Misteri kehilangan Nadia Kesuma, disahkan tinggalkan Lapangan Terbang Jeddah
Oleh BIANCA HILMAN
KUALA LUMPUR: Kehilangan pelakon Malaysia, Nadia Kesuma, di Jeddah, Arab Saudi, terus menjadi perhatian apabila pihak berkuasa mengesahkan beliau telah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz sebelum dilaporkan gagal dikesan.
Menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia, rekod imigresen Arab Saudi menunjukkan Nadia meninggalkan kawasan lapangan terbang selepas tiba di Jeddah pada 15 Januari lalu ketika transit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke London.
Namun, sehingga kini, lokasi dan keadaan beliau masih belum dapat dipastikan.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Kesumawati Abdul Karim dilaporkan tidak menaiki penerbangan sambungan ke London seperti dijadualkan.
Usaha untuk menghubunginya selepas itu gagal apabila telefon bimbitnya tid...










