Video 2023 dedahkan konflik keluarga Beckham
Susunan BIANCA HILMAN
LONDON: Sebuah klip video, aktres Nicola Peltz, isteri Brooklyn Beckham yang dengan wajah masam ditarik untuk bergambar dengan keluarga Beckham pada satu acara anjuran Netflix telah muncul semula, dengan pengulas dalam talian mendakwa ia membuktikan dakwaan Brooklyn tentang perselisihan faham isterinya yang lama dengan ibu bapanya, David dan Victoria.
Video dari tahun 2023 menunjukkan Nicola, yang ketika itu berusia 28 tahun, beratur untuk bergambar di sebelah keluarga Beckham, termasuk Victoria, David, dan tiga adik-beradik Brooklyn - Romeo, Cruz, dan Harper, di acara karpet merah sempena majlis tayangan perdana dokumentari Netflix David Beckham berjudul, Beckham di London.
Kenangan tahun 1999 ketika pasangan David dan Victoria dikurniakan anak sulung merek...










