Dr Fie bakal failkan tindakan sivil terhadap Nubhan
Oleh BIANCA HILMAN
KUALA LUMPUR: Bekas isteri Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, bakal memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suaminya susulan dakwaan pecah masuk kediaman, mengeluarkan barangan peribadi serta menukar kunci rumah tanpa kebenaran.
Peguam syarie yang mewakili Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata anak guamnya kini berada di luar negara dan dijangka membuat laporan polis sebaik tiba di tanah air, esok, berhubung tindakan yang didakwa membawa keluar pelbagai barangan miliknya daripada kediaman berkenaan tanpa notis dan keizinan.
Menurut Akberdin, tindakan itu jelas melanggar undang-undang walaupun rumah berkenaan didaftarkan atas nama Nubhan. Katanya, sesiapa pun termasuk pemilik rumah tidak boleh memasuki atau mengelu...










