Ribut Tropika Senyar di Melaka: Lebih 27,000 mangsa banjir di seluruh negara
Oleh BIANCA HILMAN
KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir musim tengkujuh Monsun Timur Laut di seluruh negara kini membabitkan 11 negeri kini mencecah lebih 27,510 dari 9,036 keluarga yang telah dipindahkan ke-242 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8.30 pagi, hari ini.
Kesemua 11 negari terbabit banjir ialah Kelantan, Perak, Terengganu, Perlis, Kedah, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Melaka, dan Wilayah Persekutuan.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelantan masih mencatat bilangan mangsa banjir terbanyak dengan 6,310 daripada 2,297 keluarga yang ditempatkan di 41 PPS.
Ia membabitkan sebanyak tujuh daerah dengan Tumpat paling ramai bilangan mangsa, mencecah 3,550, sementara daerah lain, Bachok (1,387), Machang (434), Kuala ...










