Friday, June 19

Author: Bianca Hilman

Laluan stesen LRT/MRT/Monorel Titiwangsa ditenggelami  ‘sungai’
Berita

Laluan stesen LRT/MRT/Monorel Titiwangsa ditenggelami ‘sungai’

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang disertai ribut dan kilat serta guruh bermula kira-kira jam 5 petang selama lebih kurang sejam hari ini, telah menyebabkan banjir kilat yang muncul seakan sungai sehingga menenggelamkan laluan jalan raya di stesen pertemuan Monorel/LRT/MRT Titiwangsa, berhampiran Jalan Pahang, di sini. Tinjauan menerusi beberapa siaran langsung di media sosial oleh netizen mendapati limpahan air terjadi begitu pantas, menyebabkan banjir kilat itu dipercayai susulan paras Sungai Gombak berdekatan stesen pengangkutan awam tersebut yang naik hingga melimpahi tebing susulan hujan lebat. Kejadian itu menyebabkan beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran kelihatan ditenggelami banjir kilat, sambil beberapa buah kenderaan termasuk kereta dan motosikal ...
Zootopia 2 pecah rekod box-office di China: Kutipan global AS$818 juta
Berita, Hiburan

Zootopia 2 pecah rekod box-office di China: Kutipan global AS$818 juta

Oleh BIANCA HILMAN Zootopia 2 terus mencipta fenomena box-office di China, apabila kutipan rasmi sekuel Zootopia (2019) itu melepasi 2 bilion yuan (sekitar AS$280 juta), sekali gus menobatkannya sebagai filem animasi import dengan kutipan tertinggi dalam sejarah negara itu.  Pencapaian tersebut bukan sahaja memecah rekod tempatan, malah mengukuhkan kedudukan China sebagai pasaran terbesar dunia bagi sekuel animasi Disney ini. Dilancarkan serentak dengan Amerika Utara, prestasi Zootopia 2 di tanah besar China melonjak jauh mengatasi kutipan domestiknya di Amerika Syarikat, menjadikan pasaran China pemacu utama kejayaan global filem tersebut. Sejak tayangan rasmi di 57 negara dan wilayah bermula 26 November 2025, data kutipan filem itu sehingga jam 5 petang pada 1 Disember 2025 m...
Diuji kanser, janji palsu RM80,000: Nourul Depp bangkit
Berita, Hiburan, Realiti Kita

Diuji kanser, janji palsu RM80,000: Nourul Depp bangkit

Oleh BIANCA HILMAN DI sebalik pesona dan senyuman manisnya, penyanyi tersohor Nourul Depp menyimpan sebuah kisah getir yang hanya kini berani dikongsikan.  Lima tahun lalu, beliau menghadapi keputusan paling besar sebagai seorang wanita, terpaksa pembedahan membuang rahim dan ovari  selepas disahkan menghidap kanser pada tahun 2018. Nourul, atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 48, mengakui ketika itu beliau tidak terbuka berkongsi penderitaannya dengan masyarakat dan peminat.  Namun syukur, langkah mendapatkan rawatan awal telah menyelamatkannya daripada kanser memasuki fasa lebih serius. Menurut Nourul, sebaik mengetahui dirinya menghidap kanser, doktor mencadangkan suntikan vaksin virus papiloma manusia (HPV) selama enam bulan, rawatan lazim bagi wan...
Zootopia 2 ‘mengaum’: Sasar AS$500 juta pada minggu pertama tayangan
Berita, Hiburan

Zootopia 2 ‘mengaum’: Sasar AS$500 juta pada minggu pertama tayangan

Oleh BIANCA HILMAN FILEM sekuel animasi Disney, Zootopia 2 terus menguasai pawagam dunia dengan anggaran 'ledakan' kutipan tiket minggu pembukaanhasil tayangan di rangkaian pawagam global melebihi AS$525 juta menjelang Ahad.  Ia susulan, sehingga Jumaat, jumlah kutipan global filem yang dihasilkan dengan kos AS$150 juta itu kini mencecah AS$233 juta, termasuk AS$135.3 juta dari pasaran antarabangsa. Namun lubuk ‘pecah panggung’ utama di peringkat global ialah China. Pada hari Sabtu sahaja, filem ini meraih kutipan sebanyak AS$104 juta di negara itu - angka yang tidak termasuk dalam jumlah global di atas.  Pencapaian itu juga menjadi hari kutipan tertinggi untuk filem Hollywood, mengatasi rekod Avengers: Endgame, dan menandakan peningkatan 160% berbanding kutipan yang ...
Bella Hadid jayakan konsert ‘Artists For Aid’ untuk Palestin & Sudan
Berita, Hiburan

Bella Hadid jayakan konsert ‘Artists For Aid’ untuk Palestin & Sudan

Oleh BIANCA HILMAN KONSERT kemanusiaan Artists For Aid kembali untuk edisi ketiganya dengan barisan bintang yang lebih besar, lebih berpengaruh dan lebih bersemangat untuk membantu mangsa konflik di Palestin dan Sudan.  Acara istimewa ini dijadual berlangsung pada 10 Januari 2026 di Fonda Theatre, Los Angeles, dan akan dikendalikan oleh dua ikon besar dunia hiburan — supermodel, Bella Hadid dan pelakon filem Fantastic Four, Pedro Pascal. Edisi kali ini sekali lagi dianjurkan oleh artis Sudan-Kanada, Mustafa, yang sejak dua tahun lalu komited menggunakan platform seni untuk mengumpulkan dana bantuan kemanusiaan.  Inisiatif Artists For Aid mula diperkenalkan pada tahun 2024, dengan acara sulung di Newark, New Jersey pada Januari tahun tersebut, disusuli persembahan di Londo...
Banjir maut melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand: Lebih 300 terkorban
Berita

Banjir maut melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand: Lebih 300 terkorban

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Banjir besar yang dicetuskan oleh hujan lebat luar biasa serta kesan Ribut Tropika Senyar telah melanda beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara, mengorbankan lebih 300 orang dan menjejaskan berjuta-juta penduduk di Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand.  Situasi yang dianggap antara yang terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini turut memusnahkan infrastruktur, menenggelamkan penempatan, memutuskan hubungan jalan raya dan mengganggu operasi harian di banyak kawasan. Banjir dengan arus yang sangat deras di Songkhla, Thailand menhentam kediaman penduduk meragut 100 nyawa (FOTO: Medsos). Thailand merupakan negara paling terjejas di Asia Tenggara setakat ini, selepas mencatatkan jumlah korban sebanyak 145 orang, menurut ...
Seluruh Terengganu kini dilanda banjir
Berita

Seluruh Terengganu kini dilanda banjir

Oleh BIANCA HILMAN KUALA TERENGGANU: Seluruh negeri Terengganu kini dilanda banjir  apabila Kuala Nerus menjadi daerah kelapan mula terjejas pagi tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, Kuala Nerus mula terjejas pagi tadi, menjadikan keseluruhan lapan daerah dilanda banjir. Sehingga jam 4.44 petang hari ini, kenyataan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat mewartakan seramai 839 mangsa banjir daripada 284 keluarga di daerah Kuala Nerus telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir terkumpul di Terengganu kini mencecah 6,975 orang dari 2,156 keluarga yang ditempatkan di 104 PPS. Jumlah itu menjadikan Terengganu negeri nombor satu dari segi bilangan mangsa...
Banjir di Terengganu: Tujuh jalan utama ditutup sepenuhnya
Berita

Banjir di Terengganu: Tujuh jalan utama ditutup sepenuhnya

Oleh BIANCA HILMAN KUALA TERENGGANU: Banjir yang melanda Terengganu sejak 22 November lalu terus menjejaskan pergerakan penduduk apabila beberapa laluan utama terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan. Menurut kenyataan yang dikemas kini menerusi laman web Jabatan Kerja Raya (JKR), sebanyak tujuh jalan di tiga daerah—Setiu, Kemaman dan Marang—ditutup sepenuhnya bermula semalam susulan kejadian banjir serta paras air yang meningkat. Di Setiu, laluan yang ditutup ialah Jalan Permaisuri–Ulu Seladang, Jalan Kampung Bukit–Alur Lik, dan Jalan Chalok–Bukit Putera–Telaga Papan. Sementara itu, di Kemaman, laluan terjejas turut melibatkan Jambatan Lama Teladas, Jalan Pelatoh–Lubuk Lesong, dan Jalan Lubuk Lesong. Di Marang, Jalan Penghubung Lebuhraya Pantai Timur (LPT)–Bukit Payong...
Tanah runtuh, banjir kilat, pokok tumbang: 9 laluan utama di Perak ditutup
Berita

Tanah runtuh, banjir kilat, pokok tumbang: 9 laluan utama di Perak ditutup

Oleh BIANCA HILMAN IPOH: Sebanyak sembilan laluan utama di beberapa daerah di Perak terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan kejadian tanah runtuh, banjir kilat serta pokok tumbang yang dilaporkan sejak beberapa hari lalu. Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak sehingga jam 4 petang pada Khamis, penutupan berkenaan membabitkan daerah Perak Tengah, Manjung, Muallim dan Hilir Perak. “Di Perak Tengah dua laluan ditutup akibat bahu jalan runtuh membabitkan Jalan Gelung Pepuyu di Seksyen 11.6 sepanjang 60 meter dan Seksyen 5.1 meter sejauh 15 meter,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Tambah kenyataan tersebut, tiga laluan di Manjung turut ditutup ...
Eminem bayar hutang makan 103 sekolah, tunjuk sisi lelaki penyayang
Berita, Hiburan, Maskulin

Eminem bayar hutang makan 103 sekolah, tunjuk sisi lelaki penyayang

Oleh BIANCA HILMAN KITA semua kenal Eminem sebagai rapper legenda, tetapi baru-baru ini, sisi lain lelaki ini benar-benar mencuri perhatian — dan hati kita!  Bersama anak perempuannya, Hailie Jade, 29, Eminem telah membiayai lebih AS$700,000 hutang makan tengah hari sekolah bagi 103 buah sekolah di Amerika Syarikat.  Bayangkan, ribuan kanak-kanak kini boleh menikmati makanan tanpa rasa malu atau lapar di sekolah. Eminem, pemilik nama sebenar Marshall Bruce Mathers III , 53, yang juga mempunyai cucu sulung, Elliot Marshall McClintock - dilahirkan Hailie pada 14 Mac 2025, hasil perkahwinannya dengan Evan McClintock menganggap tindakan ini sebagai ‘kemenangan yang lebih besar daripada mana-mana anugerah yang pernah dimenanginya’.  Eminem (kanan) di samping tiga s...