Saturday, June 13

Author: Bianca Hilman

One Battle After Another dominasi pencalonan SAG 2026
Berita, Hiburan

One Battle After Another dominasi pencalonan SAG 2026

Oleh BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Anugerah Screen Actors Guild (SAG) yang kini dikenali sebagai Anugerah Pelakon Screen Actors Guild secara rasmi mengumumkan senarai pencalonan pertamanya di bawah penjenamaan baharu pada Selasa. Majlis anugerah tersebut akan distrim secara langsung di Netflix pada 1 Mac, dengan pengumuman pencalonan disampaikan menerusi siaran langsung oleh personaliti media sosial terkenal Connor Storrie bersama pelakon Abbott Elementary dan pemenang Anugerah Critics Choice, Janelle James. Seperti trend musim anugerah sepanjang bulan lalu, beberapa judul filem utama terus mendominasi pencalonan SAG tahun ini.  Filem lakonan Leonardo DiCaprio yang baru diumumkan sebagai Filem Terbaik pada Majlis Anugerah Critics Choice, One Battle After Another mendahului de...
HYBE guna wang BTS AS$83 juta bayar hutang Scooter Braun?
Berita, Hiburan

HYBE guna wang BTS AS$83 juta bayar hutang Scooter Braun?

Oleh BIANCA HILMAN SEOUL: Syarikat hiburan gergasi Korea Selatan, HYBE, berdepan gelombang kritikan baharu selepas dakwaan lama berkaitan pengambilalihan Ithaca Holdings milik Scooter Braun pada tahun 2021 kembali tular di media sosial. Dakwaan tersebut mendakwa bahawa kira-kira ₩120 bilion KRW (sekitar AS$83 juta) hutang yang diwarisi melalui perjanjian itu telah ditanggung menggunakan sumber kewangan syarikat yang sebahagian besarnya dijana oleh BTS, artis utama HYBE ketika tempoh berkenaan. HYBE, yang ketika itu masih beroperasi sebagai Big Hit Entertainment, mengumumkan pengambilalihan Ithaca Holdings pada April 2021 dalam perjanjian yang pada asalnya dilaporkan bernilai lebih USD 1 bilion. Langkah tersebut dilihat sebagai strategi utama untuk mengembangkan kehadiran syarikat ...
Intipati perutusan Tahun Baharu 2026 PMX 
Berita

Intipati perutusan Tahun Baharu 2026 PMX 

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Berikut senarai inti pati Perutusan Tahun Baharu 2026 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. Bantuan & sumbangan Sumbangan Asas Rahman (SARA) RM100 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari 2026. Pembayaran SARA bulanan akan dibuat secara berperingkat mulai 9 Januari 2026. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan bermula 20 Januari 2026. Jualan Rahmah Madani bermula 9 Januari 2026, dan akan diadakan tiga kali sebulan di setiap DUN. Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap murid boleh diambil di sekolah masing-masing. Pendidikan Peruntukan naik taraf sekolah: RM80 ...
One Battle After Another, KPop Demon Hunters pemenang Critics Choice 2026
Berita, Hiburan

One Battle After Another, KPop Demon Hunters pemenang Critics Choice 2026

Oleh BIANCA HILMAN SANTA MONICA, CALIFORNIA: One Battle After Another muncul sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Critics Choice 2026, yang berlangsung meriah pada malam Ahad.  Kejayaan filem lakonan Leonardo DiCaprio  ini turut diserlahkan dengan kemenangan Paul Thomas Anderson untuk satu lagi anugerah utama - Pengarah Terbaik, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pembikin filem paling berpengaruh masa kini. Menerusi filem sama Anderson juga diumumkan sebagai pemenang satu lagu anugerah, Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Barisan karyawan KPop Demon Hunters di pentas majlis Anugerah Critics 2026 selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Filem Animasi Terbaik. Malam anugerah tersebut turut menyaksikan kejayaan besar filem seram Sinners, yang membawa pulang...
Kutipan cecah RM43 juta: Papa Zola The Movie bakal ditayangkan di Turkiye, Timur Tengah
Berita, Hiburan

Kutipan cecah RM43 juta: Papa Zola The Movie bakal ditayangkan di Turkiye, Timur Tengah

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Filem animasi Malaysia, Papa Zola The Movie yang kini meraih kutipan mencecah RM43 juta sejak mula ditayangkan 11 Disember 2025 bakal ditayangkan di Turkiye dan Timur Tengah menjelang April tahun depan. Pada tarikh yang sama filem arahan dan nukilan Nizam Razak itu menerusi Animonsta Studios itu bakal ditayangkan di India dan Vietnam, selepas mula menjengah di pawagam Indonesia pada Januari 2026. Nizam Razak Filem itu yang sebelum ini meraih kutipan sebanyak RM10 juta selepas 4 hari ditayangkan dan kemudian mengumpul RM25.6 juta selepas 11 hari tayangan menampilkan lakonan suara Nizam Razak sendiri untuk watak utama sebagai  Papa Zola, serta pelakon Yusuf Bahrin bagi karakter Kachak. Nizam atau nama sebenarnya, Mohd Nizam Abdul Razak, 42...
Dr Fie bakal failkan tindakan sivil terhadap Nubhan
Berita, Hiburan

Dr Fie bakal failkan tindakan sivil terhadap Nubhan

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Bekas isteri Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, bakal memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suaminya susulan dakwaan pecah masuk kediaman, mengeluarkan barangan peribadi serta menukar kunci rumah tanpa kebenaran. Peguam syarie yang mewakili Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata anak guamnya kini berada di luar negara dan dijangka membuat laporan polis sebaik tiba di tanah air, esok, berhubung tindakan yang didakwa membawa keluar pelbagai barangan miliknya daripada kediaman berkenaan tanpa notis dan keizinan. Menurut Akberdin, tindakan itu jelas melanggar undang-undang walaupun rumah berkenaan didaftarkan atas nama Nubhan. Katanya, sesiapa pun termasuk pemilik rumah tidak boleh memasuki atau mengelu...
Peguam Nubhan nafi dakwaan Dr Fie barang peribadinya dicampak
Berita, Hiburan

Peguam Nubhan nafi dakwaan Dr Fie barang peribadinya dicampak

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Isu melibatkan penyanyi Nubhan Ahamad dan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, kembali menjadi perhatian apabila timbul dakwaan barangan peribadi Dr Fie dibuang keluar dari rumah yang didiaminya sebelum ini. Bagaimanapun, peguam syarie yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli, tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak benar serta bersifat fitnah. Menurut Mohd Redzuan dipetik dari laporan Harian Metro sebagai berkata bahawa tindakan Nubhan mengalihkan barangan milik bekas isterinya dilakukan kerana beliau bercadang untuk menetap semula di kediaman berkenaan, yang juga merupakan rumah atas namanya sendiri. “Anak guam saya meminta pandangan undang-undang sebelum mengambil tindakan. Saya jelaskan ba...
Nubhan & Dr Fie: Bila kejayaan lelaki dirai, hak wanita dipinggirkan
Berita, Hiburan, Suara Wanita

Nubhan & Dr Fie: Bila kejayaan lelaki dirai, hak wanita dipinggirkan

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Isu rumah tangga selebriti kembali menjadi tumpuan, namun kali ini ia lebih daripada sekadar gosip hiburan.  Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, lebih dikenali sebagai Dr Fie, pada malam (Isnin) tadi mendedahkan pengalaman mengejutkan apabila mendakwa pelbagai barangan peribadinya diangkut keluar dari rumah yang didiaminya bersama anak-anak tanpa sebarang notis, semasa beliau dan anak‑anaknya itu berada di luar negara. Dalam hantaran di Threads, Dr Fie menceritakan bagaimana barangannya ‘dicampak’ di depan rumah ibu bapanya, sementara CCTV didakwa ditutup, menimbulkan persoalan serius tentang etika, hak wanita, dan perlindungan undang‑undang.  Kejadian ini bukan sahaja meninggalkan kesan emosi, malah menimbulkan risiko kehilangan barangan berha...
Taylor Swift kini rasmi penyanyi wanita terkaya di dunia
Berita, Hiburan

Taylor Swift kini rasmi penyanyi wanita terkaya di dunia

Oleh BIANCA HILMAN TAYLOR Swift yang digosip bakal mengahwini tunangnya, bintang American Football dari kelab Kansas City Chiefs, Travis Kacey menjelang Jun 2026, kini secara rasminya telah bergelar 'penyanyi wanita terkaya di dunia', dengan anggaran nilai bersih kekayaan terkumpul yang diraihnya mencecah AS$2.1 bilion.  Pencapaian luar biasa khususnya sepanjang tahun 2025 ini menjadikannya artis wanita pertama yang mencapai status bilionair hampir sepenuhnya melalui muzik dan persembahan, tanpa bergantung kepada empayar perniagaan seperti kosmetik atau fesyen. Angka ini membolehkannya mengatasi Rihanna, yang sebelum ini memegang gelaran penyanyi wanita terkaya dunia dengan anggaran aset kekayaan terkumpul mencecah AS$1.4 bilion. Konsert jelajah Eras Taylor Swift berlangs...
Mangsa seksual: Pelakon filem It Chapter Two ditemui meninggal dunia
Berita, Hiburan, Maskulin, Realiti Kita

Mangsa seksual: Pelakon filem It Chapter Two ditemui meninggal dunia

Oleh BIANCA HILMAN HOLLYWOOD/LOS ANGELES: Dunia hiburan dikejutkan dengan kematian James Ransone, pelakon berbakat Hollywood yang dikenali menerusi peranannya dalam siri ikonik 12 siri HBO, The Wire dan filem It Chapter Two.  Ransone dilaporkan meninggal dunia pada usia 46 tahun. Menurut laporan awal yang pertama kali disiarkan oleh TMZ pada Ahad, 21 Disember 2025, kematian Ransone berlaku pada Jumaat, 19 Disember; dan telah disahkan oleh Pemeriksa Perubatan Los Angeles.  Jabatan Polis Los Angeles bergegas ke sebuah kediaman di Los Angeles, California selepas menerima panggilan telefon kecemasan yang kemudian menyelesaikan laporan siasatan kematian mengklasifikasikan punca kematian Ransone sebagai bunuh diri, lapor pula New York Post. Namun tiada unsur bermotif...