunia bagi sekuel animasi Disney ini. Dilancarkan serentak dengan Amerika Utara, prestasi Zootopia 2 di tanah besar China melonjak jauh mengatasi kutipan domestiknya di Amerika Syarikat, menjadikan pasaran China pemacu utama kejayaan global filem tersebut. Sejak tayangan rasmi di 57 negara dan wilayah bermula 26 November 2025, data kutipan filem itu sehingga jam 5 petang pada 1 Disember 2025 m...