Bukan sekadar pemenang Grammy 2026: Billie Eilish kecam ICE!
Oleh BIANCA HILMAN
LOS ANGELES: Billie Eilish, Olivia Dean dan Kehlani bukan sekadar naik ke pentas Grammy 2026 untuk meraikan kemenangan masing-masing, tetapi ketiga-tiga mereka berada dan berdiri di situ dengan pendirian tegas dan jelas agar agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) di Amerika Syarikat yang berleluasa dengan penuh keganasan terhadap rakyat marhaen negara itu ketika ini, segera dihapuskan!
Di tengah-tengah tindakan keras Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap imigran haram di Amerika Syarikat, ketiga-tiga penyanyi muda popular ini menggunakan platform besar dan berpengaruh Grammy untuk bersuara lantang - kali ini mengkritik tindakan kejam ICE yang disamakan pejuang kemanusiaan sebagai tindakan Zionis Israel terhadap penduduk Palestin di Semena...










