Thursday, April 2

Hiburan

BTS bakal kaut AS$1 bilion: Konsert di KL selepas 11 tahun
Berita, Hiburan

BTS bakal kaut AS$1 bilion: Konsert di KL selepas 11 tahun

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Ikon K-pop, BTS akan kembali ke Malaysia untuk persembahan dua malam Disember ini sebagai sebahagian daripada Jelajah Dunia 2026-2027 mereka.  Kali terakhir BTS membuat persembahan di negara ini adalah semasa jelajah Red Bullet mereka pada tahun 2015. Disebabkan harga tiket dan tempat untuk persembahan KL masih belum diumumkan, peminat  BTS  dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan terkini daripada penganjur konsert Live Nation Malaysia. ​​Selain KL, BTS juga akan membuat persembahan di Bangkok pada 5-6 Disember, Jakarta pada 26-27 Disember, dan 4 malam di Singapura pada 17, 19, 20 dan 22.  Secara keseluruhan, jelajah dunia BTS merangkumi 79 tarikh di seluruh dunia, menandakan kepulangan mereka ke pentas selepas berehat da...
One Battle After Another, KPop Demon Hunters menang Golden Globe 2026 pula
Berita, Hiburan

One Battle After Another, KPop Demon Hunters menang Golden Globe 2026 pula

Oleh BIANCA HILMAN One Battle After Another dan KPop Demon Hunters mengulangi kejayaan merangkul Anugerah Critics Choice 2026 pada Ahad lepas, apabila diumumkan sebagai pemenang kategori sama, kali untuk Anugerah Golden Globe 2026 yang berlangsung pada hari ini. One Battle After Another yang menang Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik Anugerah Critics Choice 2026 kali ini merangkul anugerah sama pada Golden Globe 2026 , cuma apa yang berbeza kali ini ia menang kategori Filem Muzikal/Komedi Terbaik. Sementara KPop Demon Hunters merangkul dua anugerah yang sama - Filem Animasi Terbaik dan Lagu Asal Terbaik menerusi lagu hit, Golden. Aktor muda Timothée Chalamet mencuri perhatian apabila memenangi Anugerah Critics Choice 2026 kategori Pelakon Lelaki Terbaik men...
Trailer The Beauty lakonan Bella Hadid: 4 hari, 37 juta tontonan
Berita, Glamour, Hiburan

Trailer The Beauty lakonan Bella Hadid: 4 hari, 37 juta tontonan

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Trailer siri terbaharu penerbit tersohor Ryan Murphy, The Beauty yang dibintangi supermodel terkenal, Bella Hadid mencatat kejayaan luar biasa apabila meraih 37 juta tontonan hanya dalam tempoh empat hari selepas dilancarkan, sekali gus menjadi antara trailer siri paling tular ketika ini. Trailer berdurasi 1 minit 47 saat itu mula tular di pelbagai platform digital termasuk YouTube, Instagram dan TikTok, dengan ribuan komen daripada peminat di seluruh dunia menampilkan beberapa adegan siri fiksyen sains 11 Episod, The Beauty -  naskhah  terbaharu Murphy yang sebelum ini dikenali sebagai penerbit siri popular di Disney +, American Horror Story dan Monster di Netflix, selain siri popular Glee dan Scream Queen. Satu adegan The Beauty la...
One Battle After Another dominasi pencalonan SAG 2026
Berita, Hiburan

One Battle After Another dominasi pencalonan SAG 2026

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Anugerah Screen Actors Guild (SAG) yang kini dikenali sebagai Anugerah Pelakon Screen Actors Guild secara rasmi mengumumkan senarai pencalonan pertamanya di bawah penjenamaan baharu pada Selasa. Majlis anugerah tersebut akan distrim secara langsung di Netflix pada 1 Mac, dengan pengumuman pencalonan disampaikan menerusi siaran langsung oleh personaliti media sosial terkenal Connor Storrie bersama pelakon Abbott Elementary dan pemenang Anugerah Critics Choice, Janelle James. Seperti trend musim anugerah sepanjang bulan lalu, beberapa judul filem utama terus mendominasi pencalonan SAG tahun ini.  Filem lakonan Leonardo DiCaprio yang baru diumumkan sebagai Filem Terbaik pada Majlis Anugerah Critics Choice, One Battle After Another mendahului de...
HYBE guna wang BTS AS$83 juta bayar hutang Scooter Braun?
Berita, Hiburan

HYBE guna wang BTS AS$83 juta bayar hutang Scooter Braun?

Oleh BIANCA HILMAN SEOUL: Syarikat hiburan gergasi Korea Selatan, HYBE, berdepan gelombang kritikan baharu selepas dakwaan lama berkaitan pengambilalihan Ithaca Holdings milik Scooter Braun pada tahun 2021 kembali tular di media sosial. Dakwaan tersebut mendakwa bahawa kira-kira ₩120 bilion KRW (sekitar AS$83 juta) hutang yang diwarisi melalui perjanjian itu telah ditanggung menggunakan sumber kewangan syarikat yang sebahagian besarnya dijana oleh BTS, artis utama HYBE ketika tempoh berkenaan. HYBE, yang ketika itu masih beroperasi sebagai Big Hit Entertainment, mengumumkan pengambilalihan Ithaca Holdings pada April 2021 dalam perjanjian yang pada asalnya dilaporkan bernilai lebih USD 1 bilion. Langkah tersebut dilihat sebagai strategi utama untuk mengembangkan kehadiran syarikat ...
One Battle After Another, KPop Demon Hunters pemenang Critics Choice 2026
Berita, Hiburan

One Battle After Another, KPop Demon Hunters pemenang Critics Choice 2026

Oleh BIANCA HILMAN SANTA MONICA, CALIFORNIA: One Battle After Another muncul sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Critics Choice 2026, yang berlangsung meriah pada malam Ahad.  Kejayaan filem lakonan Leonardo DiCaprio  ini turut diserlahkan dengan kemenangan Paul Thomas Anderson untuk satu lagi anugerah utama - Pengarah Terbaik, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pembikin filem paling berpengaruh masa kini. Menerusi filem sama Anderson juga diumumkan sebagai pemenang satu lagu anugerah, Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Barisan karyawan KPop Demon Hunters di pentas majlis Anugerah Critics 2026 selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Filem Animasi Terbaik. Malam anugerah tersebut turut menyaksikan kejayaan besar filem seram Sinners, yang membawa pulang...
Kutipan cecah RM43 juta: Papa Zola The Movie bakal ditayangkan di Turkiye, Timur Tengah
Berita, Hiburan

Kutipan cecah RM43 juta: Papa Zola The Movie bakal ditayangkan di Turkiye, Timur Tengah

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Filem animasi Malaysia, Papa Zola The Movie yang kini meraih kutipan mencecah RM43 juta sejak mula ditayangkan 11 Disember 2025 bakal ditayangkan di Turkiye dan Timur Tengah menjelang April tahun depan. Pada tarikh yang sama filem arahan dan nukilan Nizam Razak itu menerusi Animonsta Studios itu bakal ditayangkan di India dan Vietnam, selepas mula menjengah di pawagam Indonesia pada Januari 2026. Nizam Razak Filem itu yang sebelum ini meraih kutipan sebanyak RM10 juta selepas 4 hari ditayangkan dan kemudian mengumpul RM25.6 juta selepas 11 hari tayangan menampilkan lakonan suara Nizam Razak sendiri untuk watak utama sebagai  Papa Zola, serta pelakon Yusuf Bahrin bagi karakter Kachak. Nizam atau nama sebenarnya, Mohd Nizam Abdul Razak, 42...
Dr Fie bakal failkan tindakan sivil terhadap Nubhan
Berita, Hiburan

Dr Fie bakal failkan tindakan sivil terhadap Nubhan

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Bekas isteri Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, bakal memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suaminya susulan dakwaan pecah masuk kediaman, mengeluarkan barangan peribadi serta menukar kunci rumah tanpa kebenaran. Peguam syarie yang mewakili Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata anak guamnya kini berada di luar negara dan dijangka membuat laporan polis sebaik tiba di tanah air, esok, berhubung tindakan yang didakwa membawa keluar pelbagai barangan miliknya daripada kediaman berkenaan tanpa notis dan keizinan. Menurut Akberdin, tindakan itu jelas melanggar undang-undang walaupun rumah berkenaan didaftarkan atas nama Nubhan. Katanya, sesiapa pun termasuk pemilik rumah tidak boleh memasuki atau mengelu...
Peguam Nubhan nafi dakwaan Dr Fie barang peribadinya dicampak
Berita, Hiburan

Peguam Nubhan nafi dakwaan Dr Fie barang peribadinya dicampak

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Isu melibatkan penyanyi Nubhan Ahamad dan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, kembali menjadi perhatian apabila timbul dakwaan barangan peribadi Dr Fie dibuang keluar dari rumah yang didiaminya sebelum ini. Bagaimanapun, peguam syarie yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli, tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak benar serta bersifat fitnah. Menurut Mohd Redzuan dipetik dari laporan Harian Metro sebagai berkata bahawa tindakan Nubhan mengalihkan barangan milik bekas isterinya dilakukan kerana beliau bercadang untuk menetap semula di kediaman berkenaan, yang juga merupakan rumah atas namanya sendiri. “Anak guam saya meminta pandangan undang-undang sebelum mengambil tindakan. Saya jelaskan ba...
Nubhan & Dr Fie: Bila kejayaan lelaki dirai, hak wanita dipinggirkan
Berita, Hiburan, Suara Wanita

Nubhan & Dr Fie: Bila kejayaan lelaki dirai, hak wanita dipinggirkan

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Isu rumah tangga selebriti kembali menjadi tumpuan, namun kali ini ia lebih daripada sekadar gosip hiburan.  Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, lebih dikenali sebagai Dr Fie, pada malam (Isnin) tadi mendedahkan pengalaman mengejutkan apabila mendakwa pelbagai barangan peribadinya diangkut keluar dari rumah yang didiaminya bersama anak-anak tanpa sebarang notis, semasa beliau dan anak‑anaknya itu berada di luar negara. Dalam hantaran di Threads, Dr Fie menceritakan bagaimana barangannya ‘dicampak’ di depan rumah ibu bapanya, sementara CCTV didakwa ditutup, menimbulkan persoalan serius tentang etika, hak wanita, dan perlindungan undang‑undang.  Kejadian ini bukan sahaja meninggalkan kesan emosi, malah menimbulkan risiko kehilangan barangan berha...