Rindu Pennywise? It: Welcome to Derry musim 2 lebih kejam
Oleh BIANCA HILMAN
SIRI lapan episod It: Welcome to Derry telah melabuhkan tirai musim pertamanya di HBO Max pada 14 Disember 2025 meraih sambutan yang sangat menggalakkan, dengan 'masyarakat' netizen global ‘kecoh’ dan gempar di seluruh media sosial terutama terhadap watak kanak-kanak Cuba-Amerika, Rich Santos (lakonan Arian S. Cartaya).
Namun setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada HBO mengenai keputusan pembikinan Musim 2, namun menurut pencipta bersama dan pengarahnya, Andy Muschietti, siri seram HBO ini sebenarnya dirancang sebagai sebuah trilogi tiga musim.
Arian S Cartaya (depan, kiri) di samping sebahagian daripada pelakon watak penting It: Welcome to Derry.
Bagi peminat novel nukilan penulis prolifik Stephen King, trilogi prekuel ini bukan sekadar kisah sampin...










