Andalusia-YIF meterai Ikrar Bebas Rasuah, SPRM saksi langkah bersejarah
Oleh BIANCA HILMAN
KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju industri umrah, haji dan pelancongan berprestij negara, apabila bersama Yayasan Imanulfa’izin (YIF) memeterai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta melancarkan Polisi Integriti, dengan bimbingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Langkah strategik ini bukan sahaja memperkukuh budaya integriti, malah mengangkat Andalusia sebagai organisasi yang serius memastikan setiap urusan melibatkan jemaah dijalankan dengan penuh amanah, telus dan bebas salah guna kuasa.
Majlis penuh simbolik itu berlangsung di Auditorium Andalusia pada 18 November 2025, dihadiri lebih 200 peserta daripada kedua-dua organisasi, menjadi testimoni komitmen Andalusia dalam me...










