Thursday, April 2

Maskulin

Mangsa seksual: Pelakon filem It Chapter Two ditemui meninggal dunia
Berita, Hiburan, Maskulin, Realiti Kita

Mangsa seksual: Pelakon filem It Chapter Two ditemui meninggal dunia

Oleh BIANCA HILMAN HOLLYWOOD/LOS ANGELES: Dunia hiburan dikejutkan dengan kematian James Ransone, pelakon berbakat Hollywood yang dikenali menerusi peranannya dalam siri ikonik 12 siri HBO, The Wire dan filem It Chapter Two.  Ransone dilaporkan meninggal dunia pada usia 46 tahun. Menurut laporan awal yang pertama kali disiarkan oleh TMZ pada Ahad, 21 Disember 2025, kematian Ransone berlaku pada Jumaat, 19 Disember; dan telah disahkan oleh Pemeriksa Perubatan Los Angeles.  Jabatan Polis Los Angeles bergegas ke sebuah kediaman di Los Angeles, California selepas menerima panggilan telefon kecemasan yang kemudian menyelesaikan laporan siasatan kematian mengklasifikasikan punca kematian Ransone sebagai bunuh diri, lapor pula New York Post. Namun tiada unsur bermotif...
Rembayung, Bumbu Babah di Kampung Baru: Empayar F & B Khairul Aming, Ajak Shiro
Berita, Maskulin

Rembayung, Bumbu Babah di Kampung Baru: Empayar F & B Khairul Aming, Ajak Shiro

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA makanan dan minuman (F & B) tempatan terus meriah apabila dua personaliti terkenal yang membuka restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur -  Khairul Aming dan Ajak Shiro masing-masing mengumumkan perkembangan besar dalam perniagaan mereka. Khairul Aming dan restoran RM4 juta Usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Aming, akhirnya mendedahkan projek besar yang disimpannya selama setahun, pembukaan restoran fizikal pertamanya, Rembayung, yang dijangka beroperasi pada Januari 2026. Khairul Aming di hadapan bangunan restoran Rembayung di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Menerusi pengumuman rasmi di media sosial, beliau berkongsi bahawa Rembayung merupakan pelaburan terbesar sepanjang 10 tahun kerjayanya, dengan kos pembinaan mencecah RM4 juta.  ...
Eminem bayar hutang makan 103 sekolah, tunjuk sisi lelaki penyayang
Berita, Hiburan, Maskulin

Eminem bayar hutang makan 103 sekolah, tunjuk sisi lelaki penyayang

Oleh BIANCA HILMAN KITA semua kenal Eminem sebagai rapper legenda, tetapi baru-baru ini, sisi lain lelaki ini benar-benar mencuri perhatian — dan hati kita!  Bersama anak perempuannya, Hailie Jade, 29, Eminem telah membiayai lebih AS$700,000 hutang makan tengah hari sekolah bagi 103 buah sekolah di Amerika Syarikat.  Bayangkan, ribuan kanak-kanak kini boleh menikmati makanan tanpa rasa malu atau lapar di sekolah. Eminem, pemilik nama sebenar Marshall Bruce Mathers III , 53, yang juga mempunyai cucu sulung, Elliot Marshall McClintock - dilahirkan Hailie pada 14 Mac 2025, hasil perkahwinannya dengan Evan McClintock menganggap tindakan ini sebagai ‘kemenangan yang lebih besar daripada mana-mana anugerah yang pernah dimenanginya’.  Eminem (kanan) di samping tiga s...
Eminem saman jenama pantai Australia ‘Swim Shady’
Berita, Hiburan, Maskulin

Eminem saman jenama pantai Australia ‘Swim Shady’

Oleh BIANCA HILMAN PENYANYI rap AS, Eminem telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat pakaian pantai Australia dengan jenama Swim Shady, dengan mengatakan ia terlalu serupa dengan nama samaran rap berjenama dagangnya, Slim Shady. Terdahulu pada bulan September, Eminem  yang nama sebenarnya ialah Marshall B Mathers III – memfailkan petisyen kepada Pejabat Paten dan Tanda Dagangan AS, memintanya membatalkan tanda dagangan yang telah diberikan kepada syarikat itu.  Undang-undang Amerika Syarikat mewajibkan syarikat itu untuk menjawab petisyen itu menjelang minggu depan. Peguam Eminem, 53, mendakwa jenama yang berpangkalan di Sydney itu mewujudkan ‘perkaitan palsu’ dengan Eminem. Eminem pada era Slim Shday. (FOTO Medsos). Sehubungan itu, Swim...
Selepas kes Ariana di Singapura, giliran Akon pula di Bengaluru
Berita, Hiburan, Maskulin

Selepas kes Ariana di Singapura, giliran Akon pula di Bengaluru

Oleh BIANCA HILMAN KONSERT penyanyi, Akon di Bengaluru, India pada 14 November 2025 berubah menjadi momen kontroversi apabila beberapa peminat VIP menarik seluar penyanyi itu semasa dia sedang membuat persembahan lagu Sexy Bitch.  Insiden tersebut menjadi tular di media sosial, memancing pelbagai reaksi - ada yang geli hati, ada yang mengecam tindakan kurang sopan peminat tersebut. Klip video pada konsert berkenaan menunjukkan Akon kelihatan tidak selesa, beberapa kali cuba menaikkan semua seluar putihnya yang sudah terlondeh menampakkan seluar dalamnya yang berwarna biru, sambil dia meneruskan persembahan dengan profesional.  Meskipun insiden di Bengaluru menimbulkan sedikit kontroversi, ia tidak menghalang Akon untuk terus memukau penonton India dengan lagu-lagu hit...
Lelaki nampak kuat, tapi sebenarnya letih
Berita, Maskulin

Lelaki nampak kuat, tapi sebenarnya letih

Oleh DEANNA DEAN Dari luar, seorang lelaki sering kelihatan stabil, tenang, rasional, tidak mudah goyah. Itulah watak yang dibentuk sejak kecil, sama ada melalui keluarga, sekolah, atau masyarakat. Lelaki diajar bahawa kekuatan ialah diam, penyelesaian ialah tanggungjawab, dan kelemahan ialah sesuatu yang tidak boleh dilihat sesiapa. Namun di sebalik wajah yang tampak tenang itu, ramai lelaki sebenarnya sedang memikul tekanan mental dan emosi yang tidak pernah disebutkan dengan lantang. Ada yang memandu pulang lewat malam sambil memikirkan hutang bank, komitmen keluarga, atau masa depan kerjaya. Ada yang sedang duduk dalam bilik pejabat, wajahnya neutral tetapi kepalanya penuh persoalan tentang harga diri dan harapan yang semakin menekan. Ada pula yang senyum sambil melayan ana...
Aaron Tucker, hero dari penjara
Berita, Maskulin

Aaron Tucker, hero dari penjara

Oleh BIANCA HILMAN INI kisah inspirasi yang patut dikongsi. Aaron Tucker baru sahaja keluar dari penjara dan bertekad untuk mengubah hidupnya Hanya seminggu kemudian hanya dengan AS$2 di dalam poketnya, dia memakai baju terbaiknya untuk pergi ke temuduga kerja di Stamford, Connecticut, dengan harapan menggunung agar dapat mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik dan mulia. Ketika menaiki sebuah bas ke sana, lelaki berusia 32 tahun ini ternampak sebuah kereta terbabas dan terbalik. Biarpun pemandu enggan memberhentikan bas yang dipandunya, Aaron tanpa teragak-agak melompat turun. Dia berlari pantas ke kereta yang telah remuk itu, menarik keluar lelaki yang cedera dari kereta yang ketika itu sedang berasap; dan menggunakan baju untuk temuduganya itu bagi menghentikan...
Trailer filem Michael Jackson pecah rekod dunia: 116.2 juta tontonan
Berita, Hiburan, Maskulin

Trailer filem Michael Jackson pecah rekod dunia: 116.2 juta tontonan

Trailer 'teaser 'rasmi filem biopik Michael Jackson, berjudul Michael telah mencipta sejarah. Dalam tempoh 24 jam pertama, tontonan di seluruh global mencecah 116.2 juta, menurut WaveMetrix, menjadikannya trailer filem biopik muzikal paling banyak ditonton dalam sejarah! Filem lakonan  utama Jaafar Jackson melakonkan watak Michael Jackson yang tidak lain dan tidak bukan ialah bapa saudaranya sendiri ini mempamerkan gerakan tarian ikonik seperti moonwalk dan klip video muzik legenda Thriller.  Diarahkan oleh Antoine Fuqua yang  dikenali antaranya menerusi siri filem lakonan Denzel Washington, The Equalizer; naskhah biopik, Michael dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh dunia mulai 24 April 2026. Jaafar Jackson hidupkan legasi Michael Jackson  Lahir pa...
Zohran Mamdani Datuk Bandar Muslim pertama New York City
Berita, Maskulin

Zohran Mamdani Datuk Bandar Muslim pertama New York City

Oleh BIANCA HILMAN SAAT empati menjadi kuasa! New York City baru sahaja menulis sejarah baharu - bukan sekadar dalam politik, tetapi juga dalam harapan dan keberanian untuk berubah. Nama yang kini menjadi bualan seluruh dunia ialah Zohran Mamdani, anak kelahiran Kampala, Uganda, berusia 34 tahun yang baru sahaja pada hari ini, dipilih sebagai Datuk Bandar Muslim pertama dan pemimpin demokratik sosialis pertama dalam sejarah bandar raya terbesar Amerika Syarikat itu. Dalam pilihan raya yang mencatatkan penyertaan pengundi paling tinggi dalam beberapa dekad, Zohran menewaskan dua nama besar: bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo dan calon Republikan, Curtis Sliwa. Anak kelahiran Uganda yang dibesarkan di New York kini selayaknya mewakili penduduk bandar raya terbesar di Amerika S...
Jonathan Bailey lelaki terseksi dunia 2025!
Berita, Maskulin

Jonathan Bailey lelaki terseksi dunia 2025!

Oleh BIANCA HILMAN BINTANG kacak Bridgerton dan Wicked, Jonathan Bailey, kini secara rasmi Lelaki Paling Seksi 2025 yang dinobatkan oleh majalah People! Pengumuman istimewa itu dibuat secara langsung menerusi program bual bicara The Tonight Show yang dikelolakan hos tersohor, Jmmy Fallon pada malam Isnin. Bailey, 37, mengambil alih gelaran daripada pelakon The Office dan Jack Ryan, John Krasinski, yang dinobatkan pada tahun 2024.  Dalam temu bual bersama People, Bailey mengakui dirinya masih terkejut dengan penganugerahan itu. “Ia satu penghormatan yang besar. Saya sangat berasa disanjung - dan jujurnya, ia langsung tidak masuk akal,” katanya sambil ketawa. Jonathan Bailey bakal muncul di samping Ariana Grande dalam filem Wicked For Good menjelang 21 November 2025 (...