Saturday, June 13

Author: Bianca Hilman

Billie Eilish derma £9.4 juta, sempat sindir Zuckerberg
Berita, Hiburan

Billie Eilish derma £9.4 juta, sempat sindir Zuckerberg

Oleh BIANCA HILMAN PEMENANG Grammy dan Oscar Billie Eilish mencuri tumpuan di Anugerah Inovator Majalah Wall Street Journal apabila menggunakan pentasnya bukan sekadar untuk menerima anugerah, tetapi juga menyampaikan mesej lantang kepada para bilionair — termasuk Mark Zuckerberg yang turut hadir malam itu. Dalam ucapan penerimaan bagi kategori Inovator Muzik, artis berusia 23 tahun itu menyeru empati, tindakan, dan pengagihan semula kekayaan. “Kita hidup dalam zaman yang gelap dan sukar,” katanya. “Jika anda mempunyai wang, gunakannya untuk perkara baik — mungkin berikan kepada mereka yang memerlukan.” Mesej ucapan Eilish bukan sekadar kata-kata kosong (FOTO: Medsos). Eilish kemudian menambah dengan nada bersahaja namun menyengat: “Sayang anda semua, tapi ada beberapa or...
Tanpa Melissa & Jenna, mampukah Scream 7 kekal ‘menjerit’?
Berita, Hiburan

Tanpa Melissa & Jenna, mampukah Scream 7 kekal ‘menjerit’?

Oleh BIANCA HILMAN BUNYI deringan telefon yang menyeramkan. Nafas berat di hujung talian. “Hello, Sidney.”Tiga perkataan itu sahaja sudah cukup untuk menghidupkan kembali ketakutan yang pernah membekukan dunia dua dekad lalu. Hari ini, dunia perfileman dikejutkan dengan pelancaran trailer rasmi Scream 7 — dan kali ini, bintang legenda 'scream queen', Neve Campbell kembali memegang watak Sidney Prescott, wanita yang tidak pernah benar-benar bebas daripada bayangan Ghostface. Salah satu babak dramatik filem Scream 7 yang menandakan Ghostface kembali menyerang ke akar umbi di sebalik pembunuhan bersiri yang berlaku 30 tahun lalu dalam Scream (1996). (FOTO: Medsos) 🔪 Kembali ke akar seram Trailer dibuka dengan pemandangan tenang — sepasang pelancong melawat rumah lama mi...
Brad Pitt kini tampak sangat berbeza
Berita, Hiburan, Maskulin

Brad Pitt kini tampak sangat berbeza

Oleh BIANCA HILMAN PENAMPILAN terbaharu dalam khalayak  ramai, aktor tersohor, Brad Pitt dilihat sangat berbeza sekali. Pemenang Oscar itu  tampil mempamerkan perubahan rambut terbaharunya - dengan jambang dan misai kelabu ketika menyaksikan perlawanan keempat Siri Dunia 2025 antara pasukan Los Angeles Dodgers dan Toronto Blue Jays di Stadium Dodgers di Los Angeles pada  29 Oktober 2025. Penampilan terbaharu Brad Pitt (kiri) ketika hadir bersama Flea menyaksikan perlawanan perlawanan keempat Siri Dunia 2025 antara pasukan Los Angeles Dodgers dan Toronto Blue Jays (FOTO: Medsos). Dalam gambar yang dirakam di lokasi berkenaan, Brad memakai jersi putih Dodgers sambil bergambar dengan pemain bass Red Hot Chili Peppers, Flea yang mengenakan topi besbol Dodger takala k...
Polis wanita, mangsa penerbit Hollywood terbunuh
Berita, Realiti Kita

Polis wanita, mangsa penerbit Hollywood terbunuh

Oleh BIANCA HILMAN POLIS wanita yang merupakan salah seorang mangsa rogol penerbit Hollywood, David Brian Pearce terbunuh ketika menjalankan tugas. Lauren Craven merupakan salah seorang mangsa bersama-sama lapan lagi mangsa termasuk model Christy Giles dan rakan Giles, arkitek Hilda Cabrales-Arzola. Craven, 25, meninggal dunia pada 23 Oktober 2025 kurang sebulan selepas hari lahirnya yang ke-25. Pegawai polis dari La Mesa, California, itu telah  maut selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika menerpa untuk membantu mangsa yang terperangkap dalam kereta yang terbalik di lebuh raya di Interstate 8, timur laut San Diego pada jam 10.30 malam.  David Brian Pearce (FOTO: Medsos) Craven telah dikenal pasti hanya sebagai ‘Jane Doe #5’ sepanjang perbicaraan Pearce, d...
Bunuh model, arkitek: Penerbit Hollywood dipenjara 146 tahun
Berita, Realiti Kita

Bunuh model, arkitek: Penerbit Hollywood dipenjara 146 tahun

Oleh BIANCA HILMAN SEORANG penerbit Hollywood yang disabitkan kesalahan pada awal tahun ini kerana membunuh seorang model dan rakannya pada 2021 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau selama 146 tahun. Pejabat Peguam Daerah Los Angeles dalam kenyataan media pada 29 Oktober 2025, berkata David Brian Pearce, 42, didapati bersalah atas dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama susulan kematian model, Christy Giles berusia 24 tahun dan rakannya, Hilda Marcela Cabrales-Arzola, seorang arkitek berusia 26 tahun akibat pengambilan berlebihan dadah fentanyl. Pearce juga disabitkan dengan jenayah rogol dan serangan seksual lain terhadap tujuh wanita lain antara 2007 dan 2021. Dia didakwa pada Julai 2022 dalam kematian berkaitan dadah. Timbalan Peguam Daerah Seth Carmack memberitahu ...
Wanita Pakistan hadapkan kerajaan ke mahkamah kes ‘cukai haid’
Berita, Suara Wanita

Wanita Pakistan hadapkan kerajaan ke mahkamah kes ‘cukai haid’

“DARAH bukan dosa, tapi dikenakan cukai!” Ada sesuatu yang sangat tidak adil bila tubuh wanita yang berdarah setiap bulan - satu proses semula jadi, satu tanda kehidupan, namun anehn dijadikan alasan untuk dikenakan cukai. Di Islamabad, seorang wanita muda berusia 25 tahun, Mahnoor Omer, memutuskan untuk berkata “cukup sudah!”.Dengan fail di tangan dan keberanian di dada, dia membawa kerajaan Pakistan ke mahkamah, menuntut penghapusan apa yang kini dikenali ramai sebagai 'cukai haid' — cukai yang dikenakan ke atas tuala wanita. ⚖️ Pertarungan di Mahkamah: “Mahnoor Omer vs Persekutuan Pakistan Pada bulan September lalu, Mahnoor dan peguamnya, Ahsan Jahangir Khan, memfailkan Litigasi Kepentingan Awam (PIL) di Mahkamah Tinggi Islamabad.Mereka menamakan beberapa jabatan...
‘Top 10’ pelakon watak Superman paling ikonik sepanjang zaman
Berita, Hiburan, Maskulin

‘Top 10’ pelakon watak Superman paling ikonik sepanjang zaman

SEJAK kemunculannya pada tahun 1938, Superman telah menjadi simbol harapan, kekuatan dan keadilan.  Namun, kehebatan ‘Man of Steel’ bukan sahaja datang daripada cerita komiknya, tetapi juga daripada pelakon-pelakon luar biasa yang telah menghidupkannya di layar besar dan kecil.  Berikut ialah Top 10 aktor yang pernah memegang peranan Clark Kent/Superman, masing-masing meninggalkan legasi tersendiri dalam sejarah budaya pop dunia. 1. Christopher Reeve 🦸‍♂️ Superman (1978), Superman II (1980), Superman III (1983), Superman IV: The Quest for Peace (1987) 📍 Lahir: New York City, NY, USA | (1952–2004) Tiada siapa yang dapat menandingi aura dan karisma Christopher Reeve. Penampilannya yang memikat sebagai Clark Kent yang serba canggung dan Superman yang gagah m...
Navya enggan ikut jejak langkah Amitabh Bachchan
Berita, Hiburan

Navya enggan ikut jejak langkah Amitabh Bachchan

Oleh BIANCA HILMAN KALAU anda fikir menjadi cucu Amitabh Bachchan secara automatik membawa anda ke dunia Bollywood, fikir semula!  Navya Naveli Nanda, anak perempuan Shweta Bachchan dan Nikhil Nanda, memilih jalannya sendiri - menggabungkan kecintaan pada fesyen dengan legasi perniagaan keluarga dalam sektor pertanian. Navya, 27, yang juga pernah menapaki landasan peragaan Paris untuk Loreal, menegaskan bahawa dia tidak mahu terhad pada satu bidang sahaja.  Minat Navya terhadap fesyen menyamai kecintaannya terhadap legasi perniagaan keluarga dalam sektor pertanian (FOTO: Medsos) “Saya suka mencuba perkara baharu… dari memasang traktor hingga catwalk di pentas peragaan, saya mahu lakukan semuanya,” katanya.  Dan memang, siapa sangka minat pada traktor boleh jad...
Freshies sertai Gegar Vaganza musim ke-12
Berita, Hiburan

Freshies sertai Gegar Vaganza musim ke-12

Oleh BIANCA HILMAN KUMPULAN pop/rap wanita Malaysia yang  ditubuhkan pada 1992 dan meraih kejayaan dalam tempoh singkat antara 1992 dan 1997, Freshies antara wakil Malaysia yang akan bertanding di gelanggang Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12). Bagaimanapun hanya dua anggota asal Freshies, Shima dan Ejie menyertai GV12 yang bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104) bermula 2 November 2025. Dua lagi anggota kumpulan yang popular dengan lagu, Sakitnya Rindu ini ialah Ina dan Melor.  Nubhan turut menyertai barisan 13 peserta yang bertanding dalam GV12 (FOTO: Medsos) Dua lagi anggota kumpulan yang popular dengan lagu, Sakitnya Rindu ini ialah Ina dan Melor. Peserta lain yang mewakili Malaysia dalam GV12 terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Dato’ Elaine Kang, Kris...
Catherine Connolly Presiden Ireland ke-10
Berita, Suara Wanita

Catherine Connolly Presiden Ireland ke-10

CALON bebas berhaluan kiri, Catherine Connolly bakal dilantik Presiden Ireland yang ke-10 selepas memenangi pilihan raya dengan kemenangan besar. Penggubal undang-undang bebas yang telah lama bersuara menyokong rakyat Palestin dan lantang mengenai ketidakpercayaannya terhadap dasar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Connoly itu akan mengisi jawatan Presiden Ireland untuk tujuh tahun akan datang. Keputusan rasmi menunjukkan sokongan pengundi yang kuat untuk Connolly sebagai presiden, meraih majoriri  63 peratus undi sebaik sahaja undi rosak dikecualikan, berbanding 29% saingannya Heather Humphreys, daripada parti kanan tengah Fine Gael. Mengulas kemenanganya, Connolly, 68, dalam kenyataannya di Dublin Castle berkata bahawa beliau akan memperjuangkan kepelbagaian dan menj...