Nasib malang Permaisuri Elisabeth gambaran tragis wanita moden
Oleh BIANCA HILMAN
DIA digelar wanita paling cantik di Eropah, tetapi di sebalik legenda itu terdapat seorang wanita yang hidup kelaparan, terkurung, dan perlahan-lahan ‘pecah’ emosi dirinya.
Elisabeth dari Austria, dikenali sebagai Sissi, menjadi ikon global kecantikan abad ke-19. Rambut separas lantai, pinggang kecil dan wajah yang diabadikan dalam lukisan dan puisi.
Namun hakikatnya kehidupan Elisabeth jauh dari kisah manis dongeng. Dilahirkan di Bavaria, Elisabeth dibesarkan dengan aktiviti lasak dan bebas - daripada menunggang kuda melalui gunung, berenang di tasik, dan menulis puisi di bawah langit terbuka.
Pada usia enam belas tahun, dia berkahwin dengan Maharaja Franz Joseph dalam apa yang dunia percaya sebagai kisah cinta romantis.
Sebaliknya, Elisabeth melang...










