Friday, June 19

Author: Bianca Hilman

Konsert Dolla batal sebab penganjur gagal siapkan permit
Berita, Hiburan

Konsert Dolla batal sebab penganjur gagal siapkan permit

Oleh BIANCA HILMAN KUMPULAN sensasi Dolla akhirnya tampil menjelaskan punca pembatalan konsert Good Girls Gone Bad, yang sepatutnya berlangsung pada 6 Disember di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram rasmi mereka, tiga anggotanya — Sabronzo, Tabby dan Angel memohon maaf kepada peminat yang sudah lama menantikan persembahan tersebut. Sabronzo menjelaskan bahawa keputusan itu terpaksa dibuat selepas pihak penganjur tidak berjaya menyiapkan permit dan kelulusan pihak berkuasa dalam tempoh yang ditetapkan. “Kami ingin minta maaf tentang pembatalan konsert Good Girls Gone Bad. Kami faham ramai yang menantikan konsert ini, begitu juga kami.  “Malangnya, pihak penganjur tidak dapat menyiapkan permit dan kelulusan yang diperluka...
Banjir makin serius di Kelantan: Lebih 1,600  penduduk dipindahkan
Berita

Banjir makin serius di Kelantan: Lebih 1,600 penduduk dipindahkan

Oleh BIANCA HILMAN KOTA BHARU: Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 1, 654  penduduk daripada 667 keluarga telah dipindahkan ke 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga jajahan yang terkesan, Kota Bharu, Bachok dan Tumpat, berbanding malam tadi hanya 836 mangsa banjir. Terkini, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Tumpat mencatat jumlah penduduk terjejas paling ramai dengan 651 individu daripada 278 keluarga, yang kini ditempatkan di tiga PPS, SK Sri Tumpat 2 dan SK Pengkalan Kubor 2 dan SK Kubang Batang, Tumpat. Di Bachok, sebanyak 580 individu daripada 178 keluarga dipindahkan ke tiga PPS melibatkan SK Pauh Sembilan, SK Jelawat dan PPS terbaharu dibuka iaitu SK Pa’ Pura. Sementara itu, Kota Bharu turut mencatat peningkatan jumlah penduduk t...
Olivia Rodrigo wanita termuda dunia cecah 16 bilion strim di Spotify
Berita, Hiburan

Olivia Rodrigo wanita termuda dunia cecah 16 bilion strim di Spotify

Oleh BIANCA HILMAN PELANTUN laguhit, good 4 u, Olivia Rodrigo terus membuktikan statusnya sebagai fenomena global apabila album sulungnya, SOUR, secara rasmi melepasi 16 bilion strim di Spotify - menjadikannya album oleh artis wanita termuda yang mencapai angka luar biasa itu. Dengan pencapaian terbaharu ini, Olivia yang baru berusia 22 tahun, kini berdiri sebaris dengan barisan nama paling berpengaruh di platform tersebut, termasuk Taylor Swift, Billie Eilish, Ariana Grande, Bad Bunny, The Weeknd dan Ed Sheeran - yang album masing-masing Un Verano Sin Ti, Starboy dan Divide melonjak ke tahap penstriman yang sama. Dilancarkan pada Mei 2021, SOUR muncul sebagai karya penanda budaya menggabungkan energi pop-punk, balada jujur dan penulisan lirik yang menusuk hati. Olivia Rodri...
Trio pelakon siri Frozen dibayar AS$60 juta setiap seorang
Berita, Hiburan

Trio pelakon siri Frozen dibayar AS$60 juta setiap seorang

Oleh BIANCA HILMAN DISNEY sekali lagi mencipta sejarah apabila tiga bintang utama Frozen, Kristen Bell, Idinba Menzel dan Josh Gad masing-masing menandatangani perjanjian bernilai lebih AS$60 juta untuk kembali menjayakan filem animasi, Frozen 3 dan Frozen 4. Menurut sumber TheWrap, angka itu mewakili antara bayaran tertinggi pernah diberikan dalam industri pembikinan filem animasi komersial. Perjanjian mega ini menggabungkan bayaran pendahuluan hampir AS$20 juta setiap filem serta bonus berdasarkan prestasi box-office, dan pembayaran dijadualkan diagihkan sepanjang tempoh penerbitan serta tayangan kedua-dua sekuel Frozen berkenaan. Frozen 3 dijadualkan tayangan di pawagam seluruh dunia menjelang Thanksgiving Day 2027 (FOTO: Medsos). Ia juga merupakan peningkatan besar darip...
Kelantan mula banjir: Mangsa dipindahkan cecah 836 orang
Berita

Kelantan mula banjir: Mangsa dipindahkan cecah 836 orang

Oleh BIANCA HILMAN KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 836 orang membabitkan tiga daerah iaitu Kota Bharu, Bachok dan Tumpat sehingga jam 8 malam ini. Terdahulu, mangsa banjir Kelantan meningkat mendadak kepada 486 individu terdiri 205 keluarga menjelang malam setakat jam 7 malam tadi berbanding 43 mangsa daripada 12 keluarga pada pagi Sabtu. Terdahulu, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan seramai 467 individu melibatkan 199 keluarga kini berada di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga jajahan. Bachok merekodkan 308 orang melibatkan 94 keluarga yang berlindung di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan dan SK Jelawat. Sementara itu di Tumpat, dua PPS dibuka di SK Pengkalan Kubor 2 dan SK Sri Tumpat 2, yang menempa...
Konsert Dolla 6 Disember dibatalkan
Berita, Hiburan

Konsert Dolla 6 Disember dibatalkan

Oleh BIANCA HILMAN KONSERT Dolla yang dijadual berlangsung pada 6 Disember 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor terpaksa dibatalkan selepas pihak penganjur, Sah Entertainment bersama syarikat rakaman kumpulan popular itu, Universal Music menilai semula keseluruhan persiapan acara. mengesahkan mereka berdepan kekangan masa dan masalah pengurusan dalaman.  Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media. Menurut penganjur, keputusan tersebut diambil selepas beberapa proses penting melibatkan produksi, logistik dan penyelarasan acara tidak dapat diselesaikan mengikut jadual. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Angel, Tabby dan Sabronzo (FOTO: Medsos) Pengarah Sah Entertainment, Sufie Rashid, berkata keputusan itu dibuat setela...
Fátima Miss Universe 2025, Ratu Palestin ‘Top 30’
Berita, Glamour

Fátima Miss Universe 2025, Ratu Palestin ‘Top 30’

Oleh BIANCA HILMAN PERTANDINGAN Miss Universe di Nonthaburi, Thailand, berakhir dengan penuh warna dan gelora apabila Fátima Bosch Fernández dari Mexico dimahkotakan sebagai ratu baharu.  Namun, di sebalik sorakan gemuruh, pentas tahun ini juga diselubungi kontroversi yang menjadikannya antara edisi paling dramatik dalam sejarah pertandingan itu. Bosch, 25 tahun, seorang sukarelawan dan aktivis kemanusiaan, menerima mahkota daripada penyandang 2024, Victoria Kjær Theilvig dari Denmark. 'Top 5' Miss Universe 2025 (dari kiri), Ratu Ivory Coast, Olivia Yacé; Ratu Mexico, Fátima Bosch Fernández; Ratu Venezuela, Stephany Abasali; Ratu Filipina, Ahtisa Manalo; dan Ratu Thailand, Praveenar Singh (FOTO: Medsos). Naib Johan pula disandang Praveenar Singh dari Thailand, manakala ...
Nasib malang Permaisuri Elisabeth gambaran tragis wanita moden 
Berita, Realiti Kita

Nasib malang Permaisuri Elisabeth gambaran tragis wanita moden 

Oleh BIANCA HILMAN DIA digelar wanita paling cantik di Eropah, tetapi di sebalik legenda itu terdapat seorang wanita yang hidup kelaparan, terkurung, dan perlahan-lahan ‘pecah’ emosi dirinya. Elisabeth dari Austria, dikenali sebagai Sissi, menjadi ikon global kecantikan abad ke-19. Rambut separas lantai, pinggang kecil dan wajah yang diabadikan dalam lukisan dan puisi. Namun hakikatnya kehidupan Elisabeth  jauh dari kisah manis dongeng. Dilahirkan di Bavaria, Elisabeth dibesarkan dengan aktiviti lasak dan bebas - daripada menunggang kuda melalui gunung, berenang di tasik, dan menulis puisi di bawah langit terbuka. Pada usia enam belas tahun, dia berkahwin dengan Maharaja Franz Joseph dalam apa yang dunia percaya sebagai kisah cinta romantis. Sebaliknya, Elisabeth melang...
Pengantin baharu berhati ‘emas’ berkorban demi pelarian Syria
Berita, Realiti Kita

Pengantin baharu berhati ‘emas’ berkorban demi pelarian Syria

Oleh BIANCA HILMAN MEMANG  wujud lagi insan berhati mulia dalam dunia Ini. Sepasang pengantin baharu di Turkiye, Fethullah Üzümcüoğlu dan Esra Polat, memilih untuk memulakan hidup baharu mereka dengan cara yang sangat luar biasa. Daripada berhabis duit untuk majlis resepsi mega, mereka buat keputusan yang lebih besar. Semua bajet majlis keraian itu mereka salurkan untuk menyediakan makanan kepada 4,000 pelarian Syria. Pasangan ini baru-baru ini bernikah di bandar Kilis, yang terletak berhampiran sempadan Syria. Ramai pelarian yang lari daripada konflik di negara jiran berlindung di kawasan sekitar bandar itu. Pesangan pengantin turun padang mengagihkan makanan kepada pelarian Syria (FOTO: Medsos). Apa yang paling menyentuh hati, pada hari bahagia mereka, Fethullah dan...
Paris Jackson bangkit demi kebenaran: ‘Drama’ harta pusaka AS$464 juta kian panas
Berita, Suara Wanita

Paris Jackson bangkit demi kebenaran: ‘Drama’ harta pusaka AS$464 juta kian panas

Oleh BIANCA HILMAN SIAPA sangka di sebalik glamor nama 'Jackson', anak-anak Michael Jackson masih bertarung untuk mendapatkan ketelusan dan keadilan? Paris Jackson, 27, kini muncul sebagai suara paling lantang dalam keluarganya — dan dia jelas tidak lagi mahu berdiam diri. Dalam pemfailan terbaru di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Paris menegur dengan tegas cara harta pusaka ayahnya diuruskan oleh pelaksana John Branca dan John McClain. Dan percayalah, apa yang didedahkan memang buat ramai ternganga. Paris memiliki wajah yang seiras bapanya (FOTO: Medsos). Dokumen 2021..tapi baru terima pada 2024 Bayangkan: dokumen perakaunan tahun 2021, tetapi Paris dan adik-beradiknya , Prince dan Bigi hanya menerimanya pada September 2024. Hampir empat tahun lewat. Kalau pengu...